KAJIAN PENGESANAN GRADUAN PIS 2024
Graduan Sarjana Muda Sesi Akademik II : 2022/2023, Diploma Sesi II : 2022 dan I : 2023/2024 dan Sijil Kemahiran Khas Sesi II : 2022/2023 dan I : 2023/2024
Untuk makluman, bersempena dengan Majlis Konvokesyen PIS Tahun 2024 pada 6-7 Oktober 2024, semua graduan DIWAJIBKAN untuk menjawab KAJIAN PENGESANAN GRADUAN KPT. Kajian ini merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat kebolehpasaran graduan politeknik semasa konvokesyen. Kajian ini perlu dijawab dengan berhati-hati dan diisi dengan lengkap mengikut panduan yang diberikan. IJAZAH / DIPLOMA / SIJIL para graduan tidak akan diberikan selagi kajian ini tidak dilengkapkan.
Sekiranya ada masalah berkaitan dengan kajian ini sila PM (Whatsapp) Pegawai Pengesanan Graduan PIS dengan klik pada link ini PM Pegawai
STEP 1 : Join group telegram ini bagi mendapatkan info berkaitan kerjaya/pekerjaan/jawatan kosong/karier dan juga maklumat/pertanyaan perlaksanaan Kajian Pengesanan Graduan tahun 2024 https://t.me/+zhO3B3FvRJk0NTI9
BACA TAKRIFAN INI :
BEKERJA - Sekiranya anda mendapat upah dari sesuatu pekerjaan sama ada anda bekerja sendiri / bekerja dengan syarikat / bekerja dengan keluarga / bekerja sendiri (membuka syarikat dan sebagainya) dan bekerja secara sepenuh masa / separuh masa atau secara part time.
SAMBUNG BELAJAR - Sedang menyambung pengajian di IPT.
TIDAK BEKERJA - Tidak bekerja atau tidak sambung belajar.
AMARAN
Sila buat pilihan yang betul. Kesilapan membuat pilihan akan menyukarkan proses pendaftaran semasa hari konvokesyen.
STEP 2 : Membuat PILIH STATUS PEKERJAAN SEKARANG sama ada PILIHAN A : BEKERJA/SAMBUNG BELAJAR atau PILIHAN B: TIDAK BEKERJA dengan klik pada butang pilihan dibawah :