1.1 Mengenalpasti definisi dan jenis-jenis gentian.
Gentian ialah serabut serat dan filamen daripada bahan asli dan bahan buatan yang dijadikan yarn.
Kualiti sesuatu fabrik ditentukan oleh kehalusan sesuatu gentian.
GENTIAN ASLI
Gentian asli ialah gentian yang diperbuat daripada sumber semulajadi dan terbahagi kepada dua iaitu gentian tumbuhan dan gentian haiwan.
GENTIAN BUATAN
Gentian buatan dihasilkan daripada tindakan kimia dengan bahan mentah seperti petroleum, arang batu dan selulosa. Gentian buatan sesuai dijadikan bahan tekstil sekiranya polimernya boleh dicairkan dan dikeluarkan melalui spinneret untuk membentuk aliran polimer menjadi filament.
Ciri-ciri gentian:
Kekukuhan
Penyerapan lembapan
Keselesaan
Kekonduksian haba
Kekenyalan
Ketahanan suhu dan cahaya