SOALAN-SEJ5
MENU:

BAB 1  : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME   DI ASIA TENGGARA

Tajuk  : Imperialisme Barat di Asia TenggaraSoalan Struktur

 Keistimewaan rantau Asia Tenggara serta perkembangan yang berlaku di Eropah telah mendorong kuasa-kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme mereka untuk menguasai ekonomi kawasan tersebut. 


 

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme ?      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 3 ) 

      - Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya 

      - Menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu

[2 x 1m = Mak. 2 markah] 

 

 

 

 

 

(b) Senaraikan dua keistimewaan Asia Tenggara yang mendorong imperialis Barat menjalankan dasar imperialismenya di rantau tersebut.

      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 5 ) 

      - Kedudukannya strategik antara China dengan India

      - Dekat dengan kawasan pasaran di India dan China

      - Tanah yang subur

      - Kaya dengan bahan mentah

[4 x 1m = Mak. 2 markah] 

 

 

 

 

(c) Sebutkan kesan-kesan perkembangan dalam sistem perhubungan dan pengangkutan terhadap perluasan imperialisme Barat di Asia Tenggara.

      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 6 ) 

    -Penggunaan kapal wap dan Pembukaan Terusan Suez

    - Muatan lebih banyak

      - Mempercepatkan perjalanan Timur-Barat

      - Memendekkan jarak perjalanan

      - Perjalanan lebih selamat

      - Menjimatkan kos 

     -Penciptaan Telegraf  

        - Arahan kepada pegawai di tanah jajahan dengan cepat

      - Ahli perniagaan dapat berhubung dengan wakil mereka di Timur

      - Urusan perdagangan lebih mudah

      - Perdagangan antarabangsa lebih pesat

[8 x 1m = Mak. 3 markah] 

 

 

 

(d) Nyatakan nilai-nilai yang dipegang oleh kuasa Barat hingga menyebabkan  persaingan antara  mereka untuk menguasai negara-negara Asia Tenggara.

      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 6 ) 

      - Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan

      - Keluasan tanah jajahan melambangkan kekayaan dan kekuatan

      - Mereka lebih maju dan bertamadun

      - Beban Orang Putih / Bertanggungjawab  memimpin orang Timur ke arah kesejahteraan.

      - Tugas menyebarkan tamadun / Tanggungjawab mentamadunkan orang Timur

      - Bertanggungjawab menyebarkan Kristian kepada penduduk tanah jajahan 

[6 x 1m = Mak. 3 markah]

 _______________________________________________________________________________________________

Tajuk : Perubahan Sistem Politik 

Soalan Struktur 

Bagi merealisasikan cita-cita imperialisme yang bertujuan untuk menguasai ekonomi di rantau ini, pihak imperialis telah melaksanakan perubahan dalam pentadbiran di Asia Tenggara. 
 (a) Nyatakan perubahan-perubahan yang diperkenalkan oleh Belanda dalam sistem  pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 9) 

    • Pentadbiran dipecahkan kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
    • Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
    • Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda
    • Penubuhan jabatan kerajaan
    • Penubuhan Dewan Tempatan

    [5 x 1m = Mak. 2 markah] 
     

(b) Nyatakan tiga ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di negara-negara Asia  Tenggara.

      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms.8 ) 

    • Penubuhan kerajaan pusat
    • Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
    • Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan)
    • Perlantikan pegawai Barat sebagai ketua biro
    • Pengenalan undang-undang Barat

    [5 x 1m = Mak. 3 markah] 
     

(c) Nyatakan tugas-tugas  Encomiendero di bawah Sistem Encomienda yang diperkenalkan oleh  Sepanyol di Filipina.

      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 9 ) 

    • Menjaga keamanan
    • Mengutip cukai
    • Mengkristiankan penduduk barangay
 

    [3 x 1m = Mak. 2 markah] 
    (d) Berikan tiga kesan akibat daripada penguasaan British terhadap Burma selepas Perang Inggeris - Burma III.

      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 10 - 11 ) 
 

    • Berakhirnya Dinasti Konbaung
    • Institusi raja tersingkir
    • Jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat terhapus
    • Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah di Burma
    • Pentadbiran tradisional lenyap
    • Sistem undang-undang Barat diperkenalkan.
    • Majlis Perundangan diperkenalkan
    • Beberapa jabatan ditubuhkan
 

    [8 x 1m = Mak.3 markah]

 

Tajuk : Pengenalan Sistem Birokrasi Barat 
 

Soalan Esei 
 

    (a) Huraikan sistem pemerintahan di IndoChina sebelum dan selepas kedatangan Perancis ke  negara tersebut.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah ms.11 – 12) 
 

      i. Sebelum Kedatangan Perancis 

        Mutlak - Ditadbir oleh kerajaan pusat berkuasa mutlak

        Pembesar - Memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan

        Mandarin - Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin

        China - Dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China

        Peperiksaan - Dipilih melalui peperiksaan  
     

      ii. Selepas Kedatangan Perancis 

      Gabenor - Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral

            Terus - Gabenor Jeneral bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan diParis

      Leftenan - Gabenor Jeneral dibantu oleh Leftenan Gabenor yang menjadi     pemerintah wilayah jajahan / naungan

      Residen - Gabenor Jeneral dibantu oleh Residen Jeneral dan Residen Wilayah

      Indochinoise - Menubuhkan kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise

      Undang-undang -   Rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis

      Tempatan - Pentadbiran kerajaan tempatan tidak diganggu oleh kerajaan pusat

      Bayar - Kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan kerahan tenaga 

[13 x 2m = Mak. 12 markah] 
 
 

    (b) Apakah perubahan-perubahan yang dilaksanakan oleh Raja Mongkut dan Raja  Chulalongkorn untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 12 – 13) 
 

      i. Pembaharuan Raja Mongkut 

            Penasihat - Melantik 80 orang penasihat Barat mengetuai pelbagai jabatan

            Britain - Penasihat dari Britain menjadi penasihat kewangan dan pelabuhan

            Amerika - Penasihat dari Amerika untuk jabatan kastam

            Perancis - Penasihat Perancis dalam jabatan ketenteraan 
 

      ii. Pembaharuan Raja Chulalongkorn 

          Majlis - Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri

          Juruaudit - Melantik juruaudit dari Britain berkhidmat dalam perbendaharaan negara

          Pentadbir - Kedudukan pentadbir dalam birokrasi berdasarkan tahap pendidikan

          Raja - Sistem raja berperlembagaan menggantikan sistem raja berkuasa mutlak 

(8 x 2m = Mak. 8 markah)

 

 

Tajuk : Pengenalan Sistem Birokrasi Barat

Soalan Esei

 

Apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja. 
 

(a) Huraikan sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 8 – 9) 
 

    Pusat  - Memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat

    G/Jeneral  - Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi

    Datuk Bandar - Melantik Ketua Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah

    G/Kecil  - Gabenor Kecil menjadi pentadbir Bandar

    Tempatan  - Pentadbiran peringkat tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda

    Encomienda - Barangay-barangay digabungkan membentuk Encomienda

    Encomiendero - Encomienda diperintah oleh Encomiendero

    Tugas  - Tugas Encomiendero ialah menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan     penduduk barangay

[8 x 1m = 8 markah] 

 

(b) Jelaskan  kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di Asia  Tenggara.  

 (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 8 – 13) 

    Kuasa  - Raja kehilangan kuasa  dalam pemerintahan

    Penaung  - Fungsi raja sebagai penaung agama Buddha di Burma diambil alih oleh undang-   undang

    Hapus  - Terhapusnya institusi raja , contohnya di Burma

    Pemerintah - Gabenor Jeneral / Pesuruhjaya Tinggi menggantikan raja sebagai pemerintah     tertinggi

    Nasihat  - Raja menerima nasihat daripada penasihat Barat dalam hal pentadbiran

    Pengaruh - Kemerosotan pengaruh pembesar tempatan

    Pusat  - Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah

    Bahagi  - Pembahagian pentadbiran kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan

    Undang-undang - Pengenalan sistem undang-undang Barat

[9 x 1m = mak. 8 markah] 
 
 

.......................................................................................................................................................................

Tajuk : Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme 

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme ?

      (Ruj: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 14) 

      perasaan cinta akan negara

      yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air

      dalam segi politik, ekonomi dan kebudayaan asing.

[2 markah] 

    (b) Nyatakan dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh penjajah hingga timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat negara-negara Asia Tenggara. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 16) 

      - Sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan

      - Mengutamakan sekolah yang berpengantar bahasa penjajah

      - Memberikan pendidikan pada tahap rendah

      - Pendidikan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar

      - Anak Golongan bangsawan diberi pendidikan berasingan daripada anak orang kebanyakan

      - Lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan 

[6 x 1m = Mak. 3 markah] 
 

    (c) Sebutkan akhbar-akhbar di negara-negara Asia Tenggara yang memainkan peranan menanamkan perasaan antipenjajah.    (Ruj :Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 17) 

    • Tribune Indigene
    • Cloche Felee
    • al-Ikhwan
    • Saudara
    • Warta Malaya
    • Majlis 

[6 x 1m = Mak. 3 markah] 
 

    (d) Nyatakan kepentingan sistem perhubungan dan pengangkutan dalam kemunculan  gerakan  nasionalisme di Asia Tenggara.    (Ruj: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 17) 

    • Telefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis
    • Jalan kereta api dan jalan raya menghubungkan kawasan yang dulunya terpisah
    • Memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu dan berbincang
 

[3 x im = Mak. 2 markah] 
 
 
 

Tajuk : Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme / Perkembangan Nasionalisme 

Soalan Esei  

(a) Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 14 – 16) 

      i. Dasar Penjajah 

         Dasar - Rakyat tempatan tidak puas hati terhadap dasar penjajah.

         Birokrasi - Penduduk tempatan tidak mempunyai peluang dalam sistem birokrasi Barat.

         Ekonomi - Dasar ekonomi penjajah bersifat menindas.

         Sosial - Penjajah mewujudkan jurang sosial dalam masyarakat.

         Imigran - Dasar kemasukan imigran menyebabkan ekonomi dikuasai oleh mereka. 

      ii. Pengaruh Agama 

      Agama - Agama menjadi alat penyatuan rakyat.

      Islah - Lahirnya gerakan Islah oleh persatuan-persatuan agama.

      Kristian - Penganut Kristian tempatan dianggap golongan kelas kedua. 

      iii. Karya Kesusasteraan 

      Karya - Karya-karya kesusasteraan membangkitkan kesedaran dan kecintaan kepada negara.

      Mesej - Karya-karya kesusasteraan menyampaikan mesej kesengsaraan rakyat. 

      iv. Pendidikan 

      Pendidikan - Penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam pendidikan.

      Kemudahan - Kemudahan disediakan untuk sekolah yang menggunakan bahasa penjajah.

      Rendah - Pendidikan diberi di peringkat rendah sahaja.

      Elit  - Pendidikan diberi kepada golongan elit sahaja.

      Bandar - Pendidikan terhad di bandar sahaja.

      Asing - Anak-anak bangsawan diasingkan daripada rakyat dalam memberi pendidikan.

      Sekular - Pendidikan sekular memberi ancaman kepada sekolah agama.

      Pekerjaan - Lepasan sekolah vernakular sukar untuk mendapatkan pekerjaan. 
       
       

      v. Kemunculan Golongan Intelek 

Intelek - Golongan intelek yang terdedah kepada idea falsafah Barat dan Islam memimpin    gerakan nasionalisme menuntut    membaiki taraf hidup dan membebaskan negara. 

      vi. Pengaruh Media 

Media - Media seperti akhbar dan majalah menyemarkakkan semangat  nasionalisme.

Sebar - Menyebarkan idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah. 

      vii. Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan 

         Bertemu - Sistem perhubungan memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.

         Hubung - Jalan raya dan jalan kereta api menghubungkan kawasan yang  sebelumnya terpisah. 

      viii. Pengaruh Luar 

      Jepun - Kejayaan Jepun menewaskan China dan Rusia membuka mata nasionalis.

      Ghandi - Perjuangan Mahatma Ghandi menjadi sumber inspirasi kepada nasionalis. 

