UNIT PSH KOLEJ KOMUNITI
BAHAGIAN KOLABORASI INDUSTRI DAN KOMUNITI
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bertujuan menyediakan akses pendidikan berterusan kepada semua lapisan masyarakat. Inisiatif ini membantu individu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan sepanjang hayat mereka, sesuai dengan keperluan pasaran kerja dan pembangunan diri.
Program Pengukuhan Bakat Komuniti yang akan dilaksanakan di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan satu inisiatif di bawah peruntukan Perbelanjaan Mengurus Dasar Sedia Ada. Pelaksanaan program ini bertumpu kepada penyediaan latihan kemahiran TVET dan keusahawanan dengan penerapan elemen teknologi digital serta pendedahan kepada Kecerdasan Buatan (AI) yang berupaya membantu komuniti tumpuan yang terdiri daripada golongan rentan seperti OKU, Orang Asli, ibu tunggal dan warga emas untuk meningkatkan kemahiran dan sosio ekonomi.
JPPKK merupakan perintis program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) sejak pelancaran pada tahun 2014. Salah satu aspirasi PISH ialah penawaran program latihan kemahiran TVET kepada pelajar institusi tahfiz dan pondok. Program ini merupakan salah satu inisiatif menyokong Pelan Induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat 2017-2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pengajian Tinggi (PPPM PT) 2015-2025 (Lonjakan 3).
Berdasarkan Ucapan Belanjawan 2025 bertemakan ‘Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat' yang mana salah satu inisiatif yang dinyatakan ialah mengupayakan anak-anak huffaz dari institusi tahfiz dan pondok dengan latihan kemahiran kepada Giat MARA dan Kolej Komuniti bagi tempoh lima (5) tahun dengan peruntukan sebanyak RM55,000,000.00
Pembelajaran fleksibel di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bertujuan menyediakan pendidikan yang adaptif dan mudah diakses, sesuai untuk individu dengan komitmen lain seperti kerja dan keluarga. Melalui kursus modular, pelajar boleh memilih dan mengikuti kursus secara berperingkat, mengikut keperluan dan minat mereka. Pembelajaran dalam talian pula membolehkan akses kepada bahan pembelajaran dari mana-mana, pada bila-bila masa.
Cik Nurul Hanani binti Hasan
(Program Pengukuhan Bakat Komuniti)
Emel : n.hanani@mohe.gov.my
Encik Mohd Roshalizi bin Mohd Isa
(PKTP dan TVET-Tahfiz)
Emel : roshalizi.isa@mohe.gov.my