Ulasan Surah 11‎ > ‎

Khatam Terjemahan

                                                           [Previous] [Next] [Home]

HUD, dari ayat 61~70;

61. Dan kepada Samud kami utus saudara mereka, Saleh. Ia berkata; “Hai  kaum ku ! sembahlah Allah kerana tidak ada bagi kamu, Tuhan selain dari dia, ialah yang menjadikan kamu dari bumi dan ia jadikan kamu penduduk padanya oleh kerana itu, mintalah ampun kepadanya, kemudian bertaubatlah kepada nya, kerana sesungguhnya Tuhan ku itu dekat, memperkenankan”.

62. Mereka berkata; “Hai Soleh ! sesungguhnya adalah  engkau sebelum ini, diantara  kami, orang yang diharap, apakah patut engkau larang kami sembah apa yang disembah oleh bapa-bapa  kami ? dan sesungguhnya  kami dalam syak  yang meragu-ragukan tentang apa yang engkau seru kami kepada nya”.

63. Ia berkata; “hai kaum ku ! khabarkan kepada ku bagaimana, jika aku ini betul mambawa keterangan  dari Tuhan ku, dan ia beri kepada ku rahmat dari  hasratnya ? maka siapakah yang boleh menolong akan daku dari azab Allah, jika aku derhaka kepadanya ? tetapi kamu tidak menambah bagi ku selain daripada merugikan”.

64. “Dan hai kaum ku ! ini unta Allah sebagai tanda bagi kamu, lantaran itu, biarkan lah dia makan dibumi Allah dan janganlah kamu sentuh dia dengan gangguan, sebab nanti mengenai kamu satu seksaan yang dekat”.

65. Tetapi mereka sembelih dia, lalu ia berkata; “bersenang-senanglah kamu dalam rumah kamu tiga hari, kerana yang demikian itu, satu perjanjian yang tidak boleh didustakan”.

66. Maka tetakala datang azab kami, kami  selamatkan daripadanya Saleh dan orang-orang yang beriman berserta nya dengan rahmat dari kami dan kami selamatkan mereka dari kehinaan hari itu, kerana Tuhan mu itu ialah yang kuat, yang gagah.

67. Dan telah mengenai  orang-orang yang zalim itu teriak kan yang keras, lalu jadilah mereka binasa dalam rumah-rumah mereka.

68. Seolah-olah mereka tidak pernah tinggal padanya, ketahuilah ! sesungguhnya Samud tidak percaya kepada Tuhan mereka, sesungguhnya kebinasaan lah ada bagi Samud !.

69. Dan sesungguhnya telah datang utusan-utusan kami kepada Ibrahim dengan membawa  khabar girang, sambil mereka berkata; “selamatlah”, ia jawab; “selamat”, maka tidak lama lalu ia bawa anak sapi yang dipangang.

70. Maka tetakala ia lihat tangan-tangan mereka tidak sampai kepada anak sapi itu, ia hairan kepada mereka dan ia merasa takut dari mereka, tetapi mereka berkata; “janganlah engkau takut, kerana sesungguhnya kami itu diutuskan kepada kaum Lut”.


Sumber,
[] http://www.facebook.com/groups/140516536073511/doc/185589228232908

Following Twitter,
[] https://twitter.com/alfaizknajid2/status/689253715874721793


.
Comments