Selamat Datang ke Portal Kelab Bendahari Negeri Sabah
13 April 2026 - Berikut adalah keputusan bagi acara yang telah dipertandingkan:
🏓 Ping Pong (11 April 2026)
🥇 Mercury
🥈 Venus
🥉 Neptune
Ke-4 Uranus
⚽Futsal Wanita (12 April 2026)
🥇 Venus
🥈 Mercury
🥉 Neptune
Ke-4 Uranus
⚽ Futsal Lelaki (12 April 2026)
🥇 Neptune
🥈 Mercury
🥉 Uranus
Ke-4 Venus
Jumlah mata keseluruhan telah dikemas kini. Semoga semangat kesukanan ini berterusan hingga ke acara penutup 💪
Sekian, terima kasih.
SALAM AIDILFITRI DARIPADA KBNS 🌙✨
Kepada rakan-rakan sekerja yang dihargai, Kelab Bendahari Negeri Sabah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Mari raikan kemenangan ini dengan penuh kesyukuran bersama keluarga tersayang. Selamat bercuti dan pandu cermat bagi yang pulang ke kampung! 🚗💨
KKIP, 4 Mac 2026 – Program Agihan Bubur Lambuk anjuran bersama Kelab Bendahari Negeri Sabah (KBNS) dan Kelab Rekreasi dan Kebajikan FAMA Sabah (KERKAFS) telah berlangsung bertempat di KKIP Pejabat FAMA Sabah.
Program ini telah disempurnakan dengan kehadiran Timbalan Bendahari Negeri (Pembangunan), Tuan Hamdan bin Hamzani serta Presiden KBNS, Encik Aubrey Gilbert, bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) KBNS yang turut hadir menjayakan program. Suasana sepanjang program berlangsung dalam semangat muafakat dan kerjasama erat daripada kedua-dua pihak semasa proses penyediaan bubur lambuk.
Dalam majlis tersebut, penyerahan simbolik bubur lambuk kepada Tuan Hamdan bin Hamzani telah disempurnakan oleh wakil daripada KERKAFS sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap penganjuran program. Hasil kerjasama kedua-dua kelab berjaya menyediakan sebanyak 300 bekas bubur lambuk. Pengagihan bubur lambuk kepada setiap bahagian/seksyen telah dilaksanakan dengan jayanya di Tingkat 8, Bilik Latihan JBN.
Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara KBNS dan KERKAFS, malah turut menyemarakkan semangat kebersamaan bersempena bulan Ramadan. Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua kelab atas komitmen dalam menjayakan program ini
Sekian, terima kasih.
Add a caption for the featured video
Stay connected
Link to Google Group
Link to Streams community
Link to a mailing list
HR policies
Link 1
Link 2
Link 3
Quick links
Link 1
Link 2
Link 3
Employee resource groups
Link 1
Link 2
Link 3