PNiCC merupakan pertandingan inovasi dan kreativiti patuh syariah yang dirangka khas untuk memberi pendedahan dan mengenengahkan idea-idea baharu warga pelajar dan pendidik. Pelaksanaan PNiCC'26 merupakan pertandingan kali ke sembilan (9), bukan sekadar meningkatkan kemahiran inovasi serta kreativiti pelajar dan pendidik, malah ia merupakan titik permulaan atau anjakan paradigma kepada kemajuan dan kejayaan di semua peringkat.
Seiring dengan kemajuan pada masa kini, fokus utama PNiCC'26 adalah untuk memupuk budaya kreatif dan inovatif di kalangan peserta bagi mencapai tahap rekacipta terkini dari segi 'design' dan 'functionality'. Tumpuan adalah untuk mencipta produk yang berdaya saing dan inovatif untuk menyediakan individu bagi menghadapi cabaran era baharu, khususnya Revolusi Perindustrian 4.0. Pertandingan ini bertindak sebagai pemangkin, membantu peserta meningkatkan keupayaan mereka untuk memenuhi permintaan dan kemajuan dalam landskap perindustrian yang berkembang pesat hari ini.
Selaras dengan tema rasmi PNiCC'26 iaitu "Inspirasi TVET Penggerak Inovasi Digital", kami amat berharap agar ianya dapat menarik penyertaan peserta dari semua peringkat bagi membangunkan produk rekacipta yang kompetitif yang mampu memberi penyelesaian kepada masalah di dalam dan luar negara.
Penganjur Utama :
Penganjur Bersama :