Latihan Industri adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program LI diperkenalkan bagi memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus LI memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan dengan menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya.
Kursus ini juga memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif profesional dan pelaporan. Kursus LI akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang.
DUT60019 (9 jam kredit) - JP / JPH / JTMK
DUT600610 (10 jam kredit) - JKM / JKE
SUL40128(8 jam kredit) - JPH : KOK
Terima kasih kerana meluangkan masa menjawab soal selidik ini. Kajian ini sangat penting sebagai panduan kepada kami untuk menambahbaik kandungan portal ini demi kebaikkan bersama.