BUKU TEKS DIGITAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Merujuk kepada kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 16 Januari 2021, semua murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5, 2021 akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sehubungan itu, proses pemulangan dan pengagihan buku teks bagi sesi 2021 juga akan berlaku selepas sekolah dibuka atau sehingga mendapat arahan dari KPM.

Oleh itu, bagi sesi PdPR tahun 2021, guru-guru dan murid-murid SESERI boleh memuat turun buku teks digital pada link berikut :

Buku Teks Digital SESERI

Bagi buku teks Ting 5 KSSM, terkini hanya buku Physics DLP KSSM yang dikongsikan. Pihak Unit SPBT akan mengemaskini buku-buku teks digital dari semasa ke semasa.

Terima Kasih.