Khatam Terjemahan

                                                         [Previous] [Next] [Home]

Maryam, dari ayat 1~10;

1. Kaaf Haa Yaa ‘Ain Shaad, (yang cukup, yang memimpin, yang berkuasa, yang sangat mengetahui, yang benar).

2. Ini sebutan rahmat Tuhan mu akan hambanya, Zakaria.

3. Ingatlah tetakala ia seru Tuhan nya dengan satu seruan yang perlahan.

4. Ia berkata; “hai Tuhan ku ! telah lemah tulang ku dan telah penuh uban dikepala ku, dan bukan lah aku, hai Tuhan ku ! orang yang sial tentang berdoa kepada mu. 

5. “Dan sesungguhnya aku khuatir perbuatan kaum keluarga ku dibelakang ku, dan adalah isteri ku mandul, oleh kerana itu, berilah kepada ku dari kurnia mu seorang pengurus”.

6. “Yang boleh mewarisi akan daku dan boleh mewarisi kaum keluarga Yaakub, dan jadikan lah dia, hai Tuhan ku ! seorang yang  diredhai”.

7. Ya Zakaria ! sesungguhnya kami girangkan mu dengan seorang anak yang nama nya Yahya, yang dahulu dari ini belum pernah kami adakan yang senama dengan nya.

8. Ia berkata; “hai Tuhan ku ! bagaimana kah boleh ada bagi ku seorang anak pada hal adalah isteri ku mandul, dan sesungguhnya aku sendiri telah mencapai setua-tua umur”.

9. Ia menjawab; “demikianlah !” berkata Tuhan mu; “ini mudah bagi ku, kerana sesungguhnya aku telah jadikan mu dahulu, sedang kan engkau belum jadi sesuatu”.

10. Ia berkata; “hai Tuhan ku ! adakan lah satu tanda”.  Ia berfirman; “tanda mu, bahawa engkau tidak akan berkata dengan manusia selama tiga malam, sedangkan engkau sihat”.

 

Sumber,
[] http://channel4knajidgmail.blogspot.my/2016/02/surah18.html

Following G+,
[] https://plus.google.com/100446126578125899343/posts/61324dfW3Fz






..
Comments