Nota Penting
Peserta boleh mengambil bahagian secara individu atau berkumpulan (maksimum 4 ahli sahaja).
Setiap penyertaan daripada kategori sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah disertai oleh seorang guru / mentor.
Eksperimen yang dicadangkan hendaklah sesuai untuk dijalankan di dalam Modul Eksperimen Jepun (Kibo).
Cadangan eksperimen tidak boleh menggunakan alat khas dan hanya menggunakan bahan yang telah berada di ISS atau yang dijadualkan untuk digunakan semula.
Bahan yang disenaraikan dalam Senarai Bahan di ISS boleh digunakan secara gabungan antara satu sama lain.
Keseluruhan proses eksperimen hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada 10 minit.
Prosedur perlu ringkas, jelas, dan mudah difahami.
Borang penyertaan boleh disertakan dengan video (sila sediakan pautan) sebagai bahan sokongan tambahan untuk menunjukkan cara menjalankan eksperimen dengan jelas.
Secara amnya, eksperimen yang dicadangkan hanya boleh dijalankan oleh seorang angkasawan sahaja.
Namun, cadangan eksperimen yang melibatkan lebih daripada seorang angkasawan juga boleh dipertimbangkan (tertakluk kepada kelulusan JAXA).
Eksperimen yang dijalankan akan dirakam di ISS menggunakan kamera definisi tinggi. Rakaman imej dan video resolusi tinggi ini akan dimuat turun ke bumi dan kemudian diedarkan kepada peserta.
Peserta perlu memaklumkan kepada Planetarium Negara / JAXA sekiranya ditemu bual atau dipaparkan dalam akhbar, televisyen, atau media lain.
Cadangan yang dianggap berkaitan dengan kepentingan kewangan kumpulan atau organisasi tertentu tidak akan diterima.
Aktiviti Asian Try Zero-G tidak boleh digunakan untuk tujuan pengiklanan.
Bilangan cadangan eskperimen yang akan dipilih daripada semua penyertaan yang diterima akan ditentukan oleh pihak penganjur.