Seramai 37 pegawai daripada BPM telah mengikuti Kursus Pemantapan Sinergi Bahagian Pengurusan Maklumat KKM yang telah berlangsung dari 22 hingga 24 September 2023 bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh, Perak. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Rohayati Ramli, Setiausaha Bahagian BPM yang turut sama menyertai semua aktiviti kumpulan yang dirancang oleh fasilitator daripada Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-Lead), Kementerian Belia dan Sukan.
Antara pengisian program termasuklah modul kenegaraan menggunakan kuiz Kahoot dan team building activities yang menitikberatkan K.I.T.A. iaitu Kita Ikut Tanpa Alasan, Kukuhkan Ikatan Tingkatkan Amalan dan xx.
Objektif kursus tercapai apabila mendapat maklum balas positif daripada semua peserta dan juga Puan SUB.