PENGENALAN
PENGENALAN
Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia merupakan satu konsep yang digunakan dalam pengurusan hospital untuk mencapai nilai-nilai kecemerlangan dan jati diri pada kakitangan institusi serta memfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan dan penghayatan ibadah semasa dan selepas mendapat rawatan. Hospital Mesra Ibadah bertujuan untuk memberi kesedaran melalui pendidikan pesakit dan keluarga supaya sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.