Talian Sokongan Krisis HEAL 15555
Talian HEAL 15555 (KKM) adalah perkhidmatan yang memberi respon terhadap panggilan dan aduan krisis berkaitan kesihatan mental, tingkah laku bunuh diri, mencederakan diri atau orang lain serta panggilan tindak susul (post-vention) dan follow-up di komuniti.
Prosedur ini dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi (Kaunseling) KKM kepada pemanggil yang terdiri daripada orang awam, NGO, bukan warganegara dan yang berkaitan. Skop Talian Krisis adalah:
Kemurungan
Stres
Keresahan/Panic Attack
Tingkah Laku Bunuh Diri
Khidmat Nasihat kepada Keluarga/Penjaga Pesakit Mental
Sokongan Post-Vention
Selain itu, terdapat juga talian sokongan psikososial yang lain seperti di bawah: