Syarat-syarat Eksperimen
Eksperimen fizik mudah yang boleh diperhatikan secara visual dan dijalankan di dalam Modul Eksperimen Jepun (Kibo).
Hipotesis atau asas saintifik perlu dihuraikan dengan sejelas mungkin dari segi matematik atau kelogikan.
Eksperimen perlu diselesaikan dalam masa kira-kira 10 minit.
Eksperimen perlu dijalankan tanpa menggunakan alat atau dengan bahan-bahan yang dijadualkan tersedia di atas Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). *Sila rujuk Senarai Bahan di ISS.
Sila cadangkan eksperimen yang belum pernah dijalankan sebelum ini (eksperimen baharu) atau eksperimen yang pernah dijalankan tetapi telah ditambahbaik. *Sila rujuk Senarai Eksperimen Terdahulu dan Laporan Eksperimen Terdahulu untuk contoh eksperimen yang lepas.
Sila pastikan cadangan anda ditulis dalam gaya bahasa Inggeris yang mudah difahami. Sekiranya perlu, proses eksperimen dan hipotesis boleh ditambah dengan video atau gambarajah untuk memudahkan pemahaman. Sila rujuk Contoh Penulisan Kertas Cadangan untuk maklumat tentang cara menulis kertas cadangan dengan tepat.