Sinergi Dakwah Dan Multimedia

Disampaikan oleh Pendakwah Muda
Ustaz Firdaus
Ustaz Mohd Adib
En Badruzaman

Kebolehan berkomunikasi dengan menggunakan teknologi yang canggih merupakan cara memenuhi permintaan sasaran masa kini– pendakwah perlu cekap mencari, mengumpul, mengkaji, memilih, memproses dan mentafsir maklumat daripada pelbagai sumber. Pendakwah menggunakan teknologi media untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Teknologi media memerlukan kreativiti dan kepakaran penggunaannya untuk tujuan berdakwah. Ia juga menjadi senjata sebagaimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; "Hendaklah kamu sediakan untuk melawan mereka, sekadar tenagamu, kekuatan dan kuda, dengan demikian kamu mempertakuti musuh Allah dan musuhmu..."
Wujud usaha kerjasama pintar dan sinergi di antara golongan agama dengan golongan teknologis dalam menyampaihan tanggungjawab menegakkan syiar dan syariat Islam. Da’ie tidak perlu menonjolkan diri mereka kepada sasaran kerana selalunya mad’u begitu "takut" dengan imej golongan pendakwah. Penggunaan ICT membolehkan pendakwah menghampiri mad’unya tanpa menunjukkan wajahnya. Contohnya, kanak-kanak dan remaja, menggemari animasi dan kartun – Muhammad Utusan Terakhir terbitan Saba’ Media.

WASILAH(MULTIMEDIA)
Penggunaan dua atau lebih jenis atau bentuk media (video bergerak, audio, gambar, grafik, animasi, teks dan sebagainya) untuk menyampaikan maklumat. Perkembangan masa kini memaksa pendakwah untuk menggunakan kepelbagaian media  untuk tujuan berdakwah .Bahan rujukan diperolehi dengan kepelbagaian jenis dengan ruang penyimpanan yang minimum dan ringan. Buku-buku yang berat tidak perlu dibawa ke mana-mana dengan perpindahan kitab-kitab ke dalam bentuk CD atau website dengan penyampaian lebih menarik dan interaktif.
Mad’u
Golongan muda masa kini kebanyakannya mempunyai pengetahuan dalam pengkomputeran .
Bahan-bahan rujukan dalam bentuk multimedia banyak dan mudah diperolehi Kemudahan internet dan multimedia perlu pengawalan dan pengawasan.Mad’u akan terbentuk menjadi individu sebagaimana maklumat yang diperolehi – mempunyai pengetahuan agama di samping pengetahuan teknologi maklumat. Islam menggalakkan umatnya menceburi bidang-bidang yang membawa pembaharuan kepada perubahan yang jelas kebaikannya.

Surah al-Baqarah ayat 269 : 

Yang bermaksud; "Dia memberikan hikmah (ilmu yang berguna) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa mendapat hikmah itu, sesungguhnya ia telah mendapat kebajikan yang banyak; dan tiadalah yang menerima peringatan, melainkan orang yang berakal."


Dr. Yusuf al-Qaradawi menjelaskan pendakwah perlu menguasai atau sekurang-kurangnya berpengetahuan tentang perkara moden atau penemuan2 terkini.

HALANGAN DA’IE

 Penguasaan Ilmu IT – kurangnya tenaga pendakwah yang menguasai IT, kurang keupayaan menguasai bahasa Inggeris, kurang penguasaan ilmu Islam. Kurang kerjasama – kejayaan perlu kerjasama dari beberapa individu, institusi dan organisasi (IKIM, JAKIM, JAIN)– wujudkan web dakwah yang seragam/ teratur dan bersifat global dan kurang kerjasama mengatasi persoalan masyarakat melalui web Kurang kefahaman – masyarakat tidak faham konsep tanggungjawab berdakwah (khalifah) ke atas setiap individu.