[26 x 1m = Mak. 12 markah] 
 
 
 

(b) Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan  nasionalisme negara  lain di Asia Tenggara ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 22) 
 

    Sifat - Nasionalisme Thailand tidak bersifat antipenjajah.

    Kerabat - Gerakan nasionalisme tahap pertamanya disebabkan rakyat menentang penguasaan   politik oleh kerabat diraja.

    Mutlak - Mereka mengadakan penentangan terhadap raja yang berkuasa mutlak.

    Boros - Tidak puas hati terhadap sikap raja yang boros.

    Revolusi - Revolusi dilancarkan untuk menggulingkan raja berkuasa mutlak.

        Ekonomi - Gerakan nasionalisme tahap kedua disebabkan oleh rasa tidak puas hati erhadap  cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.

    Pembaharuan - Mengadakan pelbagai pembaharuan untuk menyekat penguasaan itu.

    Undang-undang - Menggubal undang-undang menyekat monopoli ekonomi oleh orang Cina

    Bubar - Membubarkan akhbar dan sekolah Cina. 

[8x1m = Mak. 8 markah]

 .......................................................................................................................................................................

Tajuk : Perkembangan Nasionalisme

Soalan Esei 
 

    (a) Jelaskan perbezaan antara gerakan nasionalisme tahap pertama dengan gerakan nasionalisme  tahap kedua di Asia Tenggara.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 18) 
 

    Sifat - Gerakan nasionalisme tahap pertama bersifat setempat manakala gerakan         nasionalisme tahap kedua bersifat nasional.

    Organisasi - Gerakan tahap pertama tiada organisasi tetapi gerakan tahap kedua mempunyai       organisasi yang tersusun.

    Matlamat - Matlamat gerakan nasionalisme tahap pertama ialah mennuntut pembaharuan dalam       bidang kebudayaan, agama dan hak peribumi manakala gerakan ntahap kedua       mempunyai matlamat menuntut kemerdekaan.

        Pimpin - Gerakan tahap pertama dipimpin oleh golongan pertengahan yang mendapat  pendidikan di Barat dan Timur Tengah tetapi gerakan tahap kedua dipimpin oleh golongan berpendidikan tinggi yang berpengetahuan

    Kaedah - Gerakan tahap pertama menggunakan kaedah memberi kesedaran tetapi gerakan       kedua menggunakan gerakan bersifat radikal.

    Tuntut -  Gerakan tahap pertama tidak menuntut kemerdekaan segera sebaliknya gerakan tahap        kedua menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri. 

[6 x 1 = Mak. 8 markah] 
 
 

(b) Bagaimanakah kuasa penjajah Barat menangani gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 18 - 23) 
 

      Mati - Menghukum mati pemimpin gerakan seperti menghukum mati Andres Banifacio di    Filipina, Nguyen Thai Hoc di Vietnam.

      Tangkap - Menangkap pemimpin revolusi seperti pemerintah Amerika di Filipina menangkap           Emilio Aguinaldo, Pemerinytha Belanda di Indonesia menangkap Soekarno.

      Parti - Membenarkan penubuhan parti bersifat sederhana. Contohnya pemerintah Amerika    membenarkan Sergio Osmena menubuhkan Parti Nasional Filipina.

      Haram - Mengharamkan parti-parti bersifat radikal.

                  Contohnya, Pemerintah Indonesia mengharamkan Parti Nasional Indonesia.

      Larang - Melarang raja melibatkan diri dalam politik. Contohnya Perancis di Vietnam     melarang Maharaja Bao Dai.

      Pilihan raya - Mengadakan pilihan raya untuk memberi peluang kepada rakyat tempatan     menjalankan pentadbiran.

                  Contohnya Amerika di Filipina dan British di Burma. 

[6 x 2m = Mak. 10 markah]

 

Tajuk : Perkembangan Nasionalisme 
 

Soalan Struktur 

Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara pada umumnya dapat dibahagikan kepada dua tahap berdasarkan isu-isu yang diperjuangkan dan corak gerakan nasionalisme tersebut. 
 

(a) Sebutkan ciri-ciri nasionalisme di Asia Tenggara.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 18) 

      Tahap Pertama 

    • Penentangan bersifat setempat
    • Tidak berorganisasi
    • Isu perjuangan ialah berkaitan kebudayaan, agama dan dan hak peribumi
    • Dipimpin oleh golongan yang mendapat pendidikan di Barat dan Asia Barat
    • Memberi penekanan terhadap kesedaran politik
    • Menuntut hak mereka dikembalikan dan taraf hidup dibaiki
    • Tidak menuntut kemerdekaan dengan segera
 

[7 x 1m = Mak. 2 markah]

    Tahap Kedua 

    • Gerakan yang lebih radikal
    • berorganisasi
    • Didorong oleh kegagalan nasionalisme tahap pertama yang bersifat sederhana
    • Dipimpin oleh golongan berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu Barat
    • Menuntut kemerdekaan / membentuk kerajaan sendiri
 

    [5 x 1m = Mak. 2 markah] 
     
     

(b) Senaraikan tuntutan-tuntutan golongan nasionalis Filipina pimpinan Jose Rizal.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 18 - 19) 

    • Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
    • Bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti bangsa Sepanyol
    • Bangsa Filipina diberi kebebasan bersuara
    • Supaya Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial
 

    [4 x 1m = Mak. 3 markah] 
     
     

(c) Apakah peranan Emilio Aguinaldo dalam gerakan nasionalisme di Filipina ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 19) 

    • Membantu Andres Bonifacio memulakan penentangan secara radikal terhadap Sepanyol
    • Bersama-sama Andres Bonifacio melancarkan revolusi bersenjata
    • Menjadi Presiden Kerajaan Revolusi Filipina pada 1897
    • Menjatuhkan hukuman mati ke atas Andrtes Bonifacio 
    • Bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengusir Sepanyol
    • Mengisytiharkan kemerdekaan Filipina tetapi tidak disahkan oleh Amerika.
    • Meneruskan revolusi bersenjata menentang Amerika Syarikat
 

[7 x 1m = Mak. 3 markah] 
 
 
 
 

Tajuk : Faktor Kemunculan Nasionalisme / Perkembangan Nasionalisme 

Soalan Esei 

    (a) Bagaimanakah faktor-faktor berikut mendorong kemunculan semangat nasionalisme di  kalangan rakyat negara-negara Asia Tenggara ? 

    1. Dasar penjajah
    2. Pengaruh media massa
    3. Pengaruh luar

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 14 – 17) 

(i) Dasar Penjajah 

      Birokrasi - Sistem birokrasi tidak membuka peluang kepada rakyat tempatan

      Kekal  - Rakyat tempatan kekal dalam ekonomi tradisional

      Tindas  - Dasar-dasar ekonomi penjajah menindas penduduk peribumi

      Jurang  - Penjajah mewujudkan jurang sosial

      Taraf  - Penjajah menganggap mereka bertaraf tinggi

      Bergaul  - Mereka begaul sesama mereka dan dengan golongan elit tempatan sahaja

      Imigran  - Dasar terbuka terhadap kemasukan imigran menimbulkan tidak puas hati

      Ekonomi - Golongan imigran menguasai ekonomi tempatan 

ii. Pengaruh Media Massa 

      Akhbar  - Akhbar dan majalah menyemarakkan semangat nasionalisme

      Sebar  - Menyebarkan idea nasionalis

      Anti  - Menanam perasaan anti penjajah kepada rakyat 

iii. Pengaruh Luar 

      Jepun  - Kejayaan Jepun mengalahkan China dan Rusia membuka mata para nasionalis

      Sedar  - Sedar negara kecil berupaya mengalahkan negara besar

      Ghandi  - Perjuangan Mahatma Ghandi di India memberikan inspirasi  

    [14 x 2m = Mak. 12 markah] 
     

(b) Bandingkan gerakan nasionalisme yang berlaku di Thailand dengan yang  berlaku di  Indonesia.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 19 – 20 & ms. 22) 

    Penjajah - Nasionalisme di Indonesia bersifat anti penjajah

    Raja - Nasionalisme Thailand ialah penentangan terhadap raja

    Mundur - Nasionalisme tahap pertama di Indonesia muncul kerana tidak puas hati terhadap     kemunduran rakyat

    Politik - Nasionalisme Thailand disebabkan penguasaan politik oleh kerabat diraja dan sikap    Raja Vajiravudh yang boros

    Pendidikan - Nasionalis Indonesia memberi tumpuan terhadap pendidikan wanita dan penyebaran    Islam yang sebenar.

    Revolusi -       Nasionalis Thailand melancarkan revolusi menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.

    Radikal -       Nasionalisme tahap kedua di Indonesia dipelopori oleh parti politik radikal

    Pemerintah - Di Thailand, gerakan dilaksanakan oleh pemerintah.

    Merdeka -       Rakyat Indonesia menuntut kemerdekaan daripada  Belanda

    Ekonomi -       Di Thailand, rakyat berusaha menghapuskan cengkaman ekonomi oleh  kapitalis     Barat dan orang Cina

    Kekerasan - Di Indonesia perjuangan dilakukan secara kekerasan.

    Pembaharuan - Gerakan nasionalisme di Thailand dijalankan dengan  melakukan pembaharuan  

[12 x 1m = Mak. 8 markah]

 

Tajuk : Perkembangan Nasionalisme 

Soalan Esei 

Tindak balas pemimpin dan rakyat tempatan telah mencetuskan gerakan nasionalisme terhadap penjajahan kuasa Barat di negara-negara Asia Tenggara sehingga penjajah yang terdesak terpaksa bertindak balas. 

(a) Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina.

      Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 18 – 19) 

Jose Rizal - Tahap pertama gerakan nasionalisme dipimpin oleh Jose Rizal yang disokong oleh     golongan pertengahan berpendidikan Barat

Tuntut  - Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol / persamaan hak seperti      bangsa Sepanyol / kebebasan bersuara tetapi tidak dilayan

Desak  - Mendesak Sepanyol mengadakan pembaharuan melalui Liga Filipina  

Tangkap  - Jose Rizal dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao dan dibunuh

Bonifacio - Andres Bonifacio memulakan penentangan radikal terhadap Sepanyol.

Merdeka  - Matlamat perjuangannya ialah menyatukan bangsa Filipina dan mencapai      kemerdekaan melalui revolusi

Kalayan  - Menggunakan akhbar Kalayan untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat

Revolusi  - Melancarkan revolusi bersenjata terhadap Sepanyol tetapi gagal

Bekerjasama - Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengusir Sepanyol pada 1898

Isytihar  - Mengisytiharkan kemerdekaan Filipina tetapi tidak disahkan Amerika

Terus  - Revolusi diteruskan terhadap Amerika Syarikat di Filipina

Benar  - Kerajaan Amerika membenarkan penubuhan parti politik sederhana

Perlembagaan - Nasionalis menuntut kemerdekaan dari Amerika melalui perlembagaan 

[13 x 2m = Mak. 12 markah] 
 
 

    (b) Buat satu rumusan tentang langkah-langkah yang diambil oleh kuasa Barat dalam menangani gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 18 – 22) 

Bunuh  - Menjatuhkan hukuman bunuh ke atas pemimpin radikal seperti yang berlaku      terhadap Andres Bonifacio di Filipina dan  Nguyen Thai Hoc  di IndoChina

Penjara  - Ditangkap dan dipenjarakan seperti yang dilakukan oleh Sepanyol terhadap Emilio     Aguinaldo di Filipina dan Soekarno di Indonesia

Parti  - Membenarkan penubuhan parti politik bersifat sederhana seperti  yang  dilakukan    oleh Amerika di Filipina

Haram  - Mengharamkan parti politik radikal sepertiyang dilakukan oleh Belanda terhadap     Parti Nasionalis Indonesia (PNI)

Larang  - Melarang pemerintah tempatan melibatkan diri dalam gerakan  nasionalisme.     Contohnya Perancis menghalang Maharaja Bao Dai.

Kerajaan  - Memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri. Contohnya Amerika melantik Sergio     Osmena mengetuai Dewan Perhimpunan Filipina

Perlembagaan - Memperkenalkan perlembagaan yang memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri.     Contohnya,  Britain memperkenalkan Perlembagaan Burma 

[7 x 2m = Mak. 8 markah] 

 

BAB 2  : NASIONALISME DI MALAYSIA

                  SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA 

Tajuk  : Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan 
 

Soalan Esei 

Gerakan pemimpin tempatan seperti Penghulu Dol Said, Dato’ Maharajalela, Rentap, Mat Saleh dan lain-lain yang berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.  
 

(a) Jelaskan sebab-sebab pemimpin tempatan menentang British.

      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms.30 - 31 ) 

    Takluk  - British menjalankan dasar penaklukan untuk meluaskan jajahannya

    Terikat  - Kawasan taklukan akan terikat dengan perintah dan peraturannya

    Naning  - Contohnya, Naning dipaksa membayar ufti kepadanya

    Ekonomi  - British berusaha mengeksploitasi ekonomi tempatan

    Perjanjian - Menandatangani perjanjian dengan pembesar tempatan

    Kuasai  - Saudagar Negeri-Negeri Selat menguasai perlombongan dan perdagangan bijih timah

    Pentadbiran - British memaksa pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan

        Cukai - Pengenalan sistem cukai, undang-undang dan peraturan tanah bertentangan dengan  amalan tradisi masyarakat.

    Terengganu - Contohnya di Terengganu, tanah yang hendak dibuka mesti mendapat keizinan    British dan dikenakan cukai tanah.

    Adat  - British mencampuri adat resam tempatan.

    Perak  - Contohnya di Perak, British melarang amalan gunakan orang suruhan.

    Pemimpin - Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh

    Penduduk - Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British.

    Sokong  - Mreka memberi sokongan kepada pembesar menentang British. 

[14 x 2m = Mak. 10 markah] 
 

(b) Pilih dua tokoh dalam senarai di bawah dan ceritakan peristiwa penentangannya terhadap  British. 

    1. Penghulu Dol Said di Naning
    2. Rentap di Sarawak
    3. Tok Janggut di Kelantan
    4. Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
 
 

(i) Penghulu Dol Said di Naning

      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms.31 - 32 ) 

      Jajahan - British mendakwa Naning sebagai jajahan takluknya

      Enggan - Penghulu Dol Said enggan menghantar ufti kepada British di Melaka

      Tentera - British menghantar tentera untuk menakluki Naning

      Bantu - Penghulu Dol Said yang dibantu oleh Penghulu Rembau, Penghulu Remai, Dato’    Kelana Sungai Ujong dan Penghulu Gemencheh mengalahkan tentera British

      Serang - British menyerang Naning sekali lagi

      Tewas - Penghulu Daol said tewas lalu menyerah diri dan dibawa ke Melaka 

[6 x 1m = Mak. 5 markah]

 

(ii) Rentap di Sarawak

      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms.33 - 34 ) 

    Hapus - James Brooke bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang

    Serang - Rentap memimpin orang Iban menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang

    Halau - Rentap berjaya menghalau James Brooke

    Bakar - James Brooke bertindak balas membakar kampung Rentap.

    Undur - Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok.

    Kalah - Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai apabila dikalahkan oleh tentera    James Brooke. 

[6 x 1m = Mak. 5 markah] 

(iii) Tok Janggut di Kelantan

      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms.41 - 42 ) 

    Bantah - Tok Janggut membantah pelaksanaan Sistem Penasihat dan cukai tetapi tidak ilayan.

      Arah - Arahan dikeluarkan supaya Tok Janggut ditangkap tetapi gagal.

      Menduduki - Tok Janggut bersama Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said,    Che Ishak dan penduduk tempatan menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya.

        Kerajaan - Mereka membentuk kerajaan dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut  sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

      Serang - British menyerang Kampung Saring dengan bantuan tentera Negeri Selat.

      Terkorban - Tok Janggut terkorban dalam serangan itu.

[6 x 1m = Mak. 5 markah] 
 

(iv) Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu

      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms.42 - 43 ) 

    Kecewa - Haji Abdul Rahman Limbong kecewa dengan sistem cukai dan undang-undang tanah    yang diperkenalkan oleh British.

    Telemong - Beliau mengetuai penduduk membersih  tanah di Kuala Telemong tanpa     menghiraukan peraturan tanah.

    Maimunah - Beliau sekali lagi berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah tetapi    dapat disuraikan oleh British.

    Bersenjata - Penduduk tempatan melancarkan serangan bersenjata terhadap bangunan kerajaan di    Kuala Berang dan berjaya mendudukinya.

    Sultan - Dengan menggunakan nama Sultan, British menghantar menghantar pembesar dan    berjaya menawan semula Kuala Berang.

    Tangkap - Sepasukan polis menyerang Kuala Telemong dan berjaya menangkap Haji Abdul    Rahman Limbong.

    Buang - Beliau dibuang negeri ke Makkah.

[7 x 1m = Mak. 5 markah]

 

Tajuk : Gerakan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

Soalan Esei

 

Kejayaan British menjajah Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah tidak mematahkan semangat penduduk tempatan sebaliknya secara perlahan mereka bergerak memberi kesedaran dalam pendidikan dan ekonomi melalui persatuan dan media cetak. 

    (a) Bagaimanakah dasar-dasar British terhadap politik, ekonomi dan sosial di negara ini telah  membangkitkan nasionalisme di kalangan penduduk tempatan

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 45 – 49)

      i. Politik

 

      Musnah  - Pengenalan sistem politik Barat memusnahkan sistem politik tradisional  

      Cabar  - Tindakan menggantikan pembesar tempatan dengan pegawai British      mencabar amalan tradisi

      Maruah  - Tindakan tersebut juga menjatuhkan maruah orang Melayu

      ii. Sosial dan Pendidikan

 

      Kampung - Orang Melayu tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan

      Kemajuan - Kemajuan hanya terdapat di bandar-bandar sahaja

      Jurang  - Wujudnya jurang taraf hidup antara luar bandar dengan bandar

      Mundur  - Hidup orang Melayu mundur

      Intelek  - Sistem pendidikan melahirkan golongan intelek Melayu

      Sedar  - Mereka memainkan peranannya untuk menyedarkan bangsa

      Tolak  - Mereka menggunakan idea untuk menolak penjajahan 

      iii. Ekonomi 

      Datang  - Dasar British menggalakkan kemasukan orang asing untuk berdagang.

      Imigran  - Ramai imigran datang dan menetap di Tanah Melayu

      Persaingan - menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan

      Kuasai  - Mereka menguasai ekonomi perlombongan, perladangan dan perdagangan

      Padi  - Orang Melayu kekal dengan pertanian padi 

[ 15 x 2m = Mak. 12 markah ] 
 

(b) Nyatakan isu-isu pendidikan yang dibangkitkan dalam akhbar, majalah dan novel Melayu pada  tahun 1930-an.

      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 51 – 53 ) 
 

      Tinggi  - Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu

      Perempuan - Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan

      Pilih  - Menyeru meninggalkan sikap memilih kerja

      Tabung  - Menggalakkan orang Melayu menabung untuk pendidikan anak-anak

      Tradisional - Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu

      Inggeris  - Mementingkan pendidikan Inggeris untuk kemajuan

      Taraf  - Meminta menaikkan taraf sekolah Melayu dengan memberi nilai ekonomi

      BM  - Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran      British

      Islam  - Menyeru orang Melayu tidak melupakan pendidikan Islam

      Nilai  - Mengekalkan nilai baik masyarakat Melayu 

[ 10 x 1m = Mak. 8 markah ] 

 

Tajuk  : Gerakan Islah

Soalan Struktur

 

Pengaruh perubahan yang dialami oleh masyarakat Islam di negara-negara Timur  Tengah telah memberi kesan kepada perkembangan pemikiran masyarakat Melayu hingga mewujudkan gerakan Islah oleh Kaum Muda pada awal abad ke-20. 
 

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan gerakan Islah ?

      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 49 ) 
 

      - Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan    mereka terhadap Islam.

[ 2 markah] 
 

(b) Sebutkan dua tokoh yang mempelopori gerakan Islah.

      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 49 ) 
 

    • Sheikh Tahir Jalaluddin
    • Syed Sheikh al-Hadi
    • Dr. Burhanuddin al-Helmy

[3 x 1m = Mak. 2 markah] 
 
 

(c) Nyatakan idea-idea yang disampaikan melalui gerakan Islah oleh oleh Kaum Muda.

      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 50 ) 
 

    • Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
    • Gesaan memajukan ekonomi, pendidikan,  politik dan sosial orang Melayu
    • Menyemai sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang Islam
    • Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan memajukan orang Melayu
 

    [4 x 1m = Mak. 3 markah] 
     
     

    (d) Berikan sebab-sebab gerakan Islah oleh Kaum Muda tidak dapat bergerak di Negeri-Negeri  Melayu kecuali di Negeri-Negeri Selat sahaja.

      ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 50 ) 
 

    • Masyarakat sudah dipengaruhi oleh fahaman Kaum Tua
    • Undang-undang dikeluarkan untuk menghalang pengaruh Kaum Muda
    • Kegiatan dakwah tidak dibenarkan kecuali mendapat keizinan Sultan
    • Dilarang membawa masuk buku-buku dan risalah Kaum Muda ke negeri-negeri itu.
 

[4 x 1m = Mak. 3 markah] 
 

 

Tajuk : Akhbar, Majalah dan Novel : Penggerak Kesedaran Bangsa 
 

Soalan Struktur 

Peranan yang dimainkan oleh akhbar, majalah dan novel dalam menggerakkan kesedaran kebangsaan orang Melayu pada tahun 1930-an adalah amat jelas dengan memuatkan isu berkaitan sosial, ekonomi dan politik supaya pembaca dapat menilai kesan penjajahan terhadap kemajuan ekonomi, pendidikan dan politik mereka. 
 

(a) Senaraikan akhbar-akhbar Melayu yang diterbitkan pada tahun 1930-an.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 51) 

    • Warta Malaya
    • Lembaga Malaya
    • Majlis
    • Utusan Melayu
    • Warta Negara
    • Fajar Sarawak

[6 x 1m = Mak. 2 markah] 
 

(b) Nyatakan isu-isu ekonomi yang dibangkitkan oleh akhbar-akhbar Melayu.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 51) 

    • Menggalakkan syarikat kerjasama

    - Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam ekonomi  tempatan

      - Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu

    • Melarang orang Melayu menjual tanah mereka
    • Menyeru orang Melayu berjimat cermat
    • Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur
 

[6 x 1m = Mak. 3 markah] 
 

(c) Apakah perkara-perkara yang dibangkitkan dalam majalah Bulan Melayu ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 52) 

    • Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan di Johor
    • Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri
    • Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
    • Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa
 

[4 x 1m = Mak. 2 markah] 
 

    (d) Berikan tema-tema semangat kebangsaan yang dibangkitkan oleh Ishak Haji Muhammad  melalui novel-novel karangannya.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 53) 

    • Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan
    • Mencintai tanah air dan menjaga maruah bangsa
    • Berasa bangga dengan kebolehan sendiri
    • Menghargai warisan bangsa sendiri
    • Menolak kesenangan demi maruah bangsa
 

[5 x 1m = Mak. 3 markah] 
 
 
 
 
 
 
 

Tajuk : Akhbar, Majalah dan Novel : Penggerak Kesedaran Kebangsaan 

Soalan Esei 

    (a) Bagaimanakah akhbar-akhbar Melayu tahun 1930-an memainkan peranannya sebagai agen  gerakan nasionalisme ? 

