ANUGERAH PELARI CHAP AYAM RUNNERS PALING TEGAR 2011

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DAN PERATURAN


- Pertandingan di bahagikan kepada dua kategori Lelaki & Wanita sahaja
- Format & Formula pertandingan dikira berdasarkan jumlah kilometer (KM) terkumpul terbanyak
- Jumlah KM rasmi dikira berdasarkan jarak yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur sesuatu acara larian, bukan berdasarkan bacaan GPS ataupun FOOTPOD
- Pengiraan diambil untuk semua acara larian yang dianjurkan dari 01 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011
- Jumlah minimum KM mesti tidak kurang dari 5km (WANITA) dan 7km (LELAKI) untuk satu acara larian
- Penyertaan acara larian yg kurang dari 5km tidak akan dikira
- Setiap sahabat berhak untuk menyertai seberapa banyak acara larian sepanjang tahun 2011 di dalam negara mahupun di luar negara
- Kelayakan KM dikira hanya untuk penyertaan dalam acara larian sahaja, jarak untuk sesi latihan tidak akan diambil kira
- Kelayakan KM juga hanya pada sahabat yang mendaftar dengan penganjur larian untuk berlari secara SAH untuk setiap acara larian, sahabat yang tidak mendaftar dengan penganjur larian dan berlari secara TIDAK SAH @ TANPA BIB NO tidak akan dikira
- Pada sahabat yang sudah mendaftar tetapi tidak dapat nak menyertai larian juga tidak akan dikira
- Pada sahabat yang tidak mendaftar tetapi berlari menggunakan Bib No org lain KM layak untuk dikira
- Pada sahabat yang gagal untuk menghabiskan larian bagi sesuatu acara larian, juga tidak akan dikira
- Pada acara seperti Triathlon atau Duathlon atau apa jua acara yg melibatkan lebih dari satu disiplin (berenang, berbasikal, berkayak dan sebagainya) hanya jarak yang melibatkan disiplin LARIAN SAHAJA yang akan dikira
- Bagi sebarang acara Jalan Kaki, jarak KM juga layak untuk dikira
- Begitu juga jarak untuk acara Mendaki Gunung atau acara Trail Run juga layak untuk dikira asalkan penganjur ada menetapkan jarak rasmi untuk acara tersebut, jika tiada maka ianya tidak layak untuk dikira
- Sebarang penyertaan acara larian yang dianjurkan yang BERTINDIH dengan acara RELAY RUN tidak akan dikira, kita lebih memfokus untuk menghantar seberapa banyak kontinjen atau pasukan untuk menyertai acara Relay, dengan tujuan untuk membawa nama pasukan kita Chap Ayam Runners, adalah tidak adil jika ada sahabat yg ingin menyertai acara relay tetapi mereka tidak mendapat apa-apa kiraan KM, kerana jarak untuk acara relay tidak layak dikira masuk kerana kurang dari 5km, jadi kita lebih mementingkan semangat berpasukan dan setiakawan

Pastikan data dihantar selewat-lewatnya 2 minggu selepas sesuatu acara larian.
Data yg dihantar selepas itu tidak akan dilayan.