Unit Kualiti Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) telah ditubuhkan pada tahun 2004 yang berperanan dalam memantau dan memastikan pelaksanaan semua aktiviti-aktiviti kualiti di peringkat jabatan, hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia dikendalikan mengikut standard piawaian yang telah ditetapkan. Pengarah hospital melantik seorang pegawai sebagai Penyelaras Kualiti hospital yang secara langsung bertanggungjawab sebagai Ketua Unit Kualiti.
OBJEKTIF
1. OBJEKTIF AM
Menjamin kualiti perkhidmatan penjagaan perubatan di HWKKS melalui aktiviti pemantauan pencapaian, pelaksanaan program peningkatan kualiti dan penambahbaikan yang berterusan.
2. OBJEKTIF KHUSUS
Semua petunjuk prestasi utama yang tidak tercapai dihantar laporan SIQ dan dijalankan penambahbaikan yang telah dicadangkan oleh pasukan penyiasat.
70% cadangan penambahbaikan yang dicadangkan dalam Root Cause Analysis (RCA2) bagi insiden keselamatan pesakit yang menyebabkan kesan teruk atau kematian telah dilaksanakan dalam tahun semasa.
40% jabatan atau unit di HWKKS menjalankan klinikal audit pada setiap tahun.
Pensijilan Akreditasi MSQH sentiasa diperbaharui apabila telah tamat tempoh.