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 51) 
 

    Isu  - Membangkitkan isu pendidikan, ekonomi dan politik

    Kesedaran - Memberikan kesedaran untuk memajukan bangsa Melayu 

      i. Sosial / Pendidikan 

          Tinggi  - Menggesa supaya memajukan pendidikan tinggi orang Melayu

          Perempuan  - Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan

          Sikap  - Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap memilih kerja dan malas berusaha

          Kemahiran  - Mementingkan kemahiran pertukangan dan kerja tangan

          BI   - Mengutamakan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan diri

          Sekolah  - Meminta sekolah Melayu diberikan nilai ekonomi

          BM  - Memartabatkan bahasa Melayu dalam pentadbiran British

          Islam  - Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam

          Nilai  - Menyeru supaya mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu 

    ii. Ekonomi 

      Syarikat  - Menggalakkan syarikat kerjasama

      Dagang  - Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang

      Perniagaan  - Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu

      Tanah  - Melarang orang Melayu menjualkan tanah mereka

      Jimat  - Menyeru orang Melayu berjimat cermat

      Kampung  - Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur 

      iii. Politik 

      Raja  - Mengkritik British yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu

            Laksana - Mengkritik raja dan pembesar yang tidak melaksanakan kepimpinan sewajarnya untuk rakyat

      Pilih  - Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan

            MAS - Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan

      Bersatu  - Menyeru orang Melayu bersatu di bawah satu pertubuhan kebangsaan

      Tuntutan  - Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan 

[23 x 1m = Mak. 12 markah] 

    (b) Jelaskan isu-isu berkaitan wanita yang dibangkitkan dalam akhbar, majalah dan novel Melayu pada tahun 1930-an.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 51 – 53) 

      Anak  - Pendidikan untuk anak perempuan

      Pendidikan - Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri

      Kesopanan - Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur

      Obor  - Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa

      Kebebasan - Kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya

      Negatif  - Membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan

      Perpaduan - Perpaduan di kalangan guru-guru perempuan Melayu Johor 

[7 x 1m = Mak. 8 markah]

 

Tajuk : Perjuangan Nasionalisme oleh Persatuan-Persatuan Melayu 
 

Soalan Struktur 

Awal abad ke-20 memperlihatkan kemunculan persatuan-persatuan yang membincangkan pelbagai persoalan bangsa Melayu berkaitan isu ekonomi, pendidikan, bahasa, sastera, perpaduan dan pembelaan politik bangsa. 
 

(a) Nyatakan peranan yang dimainkan oleh Mohammad Eunos Abdullah melalui Kesatuan Melayu  Singapura (KMS)

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 54 – 55) 

    • Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British
    • Menjadi wakil orang Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
    • Melalui desakannya, kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British
    • Memperoleh sebuah kawasan petempatan khas bagi orang Melayu di Singapura
    • Mendorong penubuhan cawangan KMS di Melaka, Pulau Pinang dan di Negeri-Negeri Melayu
 

[5 x 1m = Mak. 3 markah] 
 

(b) Apakah tujuan penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms.  55) 

    • Menggalakkan ahli berkenal-kenal
    • Menggalakkan ahli bertukar pendapat untuk memajukan diri dan bangsa
    • Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu
 

[3 x 1m = Mak. 2 markah] 
 

    (c) Senaraikan tindakan-tindakan oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang menunjukkan kesatuan ini bersifat politik.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms.  56) 

    • Bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu
    • Menjadikan KMM sebagai badan propoganda Jepun
    • Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propoganda anti-British
    • Mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan
    • Menubuhkan cawangan KMM di Maahad Ihya Assyarif
    • Menubuhkan tentera semut untuk menentang British
 

    [6 x 1m = Mak. 3 markah] 
     

(d) Apakah hasil daripada kongres Melayu yang telah diadakan pada tahun 1939 dan 1940 ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms.  56 - 57) 

    • Kemunduran orang Melayu dalam ekonomi dan pendidikan dibincangkan
    • Layanan pilih kasih oleh British dalam pentadbiran kerajaan telah didedahkan
    • Perjuangan kesatuan mendapat sokongan golongan intelek Melayu dan akhbar-akhbar Melayu
    • Perpaduan orang Melayu untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik dapat diwujudkan
    • Perasaan kenegerian di kalangan orang Melayu dapat diatasi

    [5 x 1m = Mak. 2 markah]

 

Tajuk : Gerakan Nasionalisme Semasa Pendudukan Jepun 
 

Soalan Struktur 

Tekanan semasa pendudukan Jepun antara tahun 1941 hingga tahun 1945 telah melahirkan semangat kebangsaan Tanah Melayu melalui gerakan bawah tanah yang berfokus kepada matlamat untuk membebaskan diri daripada tekanan penjajahan. 

(a) Nyatakan dasar pemerintahan ketenteraan Jepun di Tanah Melayu.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 57 – 58) 

    • Menyekat kebebasan bersuara rakyat Tanah Melayu
    • Memberikan kebebasan kepada pertubuhan yang menyokongnya
    • Membenarkan pertubuhan bergerak di bawah pengawasannya
    • Mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelum itu
    • Menukar nama akhbar tempatan kepada nama Jepun
    • Semua sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar
    • Nilai-nilai Jepun diperkenalkan di sekolah
 

    [7 x 1m = Mak. 3 markah] 
     

(b) Apakah tindakan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang Jepun ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 58) 

      - Menubuhkan Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA)

    • Mendapatkan sokongan dan bantuan senjata daripada British
    • Bekerjasama dengan British menentang Jepun
    • Menjalankan perang gerila terhadap Jepun
    • Menubuhkan Pasukan Bintang Tiga

    [7 x 1m = Mak. 3 markah] 
     

(c) Nyatakan gerakan bawah tanah yang dilakukan oleh orang Melayu menentang Jepun.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 58) 

    • Menubuhkan Force 136 dan Pasukan Wataniah
    • Bekerjasama dengan tentera British menentang Jepun
    • Bergerak secara gerila di hutan
    • Bergerak aktif di Kedah, Johor dan Pahang

    [4 x 1m = Mak. 2 markah] 
     

    (d) Apakah rancangan Kesatuan Melayu Muda tentang kemerdekaan Tanah Melayu menjelang  khir pendudukan Jepun ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 59) 

      - Meminta Jepun memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama-sama Indonesia

    • Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya
    • Menubuhkan Kesatuan rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) untuk melaksanakan tugas mendapatkan kemerdekaan dengan Indonesia

    - Mengadakan kongres di Kuala Lumpur membincangkan persediaan kemerdekaan bersama  ndonesia 

    [4 x 1m = Mak. 2 markah] 
     
     

 

BAB 3  : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

Tajuk  : Pembinaan Negara Bangsa

Soalan Esei

 

Konsep negara bangsa merujuk kepada pembentukan negara bangsa moden di Eropah ekoran daripada kemunculan idea tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa moden. 
 

(a) Huraikan usaha-usaha ke arah pembinaan negara bangsa moden di Eropah.

      (Ruj. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 67 – 69) 
 

    Bangsa  - Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk    membentuk negara bangsa.

    Deklerasi - Deklerasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson mencadangkan prisip penentuan    nasib negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa.

    Bahagi  - Kekalahan Austria-Hungary dan Turki dalam Perang Dunia Pertama mengakibatkan    empayarnya dibahagi-bahagikan menjadi  negara-negara bangsa baru merdeka.

    Camillo  -  Count Camillo Benso menggunakan amalan realpolitik untuk menyatukan Itali     menjadi sebuah negara.

    Bekerjasama - Beliau bekerjasama dengan Napoleon III (pemerintah Perancis)      menghalau Austria dari  Itali.

    Suara  - Beliau mengadakan pungutan suara dan mendapat sokongan rakyat untuk     menyatukan Itali.

    Bantu  - Beliau membantu Prussia menewaskan Austria menyebabkan wilayah Venetia     dipulangkan kepada Itali.

    Undur  - Pengunduran tentera Perancis dari Rom membolehkan Camillo  menyatukan Itali dan    Rom.

    Bismarck - Otto Eduard von Bismarck menggunakan realpolitik serta politik      darah dan besi untuk menyatukan Jerman.

    Peperangan - Beliau menggunakan pelbagai taktik  untuk mencetuskan       peperangan bagi menyatukan Jerman.

    Benci  - Beliau juga menggunakan isu membenci kuasa asing untuk      membangkitkan semangat rakyat Prusia dimedan tempur. 

[11 x 1m = Mak. 12 markah] 
 

    (b) Mengapakah usaha pembinaan negara Islam di Madinah berbeza daripada pembinaan negara  bangsa di Eropah ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 71) 
 

    Kaedah  - Pembentukan negara Islam di Madinah tidak menggunakan kaedah realpolitik atau    politik darah dan besi.

    Islam  - Pembentukan negara secara penyatuan melalui prinsip Islam.

    Perlembagaan - Menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam.

    Piagam  - Penduduk berbilang bangsa disatukan melalui Piagam Madinah.

    Diplomasi - Pembentukan kerajaan Islam berasaskan diplomasi, musyawarah dan permuafakatan.

    Kerjasama - Pembentukan negara disebabkan wujudnya kerjasama antara pemimpin dengan   pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat. 

[6 x 1m = Mak. 8 markah]

 

Tajuk : Warisan Negeri-Negeri Melayu

Soalan Esei

 

    (a) Apakah persamaan kandungan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun  1895 dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu pada tahun 1911 ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 82 dan  84 – 85) 
 

    Pemerintahan - Mengamalkan pemerintahan bercorak Raja Berperlembagaan.

    Sultan  - Sultan dibantu oleh Majlis Negeri / Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri

    MB  - Menteri Besar menjadi pengerusi Majlis Negeri / Majlis Mesyuarat Kerajaan dan    Jemaah Menteri.

    Lantik  - Menteri Besar dilantik oleh Sultan.

    Jemaah  - Menteri Besar dibantu oleh Jemaah Menteri.

    Naib  - Jemaah Menteri mempunyai kuasa melantik Naib Menteri Besar      dengan perkenan Sultan.

    Jemaah  - Jemaah Menteri mestilah berbangsa Melayu, Islam dan rakyat  negeri

    Taat  - Menteri mesti mengangkat sumpah taat setia kepada Raja dan  kerajaan

    Pewaris  - Pewaris takhta mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu, lelaki dan waris Sultan .

    Serah  - Raja atau menteri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain

    Melayu  - Orang Melayu diiktiraf sebagai rakyat negeri

    Islam  - Islam sebagai agama negeri

[12 x 1m = Mak. 12 markah] 
 
 
 

    (b) Sistem pentadbiran dalam Persekutuan Negeri Sembilan dikatakan mempunyai unsur demokrasi. Jelaskan. 
     

    Perpatih  - Mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih

    Rakyat  - Kedaulatan di tangan rakyat

    Lantik  - Perlantikan pemimpin dibuat dari peringkat paling bawah

    YDP  - Yang Dipertuan Besar tidak berhak melantik pembesar

    Pembesar - Pembesar dilantik oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah

    Runding  - Keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Besar adalah hasil      perundingan dengan Undang

    Mutlak  - Tidak mengamalkan kuasa mutlak

    Agih  - Mengagihkan kuasa kepada individu mengikut peringkat

    Muafaka t - Permuafakatan antara suku dalam memilih pemimpin

    [9 x 1m = Mak. 8 markah] 
     
     
     
     
     
     
     
     

 

BAB 4  : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA 

Tajuk  : Malayan Union

Soalan Struktur

Pengenalan Malayan Union pada tahun 1946 bukan sahaja merupakan usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka malah menolak Negeri Melayu, Raja Melayu dan orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu. 

(a) Nyatakan sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 95 – 96) 

    • Sebagai persediaan untuk TM ke arah membentuk pemerintahan sendiri
    • Untuk menjimatkan kos pentadbiran
    • Melahirkan pentadbiran yang licin
    • Mewujudkan pembangunan ekonomi yang seimbang antara negeri
    • Membentuk satu bangsa Malayan Union
    • Mengurangkan kuasa politik orang Melayu

[6 x 1m = Mak. 3 markah] 

(b) Sebutkan dua syarat Perjanjian Malayan Union.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 96) 

    • Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua Negeri Selat disatukan
    • Seorang Gabenor British dilantik untuk mengetuai Malayan Union.
    • Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk
    • Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas
    • Kerakyatan Malayan Union berasaskan prinsip jus soli
    • Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu
    • Raja-Raja Melayu hanya membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu
    • Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik di setiap negeri sebagai ketua pentadbir
 

[8 x 1m = Mak. 3 markah] 
 

(c) Senaraikan kelayakan untuk menjadi rakyat Malayan Union .

