Eksperimen fizik mudah yang boleh diperhatikan secara visual dan dijalankan di dalam Modul Eksperimen Jepun (Kibo).
Hipotesis atau asas saintifik perlu dihuraikan dengan sejelas mungkin dari segi matematik atau kelogikan.
Eksperimen perlu diselesaikan dalam masa kira-kira 10 minit.
Eksperimen perlu dijalankan tanpa menggunakan alat atau dengan bahan-bahan yang dijadualkan tersedia di atas Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). *Sila rujuk Senarai Bahan di ISS.
Sila cadangkan eksperimen yang belum pernah dijalankan sebelum ini (eksperimen baharu) atau eksperimen yang pernah dijalankan tetapi telah ditambahbaik. *Sila rujuk Senarai Eksperimen Terdahulu dan Laporan Eksperimen Terdahulu untuk contoh eksperimen yang lepas.
Sila pastikan cadangan anda ditulis dalam gaya bahasa Inggeris yang mudah difahami. Sekiranya perlu, proses eksperimen dan hipotesis boleh ditambah dengan video atau gambarajah untuk memudahkan pemahaman. Sila rujuk Format Penulisan Kertas Cadangan untuk maklumat tentang cara menulis kertas cadangan dengan tepat.
Terdapat kes di mana eksperimen tidak dapat dijalankan di ISS/Kibo kerana kebimbangan dari segi keselamatan atau sekatan terhadap aktiviti angkasawan. Semasa mencadangkan idea, sila semak dan pertimbangkan perkara seperti berikut:
Aktiviti berikut dianggap TIDAK SELAMAT di dalam ISS/Kibo:
Penggunaan bahan/objek berbahaya.
Pelepasan sejumlah besar isipadu air (1 liter atau lebih) di dalam modul Kibo.
Pelepasan gas yang tidak dapat diproses di ISS.
Penyebaran objek kecil seperti bolt, nat, kepingan kertas, dan serbuk.
Memusingkan objek dengan jisim besar pada kelajuan tinggi.
Pengendalian objek rapuh (contohnya kaca).
Pengendalian objek tajam.
Aktiviti berikut dianggap TIDAK PRAKTIKAL di dalam ISS/Kibo:
Aktiviti eksperimen yang memerlukan tempoh masa yang panjang.
Sebarang tindakan yang boleh melanggar hak dan privasi angkasawan.
Menghentikan peredaran udara di dalam modul Kibo untuk jangka masa yang panjang.
Menyekat laluan kecemasan angkasawan (contohnya menutup pintu hatch).