Ulasan Surah 110‎ > ‎

Khatam Terjemahan

                                                          [Previous] [Next] [Home]

[12] YUSUF, dari ayat 21~30;

21. Dan berkata orang yang mambeli dia dari Mesir kepada isterinya; “ hormatilah kedudukan nya, mudah-mudahan ia memberi menafaat kepada kita atau kita jadikan dia anak”, dan demikianlah kami tetapkan Yusuf dibumi itu, dan kerana kami hendak ajarkan dia takwail mimpu-mimpi, kerana  Allah itu berkuasa atas urusan nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

22. Dan tetakala ia sampai kepada umurnya, kami berikan dia hukum, dan ilmu, kerana demikianlah kami balas orang-orang yang berbuat kebaikan.

23. Dan perempuan yang ia tinggal, dirumahnya mahu dia, lalu perempuan itu menutup pintu-pintu dan berkata; “marilah kesini”. Ia jawab; “aku berlindung kepada  Allah, sesungguhnya Tuhan ku telah hormati kedudukan ku, sesungguhnya tidak akan berbahagia orang-orang yang zalim”.

24. Dan sesungguhnya perempuan itu telah mahukan dia, dan ia pun mahukan perempuan itu, sekiranya tidak ia lihat keterangan Tuhan nya bagitulah kerana kami mahu palingkan daripada nya kejahatan dan kekotoran, lantaran sesungguhnya ia itu daripada hamba-hamba kami yang ikhlas.

25. Dan dua-dua berlumba-lumba kepintu, dan ia koyakkan bajunya dari balakang, lalu dua-dua nya bertemu suaminya didekat pintu, perempuan itu berkata; “bukankah tidak ada balasan bagi orang yang mahu berbuat kejahatan kepada ahli mu itu, melainkan dipenjara dia atau diazab yang pedih ?”

26. Yusuf berkata; “dialah mahukan saya”, dan seorang pemutus dari keluarga perempuan itu memutuskan; “jika bajunya koyak didepan, maka betullah perempuan itu, dan adalah ia daripada orang-orang yang berdusta.

27. “dan jika adalah bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu dan adalah ia daripada orang yang benar”.

28. Maka tetakala ia lihat bajunya koyak dari belakang, ia berkata; “sesungguhnya ini sebahagian daripada tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu itu besar”.

29. “Hai Yusuf ! berpalinglah dari ini, dan hai perempuan ! mintalah ampun bagi dosa mu, kerana sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang salah”.

30. Dan berkata perempuan-perempuan dikota; “Isteri pembesar itu, mahukan hambanya, sesungguhnya cinta kepadanya, itu telah mesra dihatinya, sesungguhnya kami lihat dia dalam kesesatan yang nyata”.

 

Sumber,
[] http://www.facebook.com/groups/channel0.knajid/doc/474072579299706

Following Twitter,
[] https://twitter.com/TolNaikLagi/status/689662225099845633


.











.
Comments