Khatam Surah 54‎ > ‎

Al-Baqarah 1~286

                                                                  [Previous] [Next] [Home]

Al-Baqarah, dari Ayat 61~70

61. Dan ingatlah tetakala kamu berkata, “Hai Musa ! kami tidak bakal tahan sabar dengan satu macam makanan, oleh sebab itu, serulah Tuhan mu, kerana kami, supaya ia beri bagi kami bahagian daripada apa yang diterbitkan oleh bumi, dari  sayurnya dan timun nya dan bawang putih nya dan kacang nya dan bawang merah nya.  Ia berkata, “Adakah patut kamu menukar yang amat hina dengan yang amat baik ?”,  “masuklah kesatu negeri, maka kamu akan dapati disana apa yang kamu minta”, dan diturunkan  atas mereka itu kehinaan dan kerendahan, dan patutlah sudah mereka dapat kermurkaan dari Allah, yang demikian itu ialah dengan sebab mereka kufur kepada perintah Allah dan mereka bunuh Nabi-nabi dengan tidak benar,  yang demikian ini ialah dengan sebab mereka durhaka dan mereka melewati batas.

62.  Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beragama yahudi dan nasrani dan orang yang menukar agama, barang siapa (dari mereka) beriman kepada Allah dan hari kemudian dan mengerjakan amal yang baik, maka mereka akan dapat ganjaran mereka dari Tuhan mereka, dan tidak ada sebarang ketakutan atas mereka dan tidak bakal mereka dukacita.

63. Dan ingatlah tetakala kami bikin perjanjian dengan kamu, pada hal kami telah tinggikan gunung itu diatas kamu; “peganglah sungguh-sungguh apa yang kami beri kepada kamu, dan perhatikan lah apa yang ada padanya, supaya kamu terpilihara daripada kejahatan.

64. Kemudian, sesudah  yang demikian, kamu berpaling, maka sekiranya tidak ada kurnia Allah dan kasihan nya atas kamu, nescaya adalah kamu sebahagian daripada orang-orang yang rugi.

65. Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui orang-orang yang melanggar perintah pada hari kelapangan, lantas kami berkata mereka,  “jadilah kera-kera yang dibenci”.

66. Maka kami jadikan kaum-kaum itu suatu contoh bagi mereka yang semasa dengan nya dan bagi yang dibelakang daripadanya, dan sebagai suatu peringatan bagi orang-orang yang berbakti.

67. Dan ingatlah tetakala Musa berkata kepada kaumnya, “sesungguhnya Allah memerintah supaya kamu sembelih seekor sapi betina”.  Mereka berkata, “adakah engkau jadikan kami ini permainan-permainan”, ia jawab,  “aku berlindung kepada Allah daripada jadi seorang dari mereka yang bodoh”.

68. Mereka berkata, “serulah Tuhan mu, kerana kami, supaya ia terangkan kepada kami bagaimana umur sapi”,  ia berkata, “bahawa se nya ia beriman”, “sesungguhnya iaitu sapi betina yang tidak sangat tua dan tidak sangat muda, yang serdahana antara yang tersebut, maka kerjakan lah apa yang kamu diperintah.

69. Mereka berkata;, “serulah Tuhan mu, kerana kami, supaya ia terangkan kepada kami apa warna nya”,  ia berkata, “bahawa se nya ia berfirman, “sesungguhnya yaitu sapi betina yang kuning warna nya kuning sangat, menyenangkan mereka melihat nya”.

70. Mereka berkata, “serulah Tuhan mu, kerana kami, supaya ia terangkan kepada kami bagaimana hal sapi itu, kerana sesungguhnya  sapi-sapi itu kesamaran kepada kami, dan sesunggunya kami jika dikenendaki oleh Allah akan dapat petunjuk”.

 

Sumber;
[] http://www.facebook.com/groups/229509269191/doc/10151015662064192


Comments