pendaftaran murid tingkatan 1 & 4 sesi 2021

Selamat datang diucapkan kepada puteri-puteri tingkatan 1 dan 4 2021. Tahniah diucapkan kepada 74 murid tingkatan 1 tingkatan 1 dan 6 orang murid tingkatan 4 telah mendaftar diri pada hari ini. Semoga hari ini menjadi titik permulaan untuk mereka mencipta kejayaan dan pengalaman dalam kehidupan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga SESERI yang membantu secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan majlis pendaftaran pada hari ini.