Aku dahan tempat dia bertaut

 
Al-Quran sebagai penguat semangat Abil.

“Demi Allah aku cintakan dia”

 

Sewaktu isterinya masih sihat



"DEMI ALLAH aku cintakan  dia"

Siapa lagi yang boleh diharapkan oleh Fauziah  Muhamad 38, kalau bukan suaminya, Abil Fitri Ahmed 43. Fauziah tidak mampu berbuat apa apa. Hanya terlantar di atas katil, membiarkan nafas menghembus turun naik.

"Aku dahan tempat dia berpaut, Bergantung , selagi nadinya masih berdenyut selagi itu aku akan terus  membelai tubuhnya."

Isterinya , Fauziah diserang asma pada 22 Jun 2011, menyebabkan mengalami kerosakan urat saraf otak.

Mungkin tidak semua lelaki yang bergelar suami di dunia ini  sanggup melakukan  pengorbanan yang dibuat oleh Abil.

Dia juga  menolak  untuk menerima pujian  yang diberikan  kepadanya  atas apa  yang dilakukan  kerana berpegang kepada undang undang pekahwinan.

"Apa yang ku lafazkan sewaktu ijab kabul dulu, cuba ku tunaikan  sebaik mungkin, Untuk apa pujian? ini amanah Allah!"

"YA ALLAH , Aku cinta  dia! Aku kasihkan dia, Aku sayangkan dia! Sembuhkan lah dia, berikan lah Fauziah dulu kepada ku." 

"Tetapi jika Allah lebih sayangkan dia, ingin mengambilnya , memisahkan jasadnya daripada ku, aku redha."

Abil Fikri, bekas perunding kewangan dan speaker motivasi, membuat keputusan berhenti kerja selepas berkhidmat selama 11 tahun sebaik mengetahui tentang keadaan isterinya itu.


Noraini Amran, dari Universiti Malaya, pembaca terawal menurunkan komen menerusi portal Sinar Harian Online berkata: "Suami yang hampir mustahil untuk ditemui lagi di bumi ini."

"Semoga ALLAH permudahkan urusan saudara sekeluarga, semoga ALLAH berkati dan rahmati saudara....."

Dia juga menulis, terdapat kes-kes seumpama tetapi tidak mendapat perhatian.

"Maaflah dulu... ada juga saya pernah jumpa..tapi tak masuk surat khabar," katanya lagi.

"Syabas Abil Fikri, semoga ALLAH merahmati anda dan menyembuhkan penyakit isteri anda... moga tabah... bersabarlah," katanya.

Kisah Abil juga menerima perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat .

Katanya, "semoga Mahkota ALLAH yang dipakai oleh isteri Abil menjadi rahmat kepada suami yang soleh."
"Saya ikut terharu dan berdoa semoga ALLAH swt memberkati usaha yang murni ini," kata beliau.

Siti Halimatussadiyah yang berada di Jakarta menulis, "semoga diterima amal ibadahnya."

"Dan mendapat tempat yang layak di sisi ALLAH swt... serta keluarga diberi kesabaran dan keiklasan menerima ujian ini," kata beliau.

Abdul Hakim dari Universiti Teknologi Malaysia memberi sokongan dengan menulis "semoga ALLAH memberi rahmat pada kamu saudara Abil... dan semoga isteri kamu berada di dalam rahmat ALLAH juga... mungkin saudara Abil boleh menyatakan no akaun bank.. untuk sesaiapa yang ingin membantunya."

Roslan Mamat dari Kuala Terengganu dengan berkata, "syabas! dari sudut kecil hati saya pada Encik Abil."

"Saya sendiri pun sudah lupa akan masa ijab kabul sebelum bergelar suami-isteri, bukan saja anak-anak...terpi isteri juga adalah amanah ALLAH... bertawakallah kepada-Nya... insya-Allah... inilah ujian akan adalah hikmat pada hambanya ke atas semua dugaan ini.... saya akan mendoakan dari jauh... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.... sekali lagi Syabas saya ucapkan... kerana ini menyedarkan pada diri saya apa erti amanah... pada anak-isteri," katanya.

Beberapa pembaca mendoakan agar isteri Abil Fikri cepat sembuh.

"Semoga ALLAH merahmati pengorbanan si suami dan memberi kesihatan pada isterinya," katanya lagi.


Comments