KEESAAN NUR MUHAMMAD

KEESAAN NUR MUHAMMAD

Mengikut pandangan sufi semua yang ada di alam semesta ini adalah daripada Nur
Muhamad. Sedangkan Nur Muhamad ini pula berasal daripada Nur Allah yang berasal
pula dari zat Allah.Setiap yang ada, sama ada yang kelihatan atau tidak kelihatan, atau
dalam istilah lain, yang nyata dan yang ghaib, adalah berasal daripada Nur Muhamad
tersebut.

Nur adalah dalam bahasa Arab, dalam bahasa kita ia bermaksud cahaya, Al Nur adalah
salah satu daripada nama-nama Allah. Nur Muhamad mempunyai beberapa nama lain,
seperti Hakikat Muhamad, ada pula yang menamakannya al Ruh, al Qalam al A’la.
Ada pula yang memanggilnya Luh Mahfuz, al ‘Aqal Awwal dan Hakikat bagi segala
hakikat. Bahkan berbagai nama lain yang mengikut fungsi kegunaanya.Maka dari
hakikat itulah (Nur Muhamad) terjadinya alam semesta ini sama ada yang nyata
kelihatan atau pun yang ghaib.

Nur Muhammad adalah manifestasi yang pertama, dan dari Nur Muhamad lah lahirnya
segala yang lain. Dari Nur Muhamad yang esa itu, maka terzahirlah banyak penzahiran
sebagaimana yang dapat kita lihat di dunia ini. Maka kerana itulah dikatakan Nur
Muhamad (dzat) itu adalah Esa, tetapi manifestasi atau penzahirannya adalah banyak,
bahkan tidak terkira.

Untuk memudahkan pemahaman, Nur Muhamad ini dapat digambarkan dalam analogi
sebegini, umpama air, air itu satu, tetapi tampat yang menakung air itu sangatlah
banyak, hinggakan tidak terkira, contohnya air laut, air sungai, air tasik, air kolam, air
paip, dan bermacam-macam lagi.Satu lagi analogi, manis itu satu, tapi banyak jenis
manis, manis gula, manis tebu, manis senyuman, manis budi bahasa, dan
sebagainya.Begitu pula masin, masin itu hanya satu, tapi terdapat pelbagai-bagai jenis
masin, ante boleh fikirkan sendiri yang lain itu.

Begitulah banyak manifestasi Nur Muhamad yang terdapat di dalam alam semesta ini.
Tetapi yang paling penting untuk diketahui dan untuk difahami adalah Nur Muhamad
yang terdapat di dalam diri setiap insan. Kerana Nur Muhamad di dalam diri itu adalah
berfungsi sebagai Rasul, sebagai pemimpin, sebagai penunjuk jalan agar manusia dapat
kembali kepada Yang Maha Pencipta.

Ada pendapat yang menyatakan Nur Muhamad dan RuhKu adalah sinonim, kerana di
dalam diri manusia, kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk
membimbing manusia kembali kepada Tuhannya. Setiap manusia ada Nur Muhamad
maka setiap manusia mempunyai pembimbingnya, maka tidak ada alasan bagi sesorang
cuba bersikap lepas tangan, dan mengatakan tidak siapa pun yang membimbingnya.
Yang penting bagi ante, mempelajari bagaimana mahu berkomunikasi dengan
pembimbing ante itu. Apabila ante telah berjaya membuat hubungan dengan
pembimbing ante itu, sudah pasti kehidupan ante diredai Allah, kerana Allah
menyatakan; siapa yang mencintai RasulKu, samalah seperti mencintaiKU.

Oleh itu, kenalilah Nur Muhamad, kerana ia dapat membawa ante kembali kepada Yang
Maha Pencipta.Sebagai santapan jiwa, ana lampirkan syair sufi terkenal Jalaluddin
Rumi, yang dipetik dari Mathnawi beliau yang terkenal itu:

Pelita banyak dan berbeza
Cahaya sama dan satu jua
Jika anda lihat lampu saja
Hilanglah anda dalam banyak dan berbeza.
Pandanglah pada cahaya
Anda akan lihat satu jua
Berbilang-bilang hanya bentuk jua
Boleh dibilang satu, dua dan tiga.
Begitu jua pendapat manusia
Berlain-lain dan berbeza-beza
Timbulah pelbagai mazhab agama
Keluarlah pelbagai pendapat dan fatwa.
Jikalau kita ada Cahaya
Dapat memandang keseluruhan
Tidaklah lagi ada perbezaan
Lenyaplah segala perbalahan.
Showing 0 items
AuthorTitleDescription
Sort 
 
Sort 
 
Sort 
 
AuthorTitleDescription
Showing 0 items