PERHATIAN: DIMAKLUMKAN BAHAWA SEBARANG PERMOHONAN TEMPAHAN FASILITI AKAN DIPROSES DALAM TEMPOH 2 HINGGA 3 HARI BEKERJA.
📢 PEMAKLUMAN TEMPAHAN FASILITI WELLNESS HUB KOTA SETAR, PKD KOTA SETAR
Dimaklumkan bahawa permohonan baharu tempahan fasiliti Wellness Hub Kota Setar ditutup mulai 3 Ogos 2026 berikutan sistem penghawa dingin (aircond) tidak berfungsi dan sedang dalam proses pembaikan.
Bagi pelanggan yang telah membuat tempahan sebelum 3 Ogos 2026, tempahan tersebut masih diteruskan seperti yang dijadualkan.
Walau bagaimanapun, permohonan tempahan baharu mulai 3 Ogos 2026 tidak lagi diterima sehingga dimaklumkan kelak.
Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas kerjasama dan kefahaman semua.
- Pengurusan Wellness Hub Kota Setar -
STATUS TEMPAHAN DAN KELULUSAN FASILITI WELLNESS HUB KOTA SETAR TAHUN 2026