majlis ringkas buat Batch calista

Usai kertas terakhir Sijil Pelajaran Malaysia iaitu subjek Biologi (16 MAC 2021), SESERI telah berkesempatan mengadakan dua majlis yang ringkas namun sangat bermakna.


Majlis pertama ialah penyampaian zakat kepada 72 murid muslim dan sumbangan kepada 6 orang murid bukan Islam yang dilakukan oleh pihak bank OCBC. Pemberian zakat dan sumbangan tersebut disempurnakan oleh CEO OCBC AL-AMIN BANK BHD, Tuan Syed Abdull Aziz bin Syed Kechik secara kolaboratif dengan Masjid Jamek Kuala Lumpur.


Majlis seterusnya ialah simbolik penyerahan puteri - puteri Calista kembali kepada ibu bapa penjaga yang diwakili oleh En Muhamad Asyhar bin Mohamad Salleh dan Puan Zaleha binti Ismail.

Semoga memori 5 tahun 2 bulan 16 hari tersemat kukuh di sanubari Puteri2 Calista.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.