Ulasan Surah 105‎ > ‎

Al-Baqarah 1~286

                                                                          [Previous] [Next] [Home]

Al-Baqarah, dari Ayat 81~90 

81. Tidak bagitu ! tetapi barang siapa mengerjakan kejahatan, pada hal dosanya meliputi akan dia, maka orang ini akan menjadi ahli neraka yang mereka akan kekal padanya.

82. Dan orang-orang yang telah beriman serta kerjakan (pekerjaan) yang baik-baik itu ialah ahli syurga yang mereka akan kekal pada nya.

83. Dan ingatlah tetakala kami bikin perjanjian dengan bani  Israel; “tidak boleh kamu sembah melainkan Allah, dan buatlah kebaikan kepada ibu bapa dan keluarga yang hampir dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan ucapkan lah perkataan yang baik-baik kepada manusia, dan dirikan lah sembahayang dan  keluarkan lah zakat”. Kemudian, kamu berpaling  --  kecuali sebahagian kecil daripada kamu  --  pada hal kamu tidak memperdulikan.

84. Dan ingatlah tetakala kami bikin perjanjian dengan kamu; “tidak boleh kamu tumpahkan darah diantara kamu, dan tidak boleh kamu keluarkan kaum kamu daripada kampung-kampung kamu”. Kemudian, kamu telah sanggup, padahal kamu menyaksikan.

85. Kemudian, kamu ini serupa mereka itu, kamu  bunuh kaum kamu, dan kamu keluarkan sebahagian daripada kaum kamu dari kampung-kampung mereka, kamu berbantu-bantuan dengan orang-orang lain atas mencelakakan mereka itu dengan anyayai dan melewati batas, pada hal jika mereka datang kepada kamu sebagai  orang-orang tawanan, lantas kamu tebus akan mereka, sedang mengeluarkan mereka itu telah diharamkan atas kamu. Apakah kamu percaya sebahagian (sahaja) daripada kitab dan tidak percaya sebahagian lain ?.  Oleh sebab itu, bukankah tidak ada balasan bagi orang-orang yang berbuat demikian, melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia ini, dan pada hari kiamat, dicampakkan mereka kedalam  sepayah-payah  seksaan, dan tidak sekali-kali Allah lalai dari apa yang kamu kerjakan.

86. Mereka itu orang-orang yang membeli kehidupan dunia ini dengan harga akhirat, oleh itu tidak bakal diringankan seksaan daripada mereka, dan mereka tidak bakal diberi pertolongan.

87. Dan sesungguhnnya kami telah beri kitab kepada Musa, dan kami  iringkan dibelakang nya dengan beberapa Rasul, dan kami telah beri keterangan-keterangan yang nyata kepada Isa anak Mariam, dan kami telah kuatkan dia dengan roh  al-kudus.   Maka adakah patut tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul dengan  membawa  apa yang tidak disukai oleh nafsu-nafsu kamu, lantas kamu menyumbong, iaitu kamu dustakan  sebahagian nya dan kamu bunuh sebahagian ?

88. Mereka berkata; “hati-hati kami ini perbendaharaan ilmu, dilaknat oleh Allah dengan sebab kekufuran mereka oleh itu sedikit sekali mereka beriman.

89. Dan tetakala datang kepada mereka itu sebuah kitab dari Allah, yang  menyetujui khabaran yang ada pada mereka – pada hal sebalum ini, biasa mereka memohon kemenangan dari Allah untuk mencelakakan orang-orang kafir – maka tetakala datang kepada mereka apa yang mereka kenal  kebenaran nya.  Oleh itu, kemurkaan Allah turun atas orang-orang yang kafir.

90. Alangkah busuknya harga yang dengan itu mereka jual diri-diri mereka, iatu bahawa mereka kufur kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki, bahawa Allah turunkan wahyu nya kepada orang-orang yang ia kehendaki daripada hamba-hamba nya.  Oleh itu,  pantaslah mereka mendapat kemurkaan atas kemurkaan, dan orang-orang kafir itu akan mendapat seksaan yang pedih.

 

Sumber;
[] http://www.facebook.com/groups/418615011508324/doc/418615978174894


Comments