Program Pendidikan dan Latihan untuk
Ahli Belia dan Guru Pemimpin
Bulan Sabit Merah Malaysia
Tahun 2023
Peringkat Kebangsaan Secara Dalam Talian
Peringkat Kebangsaan Secara Dalam Talian
Program pendidikan dan latihan peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan sepanjang tahun 2023.
Sila rujuk laman ini untuk sebarang pengumuman terkini.
Objektif program:
Mengeratkan silaturahim belia BSMM dan mempromosikan keterangkuman sosial melalui interaksi antara belia dari pelbagai latar belakang dan budaya;
Untuk mendedahkan belia kepada dunia kegiatan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah serta memberi kesedaran mengenai pelbagai bidang kepentingan yang dapat dilalui oleh belia sebagai jalan kerjaya;
Memberi peluang kepada ahli-ahli belia mengikuti pensijilan dan skim lencana kecekapan berdasarkan panduan BSMM;
Memberi peluang kepada guru-guru pemimpin untuk melengkapkan pensijilan sebagai syarat untuk menjadi Jurulatih Sekolah.
Terdapat 2 kursus yang ditawarkan, iaitu Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah serta Pendidikan Kesihatan.
PENGUMUMAN PENTING
Untuk kategori ahli kadet (sekolah menengah) dan ahli junior (sekolah rendah)
Tiada lagi had penyertaan bagi sesebuah sekolah,
sekolah yang ingin hantar lebih peserta, sila buat pengisian beberapa kali kerana satu form maksimum 10 peserta.
Hari pertama: 9 pagi - 5 petang|Hari kedua: 9 pagi - 3 petang
Kumpulan A: 16 & 17 Jun 2023
(Jumaat dan Sabtu)
Kumpulan B: 24 & 25 Jun 2023
(Sabtu dan Ahad)
Kumpulan A: 14 & 15 Julai 2023
(Jumaat dan Sabtu)
Kumpulan B: 12 & 13 Ogos 2023
(Sabtu dan Ahad)
Kumpulan A: 21 & 22 Julai 2023
(Jumaat dan Sabtu)
Kumpulan B: 20 Ogos & 10 September 2023
(Ahad)
Hari pertama: 9 pagi - 5 petang|Hari kedua: 9 pagi - 3 petang
Kumpulan A: 8 & 9 September 2023
(Jumaat dan Sabtu)
Kumpulan B: 23 & 24 September 2023
(Sabtu dan Ahad)
Kumpulan A: 6 & 7 Oktober 2023
(Jumaat dan Sabtu)
Kumpulan B: 4 & 5 November 2023
(Sabtu dan Ahad)
Kumpulan A: 20 & 21 Oktober 2023
(Jumaat dan Sabtu)
Kumpulan B: 18 & 19 November 2023
(Sabtu dan Ahad)
Nota:
Terdapat had penyertaan bagi setiap sesi.
e-Sijil Penyertaan diberi kepada semua peserta yang hadir sepenuhnya sepanjang sesi.
e-Sijil Pencapaian diberi kepada semua pemenang yang mendapat tempat dalam pertandingan yang dijalankan.
Sijil Peperiksaan diberi kepada semua peserta yang menduduki peperiksaan tamat kursus dan lulus dengan jayanya.
Lencana kecekapan diberi kepada semua peserta ahli kadet dan junior yang memenuhi syarat pemberian lencana.
Yuran untuk kategori Guru pemimpin, pelatih IPG & IPT, ahli belia PBS adalah RM20, manakala untuk kategori ahli kadet dan junior adalah RM10.
Bayaran boleh dilakukan melalui online transfer, cash deposit atau cheque deposit.
Yuran yang dikutip adalah untuk menampung kos pentadbiran dan pengurusan kursus serta penghantaran sijil kepada peserta.
Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada youth@redcrescent.org.my