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 96) 

    • Sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura

    - Mereka yang berumur 18 tahun ke atas serta bermastautin di Tanah Melayu selama 10 hingga  15 tahun 

    • Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak warganegara di atas

    - Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluknya

    [4 x 1m = Mak. 2 markah] 

(d) Nyatakan pelaksanaan sistem pentadbiran Malayan Union

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5  ms. 96 - 97) 

    • Sebuah kesatuan diwujudkan
    • Dikuasai oleh sebuah pemerintah pusat yang kuat
    • Pentadbirannya tidak tertakluk kepada Singapura lagi
    • Pentadbirannya terus kepada Parlimen British
    • Menolak sistem politik Melayu
    • Pentadbirannya diketuai oleh Gabenor
    • Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu
    • Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan Malayan Union menjalankan pentadbiran peringkat pusat
    • Seorang Pesuruhjaya Negeri lantik mentadbir setiap negeri

    [9 x 1m = Mak. 2 markah] 
     
     
     
     
     
     

Tajuk : Malayan Union

Soalan Struktur

 

(a) Berikan dua situasi yang menyebabkan Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Malayan Union.  (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 98) 

    • diugut akan diturunkan daripada takhta
    • masa yang singkat untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri
    • atas dasar setia kawan kepada British

[3 x 1m = Mak. 2 markah] 

(b) Nyatakan kedudukan Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 99) 

    • Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu
    • Hilang kredibiliti sebagai ketua orang Melayu
    • Tiada sebarang kuasa
    • Hanya boleh membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu
    • Tida kuasa untuk memungut zakat fitrah

[5 x 1m = Mak. 3 markah] 

    (c) Sebutkan kesan-kesan syarat kerakyatan malayan Union yang longgar terhadap kedudukan  orang Melayu.. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 99) 

    • Mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi
    • Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil
    • Ekonomi orang Melayu menjadi mjundur
    • Ketinggalan dalam bidang pendidikan

[4 x 1m = Mak. 2 markah] 

    (d) Apakah reaksi yang ditunjukkan oleh orang Melayu sebagai tanda bantahan mereka terhadap gagasan Malayan Union.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 100 - 101) 

    • Menyuarakan bantahan melaui akhbar-akhbar Melayu
    • Mengadakan demonstrasi sedara damai
    • Menghidupkan semula persayuan-persayuan Melayu untuk menentang Malayan Union
    • Menghantar telegram / surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
    • Mengadakan kongres di kalangan orang Melayu
    • Menubuhkan UMNO untuk menentang Malayan Union
    • Mengadakan rapat umum
    • Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan
 

    [8 x 1m = Mak. 3 markah] 
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

Tajuk : Persekutuan Tanah Melayu

Soalan Struktur

 

British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-Raja Melayu untuk mengadakan rundingan tentang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu tetapi perundingan tersebut mendapat tentangan daripada orang dagang dan golongan radikal Melayu. 

    (a) Berikan tiga sebab UMNO dan Raja-Raja Melayu dipilih oleh British untuk mengadakan rundingan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

       (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 103 - 104) 

    • Ketegasan membantah Malayan Union
    • Perpaduan golongan raja dan rakyat
    • Mempunyai keupayaan mendesak British
    • Sikap politik yang sederhana
    • Menentang secara damai / Tidak mengangkat senjata
    • Tidak menuntut kemerdekaan daripada British
    • British bimbang orang Melayu dipengaruhi gerakan politik Indonesia yang radikal.
 

    [7 x 1m = Mak. 3 markah] 

    (b) Senaraikan tuntutan orang Melayu dalam mesyuarat penggubalan Perjanjian Persektutan  Tanah Melayu di King’s House, Kuala Lumpur.

       (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 104 - 105) 

    • Menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union
    • Inginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
    • Menolak kerakyatan terbuka Malayan Union
    • Perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan
    • Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu diakui semula
 

    [ 5 x 1m = Mak. 3 markah] 

    (c) Apakah alasan yang diberikan oleh golongan radikal Melayu sebagai reaksi  menentang  perundingan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

       (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 105) 

      - Jawatankuasa Eksekutif tidak mewakili semua pihak

    • Tiada perwakilan orang dagang dalam Jawatankuasa Eksekutif
    • Mereka menuntut konsep sebuah republik
    • Mereka menuntut kemerdekaan penuh           [4 x 1m = Mak. 2 markah]
 

    (d) Nyatakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh golongan radikal Melayu melalui  Perlembagaan Rakyat 1947.   (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 106) 

    • Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
    • Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Negeri dipilih
    • Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat
    • Keistimewaan orang Melayu dikembalikan
    • Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu
    • Kerakyatan yang sama rata
    • Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu
    • Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
    • Pertahanan dan hal ehwal luar negeri menjadi tanggungjawab British dan Tanah Melayu
    • Warganegara Tanah Melayu dinamai Melayu

[10 x 1m = Mak. 3 markah]

 

Tajuk : Pergerakan Politik di Sarawak dan Sabah

Soalan Struktur

Sarawak dipaksa menerima penjajahan British secara mutlak apabila Vyner Brooke menyerahkan negeri tersebut kepada kerajaan British di London sebagai tanah jajahan mahkota hingga mengakibatkan beberapa pemimpin dan persatuan kaum tempatan telah menentang tindakan itu. 

(a) Apakah alasan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British ?

      (Ruj. Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 110) 

    • Beliau telah tua / uzur
    • Anthony Brooke tidak layak mentadbir Sarawak
    • Gerald MacBryan telah ditugaskan mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak

    [3 x 1m = Mak. 2 markah] 

    (b) Nyatakan sebab-sebab beberapa pemimpin dan persatuan kaum tempatan menentang  penyerahan tersebut.

      (Ruj. Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 110 - 111) 

    • Bercanggah dengan Perlembagaan 1941
    • Vyner Brooke tidak berunding dengan pemimpin tempatan
    • Cadangan hanya disokong oleh bukan bumiputera dan pegawai British
 

[3 x 1m = Mak. 2 markah] 

(c) Berikan tiga persatuan yang terlibat dalam gerakan antipenyerahan Sarawak.

      (Ruj. Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 110 - 111) 

    • Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
    • Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
    • Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu
    • Parti Dayak Sarawak (PDS)
    • Persatuan Melayu Sarawak (PMS)

    [5 x 1m = Mak. 3 markah] 

    (d) Senaraikan tindakan yang dilakukan oleh persatuan dalam usaha menentang perisytiharan  penyerahan Sarawak.

      (Ruj. Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 110 - 111) 

    • Berdemonstrasi
    • Menghantar surat bantahan
    • Meletakkan jawatan beramai-ramai
    • Mengadakan pakatan sulit antara kaum terpelajar dengan orang muda
    • Menubuhkan kumpulan Rukun Tiga Belas
    • Membunuh Gabenor Sarawak

    [6 x 1m = Mak. 3 markah] 

 

Tajuk  : Malayan Union

Soalan Esei

 

(a) Jelaskan faktor-faktor yang mendorong orang Melayu menentang Malayan Union.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 98 – 99) 

Ugut  - Harold MacMichael mengugut Raja-Raja Melayu akan diturunkan takhta jika enggan    menerima Malayan Union.

Singkat  - Sultan tidak diberikan masa cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri

Hakis  - Penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union.

Majlis  - Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.

Wibawa  - Raja-Raja Melayu hilang kewibawaan sebagai ketua orang Melayu.

Agama  - Raja-Raja Melayu hanya boleh membincangkan hal-hal agama Islam dan adat     istiadat Melayu sahaja.

Zakat  - Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk memungut zakat fitrah.

Kerakyatan - Orang Melayu menolak syarat kerakyatan yang longgar.

Ancam  - Mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.

Jumlah  - Jumlah orang Melayu menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang.

Mundur  - Ekonomi dan pendidikan orang Melayu akan bertambah mundur.

Warisan  - Orang Melayu akan kehilangan warisan tamadun dan sejarah yang dibina oleh     Kesultanan Melayu Melaka.

[12 x 2m = Mak. 12 markah]

 

(b) Apakah implikasi hasil daripada bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 100)

Menyatu - Berjaya menyatukan orang Melayu.

Pertahan - Memperlihatkansemangat orang Melayu mempertahankan status-quo mereka.

UMNO  - Bantahan ini melahirkan UMNO.

Runding - Mendorong British memulakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO.

Persekutuan - Hasil rundingan, Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk.

Batal  - British membatalkan Malayan Union.

Bentuk  - British akan membentuk sistem politik dan pentadbiran yang lebih baik.

[7 x 2m = Mak. 8 markah]

 

BAB 5  : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

Tajuk  : Sistem Ahli

Soalan Struktur

 

Sistem Ahli dilaksanakan setelah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu dan rundingan antara pihak British dengan wakil penduduk Tanah Melayu. 
 
 

(a) Nyatakan reaksi awal pihak British mengenai penubuhan Sistem Ahli.

      (Ruj :  Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.117) 

    • Menjadikan pentadbiran negara Kenya dan Rhodesia Utara sebagai model
    • Selaras dengan hasrat British menjalankan dasar dekolonisasi
    • Dapat menguranghkan tekanan PKM
    • Dapat melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran
 

    [4 x 1m = Mak. 2 markah] 
     

(b) Senaraikan ciri-ciri Sistem Ahli.

      (Ruj :  Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.117 -  118) 

      - Beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat memegang jawatan yang dibentuk.

    • Anggotanya dikenali sebagai Ahli
    • Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
    • Ahli terdiri daripada sembilan orang anggota
    • Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
 

    [5 x 1m = Mak. 3 markah] 
     

(c) Nyatakan tugas-tugas Ahli dalam sistem tersebut.

            (Ruj :  Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 118) 

    • Menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa jabatan
    • Menguruskan pentadbiran
    • Mencadangkan undang-undang yang berkaitan jabatannya
    • Berbincang dengan pegawai kanan British untuk menyediakan undang-undang
    • Menerima arahan Pesuruhjaya Tinggi British dalam menyediakan undang-undang
 

    [5 x 1m = Mak. 3 markah] 
     

(d) Nyatakan kepentingan Sistem Ahli kepada  pentadbiran negara.

      (Ruj :  Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 119) 

    • Sebagai asas melatih orang tempatan berkerajaan sendiri.
    • Memulakan proses perpaduan kaum
    • Asas menentukan kemerdekaan yang akan dicapai mendapat sokongan seluruh penduduk
    • Pendedahan kepada penduduk tempatan menerajui kerajaan walaupun dikuasai oleh British
 

    [4 x 1m = Mak. 2 markah]

 

Tajuk  : Pakatan Murni

Soalan Esei

 
 

(a) Jelaskan usaha-usaha mengadakan pakatan murni di kalangan penduduk  penduduk di Tanah  Melayu sebelum penubuhan Parti Perikatan.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.119 – 121) 
 

CLC  - Membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (Communities Liaison

                  Commitee - CLC) yang dianggotai kaum Melayu dan Cina.

India  - Pada bulan Ogos 1949 CLC turut disertai oleh kaum India.

Tujuan  - Bertujuan menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kemerdekaan yang akan dicapai.

Rundingan - Mengadakan rundingan antara UMNO dan CLC.

RIDA  - Bersetuju menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa  (RIDA) untuk     memajukan masyarakat luar bandar.

Kerakyatan - Memberi kerakyatan kepada imigran mengikut syarat Kerakyatan Negeri 1951.

Pilihan Raya - Mengadakan pilihan raya di semua peringkat pada masa yang  sesuai.

UMNO  - Dato’ Onn membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu tetapi tidak     mendapat sambutan

IMP  - Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang membuka    keahlian kepada semua kaum.

Persidangan - Sir Malcolm MacDonald menubuhkan Persidangan Kebangsaan untuk mencapai    kerjasama politik dan mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk.

Konvensyen - Tunku Abdul Rahman mengadakan konvensyen kebangsaan bersama MCA untuk    mewujudkan kerjasama dalam politik. 

[11 x 2m = Mak. 10 markah] 
 
 

(b) Huraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam politik hasil daripada pakatan murni antara  kaum sehingga negara mencapai kemerdekaan.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 121 – 125) 
 

Kuala Lumpur - Kerjasama UMNO-MCA telah memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandara Kuala    Lumpur pada tahun 1952.

