iHEADCOUNT
Headcount adalah proses mengenal pasti potensi akademik dan potensi kerjaya setiap murid mulai tahun 1 hingga tahun 6 atau tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Proses ini ialah mengenal pasti, merasionalkan, dan menjustifikasikan penentuan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar supaya guru dapat menyenarai dan menetapkan unjuran pencapaian subjek bagi pelajar tersebut di dalam kelas yang diajarnya.
SALIN SISTEM
Apakah rasional analisis Headcount dilaksanakan?
Kebanyakan murid tiada wawasan diri. Mereka belajar tanpa haluan dan fokus. Murid yang tiada matlamat diri tiada kesungguhan dalam pembelajaran.
Punca utama mengapa guru tidak dapat membimbing dan memotivasikan murid-muridnya adalah kerana guru tidak menganalisis data-data murid. Ini mengakibatkan strategi pemulihan, pengukuhan, dan pengayaan tidak dapat menepati sasaran dan tidak berfokus.
Mengapa perlu ada iHEADCOUNT?
Melihat keupayaan sedia ada setiap murid.
Menilai potensi setiap murid yang dapat digarap sesuai dengan kemajuan murid
Merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan murid berasaskan diagnosis yang tepat.
Membantu memudahkan pengunjuran potensi setiap murid berdasarkan peperiksaan yang telah ditetapkan.
Untuk tujuan pasca nilai dan tindakan penambahbaikan yang proaktif. Seterusnya panitia boleh berfungsi dengan lebih berkesan
Pemerkasaan penggunaan data Gaya Belajar Murid (Visualisasi, Auditori dan Kinestatik) oleh guru semasa PdP. Kebiasaannya data ini tidak digunakan secara optimum oleh pentadbir, guru dan guru bimbingan kaunseling.
Pemantauan dan penilaian boleh dibuat oleh Pengetua, Guru besar, GPK, guru kelas dan guru mata pelajaran secara saintifik pada bila-bila masa dan di mana mana melalui *Dashboard Sistem Pengesanan Pencapaian Murid (SPPM)
*Dashboard Sistem Pencapaian Murid (SPPM) boleh diintegrasikan dengan iHEADCOUNT dan diberikan secara percuma dengan setiap pembelian iHEADCOUNT MA v1.0. Dashboard SPPM boleh dicapai terus oleh semua guru dan pentadbir semasa Dialog Prestasi, Mesyuarat Pasca Nilai atau Perjumpaan Akademik bersama ibu bapa.
Mengikut Matapelajaran
Analisis mengikut matapelajaran secara terperinci
Matriks Pencapaian
Mengesan turun/naik gred setiap murid berbanding dua peperiksaan
Perbandingan Gred
Membanding gred secara keseluruhan antara dua peperiksaan
Korelasi Gred & TP
Sorotan PBD untuk melihat korelasi gred dengan tahap pencapaian PBD
Sejarah Pencapaian Murid
Melihat sejarah pencapaian murid dan sasaran yang dihasratkan
Pemerkasaan Data VAK
Data Gaya Belajar dapat dicapai oleh guru dengan lebih mudah
Pencapaian Individu
Visual pencapaian setiap murid untuk setiap matapelajaran
Cemerlang & Near Miss
Mengesan calon cemerlang dan near miss untuk setiap peperiksaan
TUTORIAL SETUP
PANDUAN SETUP SISTEM
PANDUAN SETUP DASHBOARD