Solat Dhuha Sunah Rasulullah


Soalan:

 Saya ada mendengar seorang ustaz mengatakan bahawa dalil solat sunat dhuha hadisnya adalah dhoif, sedangkan betapa banyaknya anjuran daripada Rasulullah s.a.w tentang perkara tersebut dan apakah kelebihan dhuha . Harap dijelaskan  perkara ini beserta dalilnya.

 

Jawapan :

 Solat dhuha adalah salah satu daripada solat sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Terdapat beberapa hadis sahih dan hasan yang menjelaskan tentang fadhilat serta keutamaan melaksanakan solat sunat tersebut.

 Hadis pertama daripada Abu Zar al Ghifari r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

  “ hendaknya diantara kamu bersedekah untuk setiap sendi tulang badannya. Maka setiap bacaan tasbih adalah sedekah, setiap bacaan tahmid adalah sedekah, setiap bacaan tahlil adalah sedekah, setiap bacaan takbir adalah sedekah, amar makruf adalah sedekah dan mencegah kemungkaran adalah sedekah. Dan itu semua sudah mencukupi dengan dua rakaat solat dhuha.”

 (Riwayat Muslim no. 720 dan al-Baihaqi no.4677)

 

Antara kelebihan solat Dhuha ini selalunya dikaitkan dengan murah rezeki.. tapi sebenarnya, dengan melakukan solat Dhuha ini, insyaAllah, akan dicukupkan keperluan kita sehinggalah ke penghujung hari.. berdasarkan hadis :

sesungguhnya Allah telah berfirman: wahai anak Adam, cukupkanlah bagiku 4 rakaat di awal siang hari, nescaya akan Aku cukupkan dengannya akhir harimu.”                                             (HR. Ahmad)

 

Berbalik kepada persoalan :

1) Lepas Subuh tak perlu tidur.. banyakkan amalan sunat spt membaca al-Quran, zikir, berdoa sementara menunggu tibanya waktu Dhuha (sekira2 setengah jam lepas syuruk ie terbit matahari sehinggalah waktu matahari tepat atas kepala (lebih kurang pukul 12 tgh hari)). Solat Dhuha ni tak perlu tido dulu, tak macam solat Tahajjud.


2) Dalam hadis, disebutkan bahawa cukuplah Dhuha itu dengan 2 rakaat (paling minimum) dan Nabi s.a.w. biasa melakukannya 4 rakaat dan menambahkannya sebanyak yang dimahukan Baginda.. ada pendapat yg mengatakan tidak melebihi 8 rakaat dan ada yg mengatakan tidak lebih 12 rakaat. :

(Hendaklah) di atas setiap sendi-sendi setiap orang kamu sedekah. Maka setiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. setiap tahlil adalah sedekah. Amar makruf adalah sedekah. Nahi Munkar adalah sedekah. Dan memadai daripada yang tersebut dengan melakukan dua rakaat pada waktu Dhuha.” (HR. Muslim)
Comments