Perbandaran - Gabungan UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran beberapa     bandar utama.

Negeri  - Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Negeri pada tahun 1954.

Kerjasama - Kerjasama UMNO-MCA menjadi asas penubuhan Parti Perikatan yang dianggotai    oleh UMNO, MCA dan MIC pada 1955.

Jawatankuasa - Pemimpin-pemimpin parti politik yang terdiri daripada Parti Negara, UMNO, MCA    dan MIC menganggotai Jawatankuasa Pilihan Raya Majlis Mesyuarat Perundangan.

MPP  - Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

Kerajaan - Parti Perikatan berjaya menubuhkan kerajaan dan membentuk  kabinet

TAR  - Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Ketua Menteri.

Kabinet  - Membahagikan anggota kabinet daripada pelbagai kaum.

Rombongan - Tunku Abdul Rahman dipilih mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan ke     London. 

[10 x 2m = Mak. 10 markah]

 

BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

Tajuk : Pembentukan Malaysia

 

Soalan Esei 

Idea pembentukan Malaysia yang mula dikemukakan pada awal abad ke-19 dibangkitkan semula oleh beberapa orang tokoh disebabkan oleh beberapa faktor yang merujuk kepada masalah keselamatan, ekonomi dan sosial. 

(a) Apakah cadangan-cadangan yang dikemukakan tentang pembentukan Malayasia.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 137 – 138)

      (i) Lord Brassey

          Menggabungkan Sarawak dan  Sabah dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat. 

      (ii) Sir Malcolm MacDonald dan Dato’ Onn   

            Mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu    digabungkan. 

      (iii) Lee   

            Menggabungkan Singapura dengan Tanah Melayu sahaja.

    [3 x 1m = Mak. 2 markah] 
     

(b) Nyatakan dua perkara yang disebut oleh Tunku Abdul Rahman dalam sidang akhbar di  Singapura berhubung dengan pembentukan Malaysia.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 138) 

    • Menyetujui gagasan Malaysia
    • Berharap Malaysia menjadi negara yang  disegani di rantau ini.
    • Kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial dapat diwujudkan.
    • Memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan.

    [4 x 1m = Mak. 2 markah] 
     

(c) Berikan dua sebab Lee Kuan Yew begitu berminat menggabungkan Singapura dengan  Persekutuan Tanah Melayu.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 139 - 140) 

      - Barisan Sosialis memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura.

    • Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis melemahkan Parti Tindakan Rakyat pada masa depan
    • Kebangkitan Barisan Sosialis menggugat rancangan British memberi kemerdekaan kepada Singapura.
    • Ancaman komunis.
    • Mengharapkan pertolongan Persekutuan Tanah Melayu membanteras pengaruh komunis.

    [5 x 1m = Mak. 3 markah] 
     

(d) Apakah faedah-faedah yang diperolehi sekiranya Sarawak, Sabah dan Brunei menganggotai  Malaysia ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 139 - 140) 

    • Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
    • Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
    • Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo.
    • Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industri pertanian.
    • Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu.
    • Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota.

    [6 x 1m = Mak. 3 markah]

 

Tajuk : Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia

Soalan Esei

 

(a) Jelaskan reaksi Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia.

      (Ruj :  Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 146 – 148)

Indonesia

 

Bantah  - Membantah pembentukan Malaysia.

Neokolonialisme - Berpendapat pembentukan Malaysia adalah satu bentuk neokolonialisme.

Ancam  - Boleh mengancam Indonesia

Konfrontasi - Presiden Soekarno mengisytiharkan Dasar Konfrontasi.

Ganyang - “Ganyang Malaysia” diumumkan pada 20 Januari 1963.

Nelayan  - Menyerang kapal-kapal nelayan Malaysia.

Ceroboh - Menceroboh ruang udara Malaysia.

Serang  - Melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah.

Buruk  - Memburukkan Malaysia di negara Afro-Asia dan Negara Dunia      Ketiga

Filipina

 

Tuntut  - Membuat pengumuman rasmi menuntut hak ke atas Sabah.

Sabah  - Mendakwa Sabah sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.

Perjanjian - Mengemukakan perjanjian antara Sultan Sulu dengan Baron von Overback sebagai    asas tuntutan. 

[12 x 2m = Mak. 12 markah] 
 
 

(b) Huraikan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Malaysia dalam menghadapi  penentangan  Indonesia terhadap pembentukan Malaysia.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 146 – 147 dan ms 151) 

Diam  - Mengambil sikap berdiam diri terhadap serangan kapal nelayan dan pencerobohan    ruang udara.

Balas  - Bertindak balas dengan bantuan tentera komanwel terhadap serangan bersenjata     Indonesia .

Bantahan - Menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu    berhubung pencerobohan itu.

Lawatan - Perwakilan Malaysia yang diketuai oleh Dato’ Abdul Razak Husein mengadakan    lawatan ke negara Dunia Ketiga dan Afro-Asia.

Penjelasan - Memberi penjelasan kepada negara-negara tersebut tentang masalah hubungan antara    Malaysia dengan Indonesia.

Maphilindo - Membaiki hubungan diplomatik kedua-dua negara melalui MAPHILINDO. 

[6 x 2m = Mak. 8 markah]

 

BAB 7  : SISTEM PEMERINTAHAN

                  DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

Tajuk  : Perlembagaan

Soalan Struktur

Perlembagaan Malaysia yang menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita, telah mengalami beberapa pindaan sejak tahun 1957. semasa.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 162)

    • Merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan
    • Yang mengandungi peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya

[2 markah]

(b) Sebutkan ciri-ciri yang menunjukkan keluhuran Perlembagaan Malaysia.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 163)

    • Perlembagaan mengatasi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah

    - Semua undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan adalah tidak sah

    - Undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan terbatal dengan sendirinya.

    • Mahkamah berkuasa menjamin ketertinggian Perlembagaan

[4 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Senaraikan perkara-perkara dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan.

       (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 165)

    • Pemerintahan beraja
    • Agama Islam
    • Kedudukan Bahasa Melayu
    • Hak istimewa orang Melayu / Bumiputera

    [4 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Senaraikan perkara-perkara dalam perlembagaan yang boleh dipinda dengan majoriti lebih dua  pertiga Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja..

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 166)

      - Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu.

      - Meminda syarat kewarganegaraan.

      - Kedudukan Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja dan Yang    Dipertuan Negeri.

      - Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah.

      - Perubahan sempadan Negeri.

    [6 x 1m = Mak. 3 markah]

 

Tajuk  : Perlembagaan

Soalan Struktur

Perlembagaan Malaysia yang menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita, telah mengalami beberapa pindaan untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.

(a) Jelaskan kepentingan perlembagaan kepada negara Malaysia?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 164 – 165)

Stabil  - Berperanan menjamin kestabilan negara dengan menentukan bentuk pentadbirannya.

Pentadbiran - Membantu melicinkan pentadbiran.

Panduan - Menjadi panduan kepada pemimpin supaya pemerintahannya menepati kehendak    perlembagaan.

Taat  - Menjamin taat setia rakyat kepada negara.

Kerakyatan - Seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain atau tidak setia kepada negara    boleh dilucutkan  kewarganegaraannya.

Asasi  - Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat.

YDPA  - Menentukan peranan Yang Dipertuan Agong dalam memelihara hak istimewa orang    Melayu dan Bumiputera.

Kerjasama - Menjamin kerjasama antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.

Rujukan - Menjadi rujukan dalam menggubal undang-undang persekutuan dan negeri.

Melayu  - Menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera tidak boleh     dipersoalkan. 

[10 x 2m = 12 markah]

(b) Nyatakan tujuan pindaan perlembagaan dibuat.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 165)

    • Melindungi kepentingan rakyat
    • Menjaga keselamatan negara
    • Melicinkan urusan pentadbiran
    • Supaya sesuai dengan keperluan semasa
    • Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah
    • Memastikan kandungannya dipatuhi dengan rela hati
    • Melarang perkara-perkara sensitif dipersoalkan
    • Memelihara keharmonian rakyat berbilang kaum

[8 x 2m = Mak. 8 markah]

 

Tajuk  : Pilihan Raya

Soalan Struktur

 

Oleh sebab pilihan raya begitu penting dalam sistem pemerintahan demokrasi, proses pilihan raya mestilah dikendalikan oleh sebuah badan bebas yang berwibawa berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. 
 

(a) Apakah pilihan raya ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 177) 

    • Proses memilih wakil rakyat untuk memerintah
    • Dilakukan secara sulit dengan prosedur yang telus dan teratur
    • Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkod
 

    [2 markah] 
     

(b) Apakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 177) 

    • Menjamin pilihan raya yang adil
    • Menjamin pilihan raya bebas daripada tekanan mana-mana pihak.
    • Menentukan sempadan pilihan raya
    • Menjalankan pendaftaran pemilih
    • Mengendalikan pilihan raya

    [5 x 1m = Mak. 3 markah] 
     
     

(c) Nyatakan keadaan-keadaan yang membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 178) 

    • Kekosongan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
    • Kematian wakil rakyat
    • Perletakan jawatan wakil rakyat
    • Perlucutan jawatan wakil rakyat

    [4 x 1m = Mak. 2 markah] 
     
     

(d) Senaraikan syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu menjadi calon yang  bertanding dalam  pilihan raya.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 179) 

    • Warganegara Malaysia
    • Berumur 21 tahun
    • Bermastautin di Malaysia
    • Sempurna akal
    • Bukan seorang muflis
    • Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
    • Tidak disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah
 

    [4 x 1m = Mak. 2 markah]

 

Tajuk : Pilihan Raya

Soalan Esei

 
 

(a) Huraikan proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 178) 
 
 

Tarikh  - Suruhanjaya menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Penamaan - Penamaan calon yang bertanding

Manifesto - Parti yang bertanding menyediakan manifesto

Kempen - Melancarkan kempen pilihan raya.

Tempat  - Pengumuman tempat pengundian dan tempat pengiraan undi

Kertas Undi - Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih    kepada pengundi.

Undi  - Pembuangan undi dengan memangkah calon pilihan raya pada kertas undi dan     memasukkan ke dalam peti undi.

Kira  - Pengiraan undi.

Umum  - Pengumuman keputusan pilihan raya oleh pegawai pilihan raya. 

[9 x 2m = Mak. 12 markah] 
 
 
 

(b) Nyatakan syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu menjadi pengundi.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 179 – 180) 
 
 

Daftar  - Namanya terdapat dalam Senarai Daftar Pemilih.

Umur  - Berumur 21 tahun.

Mastautin - Bermastautin atau tidak bermastautin di Malaysia

Tinggal  - Tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya.

Kawasan - Boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. 

[5 x 2m = Mak. 8 markah]

 

BAB 8  : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK       KESEJAHTERAAN

Tajuk  : Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua

Soalan Struktur

 

Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (RRPJ 1) yang dilaksanakan di bawah Dasar Ekonomi Baru merupakan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua yang terdiri daripada Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 1975) , Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980) , Rancangan Malaysia Keempat (1981 – 1985)  dan Rancangan Malaysia Kelima (1986 – 1990). 

(a) Nyatakan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 201) 

    • Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
    • Merapatkan jurang ekonomi antara kaum.
    • Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi.

    [3 x 1m = Mak. 2 markah] 

    (b) Berikan tiga langkah pelaksanaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan industri  berat di bawah Rancangan Malaysia Keempat.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 203) 

    • Menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) untuk mengenalpasti dan membuka perusahaan baru
    • Memperkenalkan zon perdagangan bebas
    • Melancarkan program Kajian Dasar Perindustrian Negara untuk mengenalpasti kelemahan dalam struktur perindustrian negara.
    • Melancarkan Pelan Induk Perindustrian untuk menyediakan hala tuju perindustrian negara.
 

    [4 x 1m = Mak. 2 markah] 

(c) Sebutkan penekanan yang diutamakan dalam Rancangan Malaysia Kelima untuk  merealisasikan aspirasi Dasar Ekonomi Baru (DEB).

