MUKA HADAPAN



NUSANTARA merupakan singkatan bagi Nations Under Special Associational Necessity Towards Acheiving Regional Aspiration atau dalam Bahasa Nusantara bermaksud :
Negara-negara Di Bawah Keperluan Penyatuan Istimewa Ke Arah Mencapai Aspirasi Serantau. Ianya amat diperlukan dalam konteks-konteks berikut :

1. Menyelamatkan rantau Nusantara daripada menjadi mangsa kapitalis di era globalisasi.

2. Memastikan kekayaan Asia Tenggara dimanfaatkan untuk kesejahteraan 280.4 juta warganya.

3. Memastikan pemahaman total wujud dikalangan penduduk Nusantara berhubung sejarah mereka sendiri.

4. Membantu permasalahan rakyat Nusantara yang tanah mereka berada di dalam negara-negara bukan Nusantara.

5. Memastikan kerjasama bagi kemajuan ekonomi, pendidikan, teknologi, kebudayaan, media, persuratan dan pelancongan wujud dengan saksama.

6. Memastikan pecah belah akibat salah faham dan adu domba dapat dihentikan secara berperingkat.



Warga NUSANTARA merangkumi :


1. Keseluruhan penduduk Indonesia yang bejumlah 240.3 juta orang.

2. Keseluruhan penduduk Malaysia yang berjumlah 27.2 juta orang.

3. Keseluruhan penduduk Kepulauan Sulu dan Mindanao di dalam Filipina yang berjumlah 4.9 juta orang

4. Keseluruhan penduduk Singapura yang berjumlah 4.6 juta orang.

5. Keseluruhan penduduk Wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan Satun di Thailand yang berjumlah 3.0 juta orang

6. Keseluruhan penduduk Timor Leste yang berjumlah 1.3 juta orang

7. Keseluruhan penduduk Brunei Darussalam yang berjumlah 0.4 juta orang.

Perlu diingatkan, usaha ini bukanlah sama dengan gerakan berhaluan kiri yang ditaja Sukarno di Malaysia melalui kesedaran kebangkitan belia yang pernah berlaku di Semenanjung pada tahun 1930an. Usaha ini dilihat lebih kepada menzahirkan sebuah penyatuan yang dibatasi sempadan dan perlembagaan yang berbeza.