Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah
Sekolah Kebangsan Bandar Hilir, Melaka

Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir mempunyai satu daya tarikan yang baru.

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dengan kerjasama Unit Bimbingan telah berjaya mendirikan sudut Pendidikan Pencegahan Dadah.

Sudut ini diharap dapat memberi informasi dan menimbulkan rasa jijik murid terhadap penyalahgunaan dadah, inhalan, arak, dan rokok.

Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah

Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir

Melaka

Pengenalan

Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

 
Objektif
 
1.
1. Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif 
   dan mengamalkan nilai-nilai murni.
 
2.
2. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah
   dengan masyarakat luar dalam usaha mencegah dadah.
 
3.
3. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran cara
   mencegah penyalahgunaan dadah agar dapat mengelakkan diri
   daripada terjebak dengan dadah.
 
4.
4. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid
    dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
 
 

Carta Organisasi dan Gambar Aktiviti Unit Pendidikan Pencegahan Dadah SK Bandar Hilir.

Bahan-bahan yang merosakkan tubuh manusia

Sebahagian racun yang ada dalam rokok

Sudut hukuman

Sudut ini mendapat tumpuan murid-murid

Kali pertama semasa waktu rehat, bilik bimbingan tak ada tetamu. Murid-murid bertumpu ke kawasan sudut Pendidikan Pencegahan Dadah. Tahniah Unit PPDa.