Ulasan Surah 8‎ > ‎

Khatam Terjemahan

                                                          [Previous] [Next] [Home]

[11] HUD, dari ayat 51~60;

51. “Hai kaumku ! aku tidak minta kepada kamu balasan untuk nasihat itu, kerana tidak ada balasan itu,  tidakkah mahu kamu mengerti ?”.

52. “Dan hai kaum ku ! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubatlah kepada nya, tentu ia akan turunkan hujan atas kamu dengan lebat dan ia akan tambahkan bagi kamu kekuatan atas  kekuatan kamu, dan janganlah kamu berpaling, dalam keadaan kamu berdosa.

53. Mereka berkata ; “hai Hud ! engkau tidak datang kepada kami dengan membawa keterangan, dan kami tidak akan tinggalkan tuhan-tuhan kami lantaran omongan mu, dan kami tidak akan percaya kepada mu”.

54. “Tidak kami berkata terhadap mu melainkan bahawa  sebahagian dari tuhan-tuhan  kami telah kenakan kepada mu ganguan”.  Hud berkata; “sesungguhnya aku jadikan Allah sebagai saksi, dan saksi kan lah oleh kamu, bahawa sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan”.

55. “Selain dari dia, lantaran itu, cubalah kamu sekelian jadikan tipu daya kamu kepada ku, kemudian janganlah kamu beri tempoh kepada ku”.

56. “Sesungguhnya aku berserah diri kepada  Allah, Tuhan ku dan Tuhan kamu, tidak ada satu pun dari yang merayap, melainkan  ialah yang menguasainya, sesungguhnya Tuhan ku itu atas jalan yang lurus”.

57. “Maka kalau kamu berpaling, sesungguhnya aku telah sampaikan kepada kamu apa yang diuruskan kepada ku untuk disampaikan kepda kamu, dan Tuhan ku akan gantikan satu kaum yang lain daripada kamu, dan kau tidak boleh bahayakan dia sedikit pun, kerana sesungguhnya Tuhan ku itu pemilihara akan taip-tiap sesuatu”.

58. Dan tetakala datang azab kami, kami selamatkan Hud orang-orang yang beriman kepada nya dengan rahmat dari kamu, dan kami selamatkan mereka dari azab yang tebal.

59. Dan itulah Aad, mereka ingkari ayat-ayat  Tuhan mereka dan mereka derhaka kepada Rasul-Rasul nya, serta mereka turut perintah tiap-tiap penyombong, yang enggan menerima kebenaran.

60. Dan diikuti mereka didunia dan dihari yang kemudian dengan satu laknat, ketahuilah, sesungguhnya kaum Aad itu tidak percaya  kepada Tuhan mereka, sesungguhnya kebinasaan lah bagi kaum Aad,  kaum Hud.


Sumber,
[] http://www.facebook.com/groups/379074692126849/doc/469099846457666

Following Twitter,
[] https://twitter.com/alfaizknajid/status/689026010294059008




.
Comments