Khatam Surah 50

                                                                        [Surah 49] [Surah51]

Ulasan Surah QAAF.

Surah ini terdiri atas 45 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah diturunkan sesudah surah Al-Mursalaat.

Dinamai “Qaaf”kerana surah ini dimulai dengan huruf Hijayyah “Qaaf”.

Menurut hadits yang diriwayatkan Imam Muslim, bahawa Rasulullah s.a.w. senang membaca surah ini pada rakaat pertama sembahayang subuh dan pada sembahayang hari raya.  Sedang menurut riwayat Abu Daud, Al Baihaqy dan Ibnu Majah bahawa Rasulullah s.a.w. membaca surah ini pada tiap-tiap membaca Khutbah pada hari jumaat.

Kedua riwayat ini meujukkan bahawa surah Qaaf, sering dibaca Nabi Muhammad s.a.w. ditempat-tempat umum, untuk memperingatkan manusia tentang kejadian mereka dan nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya, bagitu pula tentang hari berbangkit, hari berhisab, syurga, neraka, pahala, dosa dan sebagainya.

Surah ini dinamai juga “Al-Baasiqaat”, diambil dari perkataan “Al-Baasiqaat” yang terdapat pada ayat 10 surah ini.


SUMBER:

Khatam terjemahan ayat-ayat Qaaf (1-45)
,     
[BS] http://n12pengkalanpasir.blogspot.com/2013/05/qaf.html





.

Comments