HALANGAN MAD’U

Kurang ilmu – tidak faham penggunaan IT, tidak faham ilmu2 Islam dan tidak faham tanggungjawab sebagai umat Islam, sikap tidak mahu belajar ilmu2 Islam Tidak bekerja sama – meletakkan tugas berdakwah hanya kepada institusi tertentu dan orang tertentu serta menentang usaha dakwah Mudah terpengaruh – fitnah, dakyah, penyelewengan, salah faham, sesat, jahil, hiburan

 

MAUDU’ AD-DA’WAH

Ajaran Islam dan maklumat tentang Islam dari segala aspek kehidupan manusia: akidah, syariah, akhlak, al-Quran, hadis, asas maklumat Islam .Sesuai dengan kumpulan sasaran (jantina, umur, pendidikan, persekitaran, agama, bangsa, budaya)
Pendedahan persoalan semasa/gejala sosial untuk iktibar dan pembangunan umat keseluruhannya
Pembujukan- ajakan, nasihat, pesanan ke arah melakukan kebaikan dan amaran perlakuan kejahatan, kelebihan agama Islam dan garis panduan seperti Kesenian Islam – kaligrafi al-Quran, muzik Islam, taranum
Sesuai dengan sasaran Bil hikmah, mawizah al-hasanah, al-mujadalah
jelas, mudah difahami, terang, cantik, menarik, interaktif, teragih Bersepadu –penyatuan maklumat Islam
Merangsang deria penglihatan dan deria pendengaran Membuka minda Kesederhanaan Kebenaran.


JENIS-JENIS MULTIMEDIA DAKWAH
TELEVISYEN – Drama, muzik, rancangan agama, dokumentari, diskusi, rancangan realiti
RADIO – Drama, muzik, temuramah, diskusi, rancangan agama, belajar bahasa Arab, soaljawab agama, Tilawah online
SOFTWARE / COMPACT DISK (CD)/ DIGITAL VERSATILE DISK (DVD)/ VIDEO COMPACT DISK (VCD) – e-pekak, Bacaan al-Quran, e-tahfiz, dokumentari Islam, muzik Islam, ceramah, e-Quran, e-hadith, e-perbankan
TELEFON BIMBIT – 3G, MMS, SMS, GPRS: arah kiblat, e-solat, pesanan, peringatan, e-kad: salam hari raya, ajakan, nasihat, tazkirah, kiriman lagu, kiriman gambar OVERHEAD PROJECTOR/ LIQUID CRYSTAL DISPLAY (LCD), POWER POINT- penggunaan alatan pandang dengar untuk ceramah, kuliah dan pengajaran E-LEARNING- pengajaran online melalui satelit, seminar, ucapan, ceramah dll .
WEB SITE – Laman rasmi yang pelbagai maklumat tentang Islam; sistem kemusykilan agama, e-rujukan, e-zakat, maklumat hal ehwal Islam, e-forum, e-fatwa, e-solat dll
a.   Newsgroup/ Kumpulan Berita- tempat perbincangan tentang Islam dan perbahasan permasalahan islam, bertukar-tukar pendapat, maklumat dan isu-isu semasa dengan bimbingan moderator (da’ie) yang menggerakkan isu perbincangan
b. Internet Relay Chat/ Perbualan Geganti Internet – Komunikasi perbualan secara online antara individu (YM, Skype)
c. Frequently Asked Question (FAQ)- pangkalan data untuk bermuzakarah dalam soaljawab agama atau soaljawab portal
d. Perpustakaan Maya Islam – seluruh maklumat tentang ilmu-ilmu Islam, direktori tokoh-tokoh Islam, Encyclopedia Islam, Kitab Turath
e. E-mail – laman kaunseling dan rundingcara Islam secara komunikasi dua hala, jaringan pendakwah
f. Cyber Taklim – ruangan nasihat, kata-kata hikmah, fadilat ibadat, peringatan waktu solat, salam raya laman web, arah kiblat, kalendar online, e-hadith, e-halal, e-khutbah
g. YOUTUBE – video dokumentari, ceramah, diskusi, temuramah, peristiwa ganjil, drama, kejadian alam, cara-cara solat, cara berwudhuk, kelebihan madu lebah dll.
h. Online album – gambar-gambar kejadian dan keindahan ciptaan Allah.
i. E-muzik – download lagu-lagu dakwah/ nasyid dan lirik lagu
j. Online TV – rancangan- rancangan On Air yang lepas seperti Forum Perdana, Halaqah, Akademi Nasyid, Akademi al-Quran


CONTOH WEBSITE

www.ikim.gov.my
www.islam.gov.my
www.yadim.com.my
http://usahawan-daie.blogspot.com
www.afyan.com
www.e-ulama.org
www.e-pondok.net

Comments