calista sehati sejiwa gong xi fa cai

Program Calista Sehati Sejiwa Gong Xi Fa Cai Dirai Bersama telah diadakan pada 13 Feb 2021 (sabtu) pada Jam 4.00 ptg. Program ini merupakan program rehat minda untuk Calista sebelum mereka menduduki Peperiksaan SPM dan juga meraikan murid-murid berbangsa cina yang tidak dapat pulang merayakan Tahun Baru Cina. Terima Kasih diucapkan kepada Pengetua, Puan Hajah Noridah bt Haji Ramlan, PK HEM Puan Ku Zaleha bt Ku Saad, PK Ko Puan Aida bt Aris, kaunselor dan warden asrama yang memeriahkan majlis pada hari tersebut. Terima Kasih juga kepada KSIB Tingkatan 5 yang menyumbang makanan kepada puteri-puteri Calista.