LATAR BELAKANG
Pertandingan Deklamasi Sajak Dan Penulisan Sajak secara atas talian dianjurkan oleh Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Daro sempena Hari Guru Peringkat Daerah Daro 2022. Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti untuk mengisi dan memeriahkan sambutan hari guru yang diadakan saban tahun.
OBJEKTIF
1. Mengasah bakat dan kreativiti warga pendidik dalam menyampaikan mesej dan aspirasi terhadap profesion keguruan.
2. Memberi motivasi terhadap warga pendidik untuk terus bersemangat dan berjuang menjunjung martabat pendidikan.
3. Melahirkan masyarakat dan warga pendidik yang membudayakan konsep Sekolahku SEJAHTERA.
TARIKH PERTANDINGAN
Pertandingan akan bermula pada 1 Ogos 2022 dan tamat pada 31 Ogos 2022.
TEMA
Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA
SYARAT-SYARAT AM PERTANDINGAN
1. Penyertaan terbuka kepada semua guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah daerah Daro termasuk pegawai di PPD Daro.
2. Sajak yang diguna atau dicipta hendaklah dalam bahasa Melayu sahaja.
3. Sajak yang diguna atau dicipta tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
4. Penyertaan yang dihantar adalah hak milik penulis. Walau bagaimanapun pihak penganjur berhak menyunting, mencetak dan menerbitkannya pada bila-bila masa.
5. Bilangan penyertaan setiap individu atau kumpulan adalah tidak terhad bagi setiap kategori.
6. Sebarang pindaan dan perubahan terhadap konsep pertandingan tertakluk kepada pertimbangan penganjur.
7. Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada pihak penganjur.
8. Keputusan panel hakim muktamad. Sebarang rayuan atau bantahan tidak akan dilayan.
SYARAT-SYARAT KHAS PERTANDINGAN
1. PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
a. Peserta boleh mendeklamasikan sajak ciptaan sendiri atau memilih sajak daripada pelbagai sumber penerbitan.
b. Penggunaan prop dan alat muzik dibenarkan dan penyertaan secara berkumpulan dihadkan sehingga 3 orang sahaja.
c. Deklamasi sajak perlu dirakam mengikut spesifikasi video di bawah:
i. Durasi video mesti tidak kurang daripada 2 minit dan tidak melebihi 5 minit.
ii. Format video ialah MOV atau MP4.
iii. Video mestilah dalam format HD (1280 x 720) atau HD Penuh (1980 x 1080) atau 4K (4096 x 2160) dengan saiz nisbah video 16:9 (melintang).
iv. Peserta dibenarkan menggunakan alat bantu atau alat muzik semasa mendeklamasikan sajak. Walau bagaimanapun, muzik latar mestilah tidak terlalu kuat hingga mengganggu suara pendeklamasi.
v. Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan tema sajak.
vi. Peserta digalakkan untuk menghafal dan menghayati sajak yang dideklamasikan.
2. PERTANDINGAN MENCIPTA SAJAK
1. Sajak ciptaan sendiri mestilah karya asli peserta.
2. Sajak yang dihantar mestilah menggunakan Font Arial, 11 dengan spacing 1.5.
3. Sajak plagiat, terjemahan, atau yang pernah disiarkan di mana-mana penerbitan bercetak atau digital terbatal secara AUTOMATIK.
4. Peserta perlu mengisi borang penyertaan dan pengakuan keaslian sajak menggunakan borang google form seperti link di bawah.
5. Sajak yang telah ditaip dalam bentuk word atau pdf bolehlah dimuat naik bersama-sama borang tersebut.
6. Pihak penganjur akan melantik panel penilai yang bebas bagi menentukan karya-karya yang sesuai untuk diangkat sebagai pemenang dan diberi hadiah. Segala keputusan panel penilai adalah muktamad.
HADIAH MENARIK UNTUK DIMENANGI DARI SETIAP KATEGORI
Johan: Hadiah bernilai RM 250.00 dan sijil
Naib Johan: Hadiah bernilai RM 150.00 dan sijil
Ketiga: Hadiah bernilai RM 100.00 dan sijil
2 Saguhati: Hadiah bernilai RM50.00 dan sijil
CARA MENGHANTAR PENYERTAAN
1. Karya yang dihantar harus dilengkapi maklumat peribadi seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No.Telefon, Nama Sekolah / Pejabat dan Alamat Rumah.
2. Karya boleh dihantar secara Online melalui link google form berikut:
PENULISAN SAJAK : https://forms.gle/ZZGmMMgo4R4x2PsY7
DEKLAMASI SAJAK : https://forms.gle/tKtAd4R6S7gchrKS7
3. Sebarang pertanyaan atau soalan boleh dirujuk kepada
Encik Rivelino Don Junggai
Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Daro,
96200 Daro
Tel: 084-823213 / 013-9515217