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 205) 

    • Meningkatkan sektor perindustrian

    - Meningkatkan pelaburan dalam sektor perindustrian yang berorientasikan eksport

    • Meningkatkan kecekapan sektor kerajaan
    • Perhatian kepada pembangunan kawasan luar bandar
    • Menitikberatkan penggunaan tanah secara lebih cekap
    • Menggalakkan industri desa
    • Memperluaskan kemudahan kredit dan insentif
    • Menjadikan sektor pelancongan sebagai perusahaan penting
    • Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan
 

    [9 x 1m = Mak. 3 markah] 

(d) Apakah pencapaian yang diperoleh dalam tempoh pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 205 - 206) 

    • Berjaya merapatkan jurang antara kaum dan wilayah
    • Kadar kemiskinan dalam KDNK menurun
    • Pendapatan perkapita kaum bumiputera meningkat
    • Hak milik modal saham kaum bumiputera meningkat
    • Manfaat dinikmati oleh semua kaum
    • Hal milik modal saham orang asing berjaya dikurangkan.
 

    [6 x 1m = Mak. 3 markah]

 

Tajuk : Dasar Pembangunan Ekonomi

Soalan Struktur

 

Dasar-dasar pembangunan ekonomi  yang diperkenalkan untuk memenuhi keperluan ekonomi moden yang berteraskan perindustrian telah berjaya memberikan sumbangan besar  kepada pembangunan ekonomi jangka panjang.  
 

(a) Berikan dua matlamat Dasar Pertanian Negara (DPN).

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 206) 

    • Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian.
    • Menguruskan sumber ekonomi pertanian negara secara cekap.
    • Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil.
    • Memajukan komoditi utama yang mempunyai potensi eksport
 

    [4 x 1m = Mak. 2 markah] 

(b) Nyatakan pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 207) 

    • Menubuhkan panel perunding antara pihak kerajaan dengan swasta
    • Pegawai kerajaan ditempatkan di syarikat swasta
    • Memberi pemahaman tentang dasar kerajaan kepada sektor swasta
    • Mengutamakan kepentingan negara dalam aktiviti ekonomi.
    • Memdapatkan keuntungan maksimum
    • Kerajaan memberikan perkhidmatan sokongan untuk memudahkan operasi sektor swasta
 

    [6 x 1m = Mak. 3 markah] 
     

(c) Senaraikan kelebihan-kelebihan Dasar Penswastaan.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 207) 

    • Beban kewangan kerajaan dapat dikurangkan
    • Meningkatkan produktiviti negara
    • Kualiti barangan dan perkhidmatan dapat ditingkatkan
    • Mempercepatkan proses pembangunan
    • Memberi ruang kepada kerajaan untuk pembangunan sektor lain
    • Mempercepatkan pelaburan modal pihak swasta
 

    [6 x 1m = Mak. 3 markah] 
     
     

(d) Apakah rasionalnya negara mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang tahun 2100 ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 209) 
 

    • Meningkatkan jumlah tenaga kerja
    • Produktiviti dapat ditingkatkan
    • Pasaran semakin luas
    • Menyumbang kepada kekuatan politik.
    • Menjamin keselamatan negara.
 

    [5 x 1m = Mak. 2 markah]

 

Tajuk : Dasar Pendidikan Kebangsaan / Akta Bahasa Kebangsaan

Soalan Esei

 

(a) Huraikan perkembangan ke arah pembentukanDasar Pendidikan Negara sebelum  kemerdekaan negara PersekutuanTanah Melayu.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 212 – 215) 

    i. Laporan Barnes 1950 

    Barnes  - Bermula dengan Laporan Barnes 1950.

    Bubar  - Semua sekolah vernakular dibubarkan dan digantikan dengan sekolah

              kebangsaan.

    BM  - Sekolah kebangsaan dicadang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa    pengantar di peringkat sekolah rendah.

    BI  - Di peringkat menengah dan lebih tinggi,  digunakan bahasa Inggeris. 
     

      ii. Laporan Fen-Wu 

      Fen-Wu - Laporan Fen-Wu mencadangkan sekolah vernakular Cina dikekalkan. 
 

      iii. Ordinan Pelajaran 1952 

    Ordinan - Ordinan Pelajaran 1952 mencadangkan dua sistem persekolahan

              yang menggunakan  pengantar bahasa  Melayu dan bahasa

          Inggeris.

    Sedia  - Pengajaran bahasa Cina dan Tamil disediakan jika ada permintaan

              daripada ibu bapa.

    Wajib  - Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris

              wajib diajar di  sekolah Melayu. 

      iv. Penyata Razak 1956 

        Razak - Penyata Razak  mengemukakan sistem persekolahan sama bagi

              semua penduduk.

      Seragam - Kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan.

      Umum  - Sekolah Umum (rendah) dan Sekolah Jenis Umum (rendah)ditubuhkan.

      Pengantar - Sekolah Umum menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar dan

          Sekolah Jenis Umum (rendah) menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

      Menengah - Sekolah menengah Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai

              pengantar manakala Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa

          Inggeris.

      Semua  - Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah. 

[15 x 2m = Mak. 12 markah] 
 
 
 
 

  1. Nyatakan langkah-langkah yang dilaksanakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 216) 

    DBP  - Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1965.

    Minggu - Melancarkan “Minggu Bahasa” dan “Bulan Bahasa” untuk     menggalakkan penggunaan bahasa Melayu.

    Slogan  - Melancarkan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” pada 1960.

    Sekolah - Menubuhkan sekolah menengah yang menggunakan pengantar     bahasa Melayu.

    Akta  - Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan pada 1967.

    Tukar  - Menukarkan bahasa pengantar di sekolah menengah Inggeris kepada bahasa    kebangsaan pada 1970. 

      UKM  - Menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1977. 

      Pengantar - Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua      sekolah bermula pada 1982. 

      Mahkamah - Menggunakan bahasa Melayu di mahkamah bermula pada 1990. 

[9 x 2m = Mak. 8 markah]

 

BAB 9  : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Tajuk  : Perang Dunia Pertama

Soalan Esei

 

(a) Huraikan sebab-sebab berlakunya Peranng Dunia Pertama pada 1914 – 1918.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 229 – 231) 

Nasionalisme - Berlaku disebabkan kemunculan nasionalisme di Eropah.

Negara  - Negara-negara kecil di Eropah bersatu membentuk sebuah negara bangsa

            lebih besar.

Jajahan - Kuasa-kuasa besar ini berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan.

Bukti  - Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa besar ini sanggup berperang

            untuk  membuktikan kekuasaan masing-masing.

Pakatan - Wujudnya pakatan negara-negara Eropah iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan

            Pakatan Bertiga.

Ekonomi - Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.

      Ferdinand - Archduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan

            isterinya telah  dibunuh oleh pengganas Serbia.

Serbia  - Austria yang mendapat sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap

            Serbia.

Perancis - Jerman yang menyerang Perancis melalui negara berkecuali Belgium

            menimbulkan  kemarahan Britain.

Britain  - Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman.

Amerika - Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika

            turut terlibat dalam perang itu. 

[11 x 2m = Mak. 12 markah] 
 
 

(b) Apakah kesan-kesan akibat Perang Dunia Pertama ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 230 – 231) 
 

Beraja  - Tamatnya pemerintahan beraja di Eropah.

Versailles - Termerainya Perjanjian Versailles

Negara  - Terbentuk beberapa buah negara baru di Eropah

Liga  - Pembentukan Liga Bangsa

Inflasi  - Inflasi dan pengangguran

Hutang  - Tanggungan hutang yang banyak akibat perbelanjaan perang

Pasaran - Pasaran dunia dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun

Nyawa  - Kehilangan nyawa yang banyak 

[8 x 2m = 8 markah]

 

Tajuk : Perang Dunia Kedua /Perang Dingin 

Soalan esei. 

(a)   Nyatakan sebab berlakunya Perang Dunia Kedua 

        Puashati Jerman dan Itali tidak puashati dengan syarat Perjanjian Versailles
        Larang Jerman dilarang memiliki kapal selam dan tentera udara
        Kerajaan Kemunculan kerajaan totalitarian di Jerman dan Itali telah melanggar perjanjian Versailles
        Serang Itali dan Jerman menyerang Negara-negara sekitar Eropah
        Meleset Keadaan ekonomi yang meleset dan pengangguran tinggi  menyebabkan rakyat sokong  dasar perluasan kuasa Itali dan Jerman
        Jepun Kebangkitan tentera Jepun serta dasar perluasan kuasa mereka ditentang oleh British, Belanda dan Amerika
        Isytihar Serangan Jerman  dan USSR ke atas Poland menyebabkan Britian dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman
           
 

( 7 x 2 maksima 10 markah ) 
 
 

  (b)  Jelaskan kesan Perang Dunia Kedua ke atas masyarakat antarabangsa 

    Muncul Amerika dan Rusia muncul sebagai kuasa besar di dunia
    Dingin Perang Dingin antara USA dan Rusia
    PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan
    Kebijajahan Berlakunya kebijajahan dunia dan muncul negar-negara berdaulat
    Korban 17 juta tentera dan 13 juta awam terkorban dalam perang
    Atom Bom Atom mula mengancam keamanan dunia.
    Kos Kos peperangan dianggarakn sebanyak US 500 billon
    Jerman Negara Jerman terbahagi kepada Jerman Barat dan Jerman Timur
    Runtuh Runtuhnya sistem imperialisme Barat
 

( 7 x 2 maksima 10 markah )

Soalan Struktur

 

Kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama telah menyebabkan tercetusnya Perang Dunia Kedua (1942 – 1945) dan kebuntuan penyelesaian Perang Dunia Kedua ini pula menimbulkan bibit-bibit perpecahan yang akhirnya membawa kepada kemunculan blok dunia dan Perang Dingin.  
 

  1. Nyatakan perkara-perkara dalam Perjanjian Versailles yang menimbulkan rasa tidak puas hati  pemimpin Jerman.  

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 232) 
 

    • Kehilangan tanah jajahan
    • Pampasan perang yang tinggi
    • Diarah mengurangkan saiz angkatan tenteranya

    [3 x 1m = Mak. 2 markah] 

(b) Sebutkan kesan-kesan langsung akibat Perang Dunia Kedua.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 233 - 234) 
 

    • Negara Jerman terbahagi kepada Jerman Barat dan Jerman Timur
    • Runtuhnya sistem imperialisme Barat
    • Kemerdekaan satu demi satu tanah jajahan daripada kuasa-kuasa besar Eropah.
    • Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
    • Jumlah korban nyawa yang tinggi.

[5 x 1m = Mak. 3 markah] 
 

(c) Apakah maksud blok dunia ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 234) 

    • Merujuk kepada negara-negara yang sehaluan bersatu dan bertindak bersama untuk

          menjaga kepentingan ahli.

    • Blok ini tampil dalam pelbagai bentuk sama ada berdasarkan aspek politik, ekonomi dan geografi.

    [2 markah] 
     

(d) Berikan sebab berlakunya Perang Dingin.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 234 - 235) 

    • Ideologi dan fahaman politik yang berbeza
    • Persaingan antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika dengan blok komunis yang diketuai oleh Siviet Union.
    • Mahu membuktikan kekuatan masing-masing tanpa konflik senjata
    • Berusaha menyebarkan pengaruh masing-masing di Eropah dan Asia.
    • Mahu memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan Asia
 

    [5 x 1m = Mak. 3 markah]

 

Soalan Esei

Perang Dingin berlaku sejak tamat Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1989 apabila

system  komunis Soviet Union hancur.  

