Hasil penemuan ketakakuran audit dalam hendaklah diambil pembetulan atau tindakan pembetulan oleh auditee dengan segera atau dalam jangkamasa yang dipersetujui antara auditee dan Pasukan Audit Dalam.
Tindakan pembetulan hendaklah dilaksanakan bagi memastikan ketakakuran tidak berulang. Sekiranya terdapat cadangan tindakan pencegahan, auditee hendaklah mengambil tindakan yang berkesan bagi menghapuskan punca ketakakuran yang dijangka akan berlaku.
Ketua Pasukan Audit Dalam hendaklah memantau pembetulan atau tindakan pembetulan yang dilaksanakan oleh auditee melalui audit susulan.
Audit susulan ini dilaksanakan untuk memastikan pelaksanaan pembetulan atau tindakan pembetulan oleh auditee sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Ketakakuran.
Semasa audit susulan, Ketua Pasukan Audit Dalam hendaklah memastikan pembetulan atau tindakan pembetulan yang dilaksanakan oleh auditee ditentusahkan keberkesanannya.
Kekerapan aktiviti audit susulan adalah bergantung kepada keputusan, jangkamasa audit dan pembetulan atau tindakan pembetulan yang perlu dilaksanakan.
Audit susulan seterusnya perlu dilaksanakan untuk menentusah keberkesanan pembetulan atau tindakan pembetulan yang telah diambil oleh auditee.
Ketua Pasukan Audit Dalam hendaklah mengeluarkan Laporan Ketakakuran yang baru sekiranya:
i.Pembetulan atau tindakan pembetulan tidak dilaksana mengikut tarikh yang ditetapkan.
ii.Pembetulan atau tindakan pembetulan yang dilaksanakan tidak berkesan.