Pakej Murah Jom Cuti/Melancong ..Jakarta,Bandung,Medan,Bali,Jogja,Surabaya,Beijing & destinasi cuti dalam negara@Travel Agent/Vacation Planner:Kembara Ilmu Jom Cuti by Kembara Ilmu World Services
Updated Aug 16, 2012, 4:16 AM
Kembara Ilmu World Services ( Budget Vacation Planner ) & dgn kerjasama Agensi Pelancongan Luar Negara :Indonesia menawarkan Pakej Murah Jom Melancong ke Destinasi Jakarta,Bandung,Jogja,Medan,Surabaya,Bali,Beijing & jom cuti dalam negara. Dapatkan quotation dari kami sekarang .Hubungi 019-3103074/017-2397684 atau email:budgettravel@rocketmail.com atau fb:search>kembara ilmu jom Pengurusan Kembara Ilmu
Use template

1211days since
Kembara Ilmu bersama Perunding eTiQa Takaful

Cerita PENGALAMAN di Bandung

Nukilan pengalaman Pengurus-Pengurus  Projek Kembara Ilmu :
 
 
 
 
( kiri ) Pengurus Kembara Ilmu ( En Faiz ) &(  En Azizan ) Pengurus Besar Kumpulan Kembara Ilmu : bersantai seketika di Airport memikirkan agar Kembara Ilmu berjalan seperti yang di rencanakan.... 
 
( Kanan ) lihatlah kegembiraan di wajah setiap peserta kembara ilmu  ...di Tangkuban Parahu...itulah matlamat kami di Kembara Ilmu!!!!!!! ( bayak foto2 kami di galery photo facebook )
 
 
BANDUNG...OH BANDUNG...apa istimewanya Bandung ?? keistimewaannya adalah disebabkan tawaran harga murah pelbagai barangan berjenama yang di jual di sana yang di tempatkan di dalam Factory Outlet( FO ) . Ada beratus Factory Outlet di sana yang menjual pelbagai barangan untuk semua golongan.( lihat sidebar FO utk lebih lanjut )
 
Bandung juga terkenal dengan kota Ilmiah kerana terdapat banyak Universitas-Universitas terungul dan boleh di anggap kota ilmiah di Indonesia. Tarikan-tarikan pelancongan juga banyak di Kota Bandung seperti Masjid Agong ,Gedung Sate dll.
 
Nukilan ini bukanlah untuk mempromosikan Kota Bandung tetapi sekadar ingin menyatakan kebenaran tentang apa keistimewaan di sana. Anda boleh bertanyakan kepada sesiapa yang pernah ke sana...sama sekali tidak sama seperti destinasi-destinasi yang lain di Indonesia seperti Jakarta , Bali , Medan , Padang , Jogjakarta, Makasar . Bukit Tinggi dll kerana setiap satu tempat percutian ada kelebihannya.
 
Setiap hari ada saja kelibat pelancong-pelancong dari Malaysia khususnya ke sana samada secara individu atau berkeluarga. Tapi anda harus bijak memilih pakej sesuai untuk kesana kerana anda harus ada perancangan yang teratur untuk kesana. Jika tidak anda akan terlepas banyak aktiviti dan benda2 yang harus anda lawati..!!
 
Hotel -hotelnya selesa dan sesuai untuk percutian anda samada secara individu, keluarga atau berkumpulan.Penginapan bukan menjadi masalah di sana..cuma perlu bijak membuat pilihan !!!
 
 
Kota Bandung tak seburuk seperti yg di ceritakan ...dan tak seindah seperti yg. digembar-gemburkan...ada kelebihan dan kekurangannya... Kesibukannya sama seperti di Malaysia...keindahan kehijauan ladang tea, padi & ladang Strawberinya cukup memukau dan sejuk mata memandang . Adat dan suasananya saja yang berbeza. Itulah tujuan Kembara Ilmu demi untuk menerokai sejarah dah suasana persisnya kota Bandung di mata sendiri.
 
 
Tangkuban Parahu , Hot Spring Sari Ater , Kawah Putih...antara tarikan lawatan yang tak harus dilepaskan...kerana ianya tiada di Malaysia....Memang kita akan terpesona dengan keindahan ciptaan TUHAN ...Gunung berapi ini kita boleh terokai dengan turun ke bawah dengan pemerhatian & kebenaran...melihat sendiri keindahan sulfur yang masih panas & bagaimana pokok2 kelihatan berubah warna berdekatannya. Rasai sendiri keseronokannya yg sukar digambarkan !!!!
 
