MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

Mesyuarat Agung PIBG SM Sains Seri Puteri kali ke-19 bagi tahun 2021 telah diadakan pada 27 Mac 2021(Sabtu) bertempat di Studio SESERICyber IR 4.0 bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, berjalan dengan lancar & teratur.


Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat iaitu Puan Pengetua Puan Hajah Noridah bt Haji Ramlan, En Izzaddin bin Abd Rahim sebagai YDP, En Muhamad Asyhar bin Dato' Mohamad Salleh sebagai NYDP, barisan pentadbir, Setiausaha & Bendahari serta semua Ajk PIBG ( ibu bapa & guru) yang telah banyak menyumbang dalam pembangunan sahsiah dan akademik SESERI puteri-puteri sepanjang tahun 2020.

Tahniah diucapkan kepada En Izzaddin bin Abd Rahim yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas jawatan sebagai YDP sekali lagi, En Radzi bin Jarmin sebagai NYDP & barisan Ajk yang telah dilantik utk sesi 2021/2022, semoga sokongan & kerjasama dengan pihak sekolah dapat diteruskan dengan lebih baik serta dapat menjalankan amanah yg diberikan.

Semoga dipermudahkan semua urusan sepanjang 2021 ini.