( a )   Nyatakan factor yang membawa kepada Perang Dingin 

      Tegang Berlaku hubungan yang tegang antara USA dan Rusia
      Maju Kudua-dua kuasa cuba kukuhkan kemajuan  melalui pengintipan, propaganda dan kegiatan subversif
      Tiada Tiada berlaku konfrontasi secara langsung  antara mereka.
      Fahaman Punca berlakunya Perang Dingin kerana perbezaan fahaman politik dan sosio ekonomi
      Jaguh USA menjadi jaguh demokrasi sementara Rusia jaguh komunis
      Sistem USA berpegangkan kpd system kapitalis dan Rusia pemiliknegarakan semua harta benda.
      Sekat Masing –masing cuba menyekatkan perluasan pengaruh
      Luas USA meluakan pengaruh ke Barat dan Rusia ke Timur
      Pakatan USA wujudkan Pakatan NATO dan Rusia WARSAW
      Sokong Semasa Perang Korea USA sokong Korea Selatan dan Rusia pula Korea Utara
      Seato Seato diwujudkan bagi menghalang perluasan kuasa komunis di Asia Tenggara
      Paksa USA paksa Rusia menarik balik senjata nuclear  yang dibekalkan kpd Cuba
      Tamat Perang Dingin ini tamat 1980an

( 13 x 2 maksima 12 markah ) 
 

( b )  Jelaskan perbezaan antara Blok Kapitalis dan Blok Komunis 

        Blok kapitalis

    Politik - Negara Demokratik
      - Pemilihan kerajaan melalui pilihanraya
       
    Ekonomi -Peluang perniagaan dan pemilikan persendirian
       
    Sosial - Kebebasan individu sepenuhnya
 

        Blok Komunis

    Politik - Pemerintahan oleh dictator
      - Parti Komunis sahaja diiktiraf
       
    Ekonomi -Perniagaan dimilikan dan diuruskan oleh kerajaan sahaja
       
    Sosial - Kebebasan individu dilindungi dan dikawal

( 8 x 2 maksima 8 markah )

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tajuk : Dasar Luar Malaysia

Soalan Struktur

Sejak mencapai kemerdekaan, dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan perkembangan dasar luar tersebut dapat dibahagikan kepada tiga tahap seperti yang berikut : 

      Tahap Pertama - Tunku Abdul Rahman (1957 – 1970)

      Tahap Kedua  - Tun Abdul Razak  (1976 – 1976)

      Tahap Ketiga  - Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad  (1981 – 2003) 

(a) Nyatakan faktor-faktor yang menjadi asas dasar luar Malaysia pada tahap pertama.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 240) 

    • Ancaman komunis di Asia Tenggara dan dalam negara
    • Keperluan bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel
    • Konfrontasi dengan Indonesia
    • Terputusnya hubungan dengan Filipina
    • Keluarnya Singapura daripada Malaysia
    • Pergantungan Malaysia kepada Britain dalam ekonomi
    • Malaysia adalah blok sterling
    • Mengharapkan permintaan Britain terhadap bijih timah dan getah
    • Pelabur Britain menguasai ekonomi Malaysia

    [9 x 1m = Mak. 3 markah] 

(b) Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Malaysia ke arah memupuk hubungan luar  dengan negara jiran pada tahun 1960-an ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 240) 

    • Menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) bersama-sama Thailand dan Filipina pada tahun 1961.
    • Menubuhkan MAPHILINDO bersama-sama Filipina dan Indonesia pada tahun 1962.
    • Menubuhkan ASEAN bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

    [3 x 1m = Mak. 2 markah] 

    1. Berikan sebab-sebab Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik

    dengan semua negara menjelang tahun 1970-an.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 241) 

      - Kurangnya peranan AMDA   (Perjanjian Pertahanan Inggeris – Tanah Melayu)

    • Kurangnya pengaruh Britain di Timur
    • Pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dengan China

    [3 x 1m = Mak. 2 markah] 

(d) Berikan usaha yang dilakukan untuk memantapkan ekonomi negara melalui dasar luar  Malaysia pada tahap ketiga.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 241 - 242)

    • Mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN
    • Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur
    • Mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.
    • Membawa misi perdagangan dalam setiap lawatan Perdana Menteri.
    • Menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua belah pihak
    • Menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan semua negara.

    [6 x 1m = Mak. 3 markah]

 

Tajuk : Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa 

Soalan Esei 

(a) Apakah faedah-faedah yang diperoleh Malaysia sebagai anggota Komanwel.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 242 – 244) 
 

Pertahanan - Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel dalam  menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.

Bantuan - Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand yang  menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia  diserang oleh mana-mana pihak semasa  Konfrontasi.

Kerejasama - Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara-negara komanwel.

CHOGM - Mesyuarat CHOGM memberi ruang untuk Malaysia  membincangkan hal-hal  kepentingan bersama.

Anjur  - Menganjurkan mesyuarat CHOGM.

Langkawi - Mengisytiharkan Deklerasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan  mengatasi  pencemaran.

Aparteid - Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap dasar aparteid.

Cukai  - Eksport Malaysia ke negara komanwel dikenakan cukai yang  rendah.

Colombo - Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang  pendidikan.

Sukan  - Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998. 

[10 x 2m = Mak. 8 markah] 
 
 
 

(b) Huraikan peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

      (Rujuk : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 245 – 246) 
 

Bantu  - Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa

Congo  - Dipilih menyertai pasukan pendamai PBB menamatkan perang saudara di

            Congo.

Namibia - Dipilih mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk membantu

            negara itu mencapai kemerdekaan.

Iran  - Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran – Iraq .

Kampuchea - Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea.

Bosnia  - Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.

Aparteid - Menentang dasar aparteid.

Antartika - Menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia  yang menjadi hak

            milik  semua negara.

Bank  - Menjadi ahli Bank Dunia.

Dadah  - Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah.

Agensi  - Bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB.

Majlis  - Dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB.

Razali  - Tan Sri Razali Ismail menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB.

Myanmar - Beliau dilantik sebagai wakil PBB untuk menyelesaikan konflik      politik Myanmar.

Palestin - Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin.

[15 x 2m = Mak. 12 markah]

Soalan Esei

 

MaLaysia mempunyai hubungan luar yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara.

( a )  Apakah factor-faktor pengubalan Dasar Luar Malaysia  

        Ekonomi Tanah Melayu mempunyai hubungan erat dgn USA dan Britian  kerana mereka merupakan pembeli bahan mentah .
        Keselamatan Kita mengamalkan dasar anti komunis akibat keganasan PKM di Negara kita dan tidak mewujudkan hubungan diplomatic sehingga 1970an
        Geostrategik Kedudukan Malaysia di persimpangan jalan laut terpenting menyebabkan Malaysia mengutamakan hubungan baik dengan kawasan sekitar
        PBB Malaysia berpegang kpd Piagam PBB untuk keamanan  & hak asasi manusia
        Penduduk Mejoriti penduduk Malaysia  ialah Islam  dan mereka cintakan keamanan
        Komenwel Sebagai bekas tanah jajahan Britian, Malaysia menganggotai Komenwel
        Demokrasi Malaysia berpegang sistem Demokrasi Berparlimen dan percaya kpd pemerintahan rakyat
        Pelaburan USA dan Britian merupakan pelabur utaman Negara suatu waktu dahulu
        Pemimpin Kebanyakkan pemimpin Malaysia mendapat pendidikan dari Britian menyebabkan  cenderung mengadakan hubungan dengan Negara Eropah
 

( 9 x 2 maksima 10 markah )

( b )   Perembangan dasar luar Malaysia dapat dibahagikan kepada 3 tahap. Jelaskan

 

         Tahap 1 

    barat Pro barat / hubungan baik dengan British , Australia N. Zealand
    komunis Anti komunis , ancaman komunis di asia Tenggara
    pertahanan Perjanjian Pertahanan Inggeris - Tanah Melayu
    jiran Dasar berbaik-baik dengan negara jiran
    sterling Menganggotai blok Sterling untuk menjaga kepentingan ekonomi
    bergantung Perdaganga bijih timah dan getah dengan negara barat
    pelaburan Pelabur British menguasai pmenguasai peratus yang besar di Tanah Melayu
    rangkaian Menambah rangkaian perdagangan dengan banyak negara
 

         Tahap 2 

    berkecuali Tidak memihak kepada mana-mana blok
    berbaik Mengamalkan sikap berbaik-baik kepada semua Negara
    vietnam Tidak memihak kepada Amerika atau China dalam pergolakan di Vietnam
    ZOPFAN Mengistiharkan Zon Aman Bebas dab Berkecuali di Asia Tenggara
    diplomatik Menjalin hubungan diplomatic dengan negara Komunis  China dan Rusia
    Vietnam Mengadakan hubungan diplomatic dengan Vietnam mulai tahun 1976

        

         Tahap 3 

    ekonomi Menekankan kepentingan ekonomi
    Timur Dasar Pandang ke Timur
    Dua hala Mempertingkatkan hubungan 2 hala
    Maju Mengadakan hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju

( 18 x 2 maksima 10 markah ) 
 

Soalan Esei                    

 

Selepas merdeka Malaysia telah menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa dan bergiat secara aktif. Tuliskan nota ringkas berkaitan 3 yang berikut. 

    (a) Bagaimanakah Malaysia memainkan peranan dalam pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu . 

      Wakil Tan Sri Razali Ismail menjadi wakil Malaysia ke PBB.
      Dadah Malaysia sentiasa menyokong usaha memerangi dadah.
      Selamat Malaysia pernah menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB.
      Apartied Malaysia menentang kuat dasar apartied di Afrika Selatan.
      Palestin Malaysia PBB menyelesaikan masalah Palestin dan Israel.
      Himpun Malaysia turut menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB.
      Pengaman Tentera Malaysia menjadi pasukan tentera pengaman di Bosnia.
      Damai Tentera Malaysia menjadi pasukan pendamai di Congo dan Namibia.
      Antartika Malaysia mencetuskan idea menjadikan benua Antartika sebagai warisan dunia
      Agensi
          Malaysia bekerjasama dan menyertai agensi PBB seperti FAO, WHO dan UNESCO.
      Pemerhati Tentera Malaysia menjadi pasukan pemerhati di sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea
      Myanmar
          Tan Sri Razali Ismail juga menjadi wakil khas PBB menyelesaikan konflik politik Myanmar.

      [13 x 2 markah = Mak 8 markah] 

    (b)  Komanwel 

      Sukan Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel 1998.
      Apartied Malaysia menentang dasar apartied di Afrika Selatan
      CHOGM Mesyuarat CHOGM diadakan di Malaysia 1989
      Langkawi
          Malaysia mengetengahkan Deklarasi Langkawi berhubung cara mengatasi masalah pencemaran.
 

      [4x 2 markah = Mak 3 markah]           

      ( c )  Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM); 

        Delhi Dalam Sidang Kemuncak Ke-7 di New Delhi, Malaysia membuat usul isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Antartika (1 contoh sahaja)
        Harare Sidang Kemuncak Ke-8 di Harare,  Malaysia mencadangan menghapuskan dasar apartied
        Belgrade Dalam Sidang Kemuncak di Belgrade, Malaysia dipilih sebagai Naib Presiden
        16 Malaysia menjadi ahli Kumpulan 16
        Tuan Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan ke-13 yang membincangkan isu Palestin, isu Iraq dan usaha menghidupkan kembali peranan NAM (1 contoh sahaja).
 

      [5 x 2 markah = Mak 3 markah]

( d )  Negara-Negara Selatan; 

        Mahathir Suruhanjaya Selatan-Selatan(3S) merupakan idea Dr. Mahathir Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe.
        Pertama Sidang Kemuncak G15 pertama di Kuala Lumpur pada tahun 1990
        Projek Projek 3S iaitu kerjasama dalam bidang sains dan teknologi, penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di Kuala Lumpur.        (1 contoh sahaja)
        Lain Malaysia terlibat dalam projek lain seperti penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global dan penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan. (1 contoh sahaja)
 

[4 x 2 markah = Mak 3 markah]

( e ) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC); 

        Perubatan Terlibat dalam bantuan pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan
        Kewangan Memberi bantuan kewangan kepada negara Islam kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad.
        UIA Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia menyediakan peluang pendidikan
        Dinar Malaysia mengesyorkan penggunaan dinar emas
        Iran Iraq Malaysia menjadi perantara Iran-Iraq
        Palestin Menyelesaikan isu Palestin
        Global Menjadi tuan rumah Persidangan Luar Biasa Menteri Luar OIC berkenaan takrif keganasan global
        Tuan Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003.
 

      [8 x 2 markah = Mak 3 markah]