 
Antara tarikan yg terdapat di FO Bandung...dunia membeli-belah yang menyediakan ratusan pilihan buat anda...buat perancangan perbelanjaan dengan berhemah..ada sekali, di hari pertama di Bandung, peserta kami telah kehabisan wang di sebabkan ghairah membeli hingga lupa yang esok masih ada!!!!
 
 
 Kesibukan jalan adalah lumrah di sana...adalah amat berbeza dengan di Malaysia. Mungkin disebabkan kepadatan penduduknya...tapi...pemandu2 / pak2 supir di sana semuanya expert2 dan kita tak akan terasa sangat tentang kesibukan lalu lintas di sana.....
 
 
Makanan di Bandung...waduh -waduh...enak-enak belaka...dari masakan padang , sunda , traditional dan pelbagai lagi...tidak banyak bezanya dengan makanan di Malaysia...cuma kita kena tahu memilih yang sesuai dengan citarasa kita.... Kalau ke Bandung...cuba masakan sunda di KG DAUN....menjamu selera berlatar belakangkan kehijauan di dalam suasana yang pastinya membangkitkan selera anda....memang ada kelas tersendiri....anda akan mendapat layanan paling istimewa di sana.
 
 
Penjaja-penjaja di jalanan terlalu banyak di sana...bergantung kepada tahap antibodi perut anda..he!he!...boleh di cuba tapi tak di galakkan kerana kita kurang biasa dengan cara masakan penjaja di sana ...semuanya sedap-sedap....tempat makan yang agak selesa terdapat banyak sekali di Bandung...kita tidak perlu risau....ada juga sekali dalam kembara ilmu...seorang peserta sakit perut kerana makan gado2...bukan apa mungkin tidak sesuai untuknya....bagi penulis...asalkan halal semua kira boleh...sebab kita serumpun....!!!!
 
Penjaja-penjaja yang membawa usungan juga ada banyak di sana....ada yang menjual minuman panas dan makanan.
 
Seharian di kota Bandung...anda sudah boleh merasai kelainan adat budaya di sana dan cara hidup di sana....kita terasa perbezaan cara pemanduan pemandu-pemandunya di sana...agak sesat tetapi teratur dan berhemah...harus di puji!!!!
Bagi yang ingin merasai Angkutan Kota...( Van angkut ) adalah pengangkutan popular di sana bagi penduduk di sana...berlepas dari point A ke B...jika ingin ke point C..mesti naik lain angkutan....maksudnya dari satu tempat ke satu tempat harus menaiki angkutan yang berbeza///tambangnya waduh 1000-3000 Rupiah.
 
Teksi-teksi sama sebagaimana di Malaysia ada yang bermeter dan ada juga yang tidak bermeter...anda harus bijak memilih...
 
Terdapat banyak juga deretan -deretan kereta mewah di sana ...namun rata-rata motosikal adalah pengangkutan yang terlalu banyak di sana .... 
 
 
Antara Goverment local Office......di sana di panggil kepala kantor ya...
 
 
Sari Ater Hot Spring adalah antara tempat kunjungan ramai pelancong...di sini terdapat lapisan air dari paras kepanasan   paling rendah sehingga yang mendidih...ada tempatnya yang anda boleh mandi dan merendamkan kaki....kata bapak supir,jika di sapu pada muka airnya...bisa awek muda pak!!! ( gambar di sebelah kanan ) Perayu-perayu jualan membuat tawaran kepada pemandu-pemandu kenderaan tatkala menanti trafik light atau tersekat dalam jam.
 
 
Wajah-wajah keceriaan melihat pemandangan kehijauan ladang-ladang teh di sepanjang jalan di kiri dan kanan . Ada yang di namakan teh hijau...anda boleh rasai sendiri kesedapannya kerana terdapat banyak jenis teh di sana yang telah ditinkan sebagai minuman.( gambar kanan ) Menjamu selera di dalam hut ...waduh memang menyelerakan.
 
***bersambung...ini hanya sebahagian cerita warna-warni perjalanan kembara ilmu di Kota Bandung..insya-ALLAH kita bersama-sama ke sana ya melalui KEMBARA ILMU.....

NUKILAN PENGURUS BESAR KUMPULAN KEMBARA ILMU....CALL SAYA DI 014-3615676 UNTUK TIP DAN INFO PERCUMA KOTA BANDUNG.
Showing 0 items
DatePersonHoursDescription
Sort 
 
Sort 
 
Sort 
 
Sort 
 
Showing 0 items