INFO ALERT 

KPM MENGEMBALIKAN KALENDAR AKADEMIK PERSEKOLAHAN PADA BULAN JANUARI | 24.05.2023

KM_KPM_MENGEMBALIKAN KALENDAR AKADEMIK PERSEKOLAHAN PADA BULAN JANUARI.pdf

TEKS PERUTUSAN MENTERI PENDIDIKAN & TEKS PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA | 15.05.2023

Teks Perutusan Menteri Pendidikan Hari Guru 2023.pdf
Teks Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Hari Guru 2023.pdf

HEBAHAN | 05.05.2023

Perpustakaan KPM seliaan Sektor Repositori dan Pembangunan Kualiti (SRPK), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) akan menganjurkan Pertandingan Foto Paling Kreatif Bersama Buku Kegemaran bersempena dengan Program Jom Baca Bersama 10 Minit tahun 2023.


Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan Program Galakan Membaca yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia untuk menggalakkan pembacaan, penerbitan dan perlindungan harta intelek hak cipta. Program ini merupakan inisiatif ke arah membentuk masyarakat minat membaca dan juga merupakan sokongan semua perpustakaan di Malaysia bersama-sama pihak kerajaan untuk meningkatkan pembudayaan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.


Pertandingan ini terbuka kepada warga KPM. Imbas kod QR atau klik pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdNcGRcbobZ1aTDCEevEOMhzSSC9kIKspVDoNG_2Cp2fCKC4g/viewform 

untuk maklumat lanjut. 

Tarikh Tutup : 12 Mei 2023

PERINGATAN TERHADAP TINDAKAN KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. | 07.04.2023

Assalamualaikum WBT 


PERINGATAN TERHADAP TINDAKAN KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.


Mohon kerjasama tuan/puan memastikan tindakan pencegahan diambil.

tindakan kawalan dan pencegahan penularan jangkitan covid isntitusi KPM.pdf

PENGEMASKINIAN DATA MURID ASRAMA SEKOLAH HARIAN DI APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM), SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDIDIKAN (EMIS) DAN E-OPERASI TAHUN 2023  | 09.01.2023

Assalamualaikum WBT 

Salam ABC 

Salam We Deliver


Surat berkaitan adalah PENGEMASKINIAN DATA MURID ASRAMA DI APDM, DATA MAKLUMAT ASRAMA DI EMIS DAN MAKLUMAN WARDEN, PENYELIA ASRAMA DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) DI E-OPERASI. Mohon kerjasama tuan/puan memastikan maklumat berkaitan dikemaskini setiap HUJUNG BULAN bagi setiap bulan supaya data yang diperolehi adalah tepat dan betul. 


1. Pengemaskinian Data APDM 


2. Maklumat Asrama Di EMIS


3. Pengemaskinian E-OPERASI


Terima Kasih atas tindakan awal yang telah dilaksanakan di peringkat sekolah. Bagi yang masih melaksanakan tindakan mohon selaras mengikut panduan yang dibekalkan. Bagi tulisan yang dihitamkan adalah tanggungjawan di peringkat tuan/puan. Harap maklum.

Pengemaskinian Data Murid Asrama.pdf

PERINGATAN KESELAMATAN DI SEKOLAH DAN ASRAMA  | 04.01.2023

Assalamualaikum WBT 

Salam ABC 

Salam We Deliver


Kepada : 

YBrs. Dr./Tuan/Puan Pengetua & Guru Besar Berasrama Negeri Perak 


Makluman & Tindakan : 


Untuk makluman YBrs. Dr./Tuan/Puan JPN komited dalam memastikan murid dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran berterusan seperti yang dirancang dalam keadaan selamat. Keselamatan dan kesihatan murid, guru dan warga asrama semasa berada dalam premis sekolah adalah menjadi keutamaan JPN. 


Sehubungan itu, mohon jasa baik kebaikan YBrs. Dr./Tuan/Puan untuk memastikan perkara-perkara berikut diambil perhatian dan tindakan : 


1. Murid melaksanakan ujian kendiri covid bagi memastikan murid-murid yang pulang ke asrama sihat dan bebas covid. (Borang Deklarasi Kesihatan)

2. Menggalakkan murid memakai pelitup muka semasa berada di kawasan sekolah dan asrama.

3. Memastikan murid-murid dan warga asrama sentiasa mengamalkan kebersihan yang tinggi seperti mencuci tangan dengan sabun. 

4. Memastikan dorm bersih dan pengudaraan yang baik. 

5. Memastikan bilik Isolasi berfungsi dan digunakan sepenuhnya sekiranya terdapat murid yang tidak sihat. 

8. Memastikan pemantauan/seliaan daripada pentadbir sekolah dari masa ke masa bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid dijaga.

7. Dan lain-lain tindakan yang perlu bagi menjamin keselamatan, kesihatan dan kebersihan di asrama.


Rujukan : Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 

(24 September 2021)


Mohon kerjasama dan tindakan YBrs. Dr./Tuan/Puan 


Terima kasih semua. 


Kemenjadian Murid Asrama Tanggungjawab Bersama


Daripada : 

Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar 

Timbalan Pengarah Pendidikan

Sektor Pembangunan Murid 

Jabatan Pendidikan Negeri Perak


4 Januari 2023

PERINGATAN MESRA PELAKSANAAN AMALAN PROKEM  | 03.01.2023

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Selamat menjalankan tugas kepada semua Penyelia Asrama bagi sesi persekolahan. Mohon cakna dan kerjasama semua Pihak Pengurusan Sekolah Berasrama untuk memastikan Pelaksanaan Amalan Program Keselamatan Makanan (ProKEM) diteruskan dengan penuh komitmen. Ianya bertujuan mengelakkan sebarang Isu Kes keracunan Makan di Dewan Makan Asrama. Sesi kunjung bantu dan pemantauan akan dilaksanakan bagi memastikan tindakan penuh daripada pihak tuan/puan dilaksanakan. 

Terima Kasih.


PERINGATAN MESRA ProKEM 2023.pdf

PERINGATAN MESRA PEMBUKAAN SEMULA ASRAMA BAGI TAHUN 2023 | 28.12.2022

Assalamualaikum WBT 

Salam ABC 

Salam We Deliver


Kepada : 


YBrs. Dr./Tuan/Puan Pengetua & Guru Besar Berasrama Negeri Perak 


Peringatan Mesra : 


Untuk makluman YBrs. Dr./Tuan/Puan minggu ini merupakan minggu akhir sebelum murid asrama pulang ke asrama pada 2 Januari 2023


Sehubungan itu, mohon jasa baik kebaikan YBrs. Dr./Tuan/Puan untuk memastikan perkara-perkara berikut diambil perhatian dan tindakan : 


1. Murid melaksanakan ujian kendiri covid bagi memastikan murid-murid yang pulang ke asrama sihat dan bebas covid. (Borang Deklarasi Kesihatan)

(Tindakan : Warden Asrama)


2. Memastikan bangunan asrama khususnya dorm, bilik-bilik khas dan dewan makan asrama selamat, bersih dan kemas. 

(Tindakan : Penyelia Asrama & Perkhidmatan Kontrak Kebersihan)


3. Memastikan pendawaian elektrik dan sistem perpaipan air di asrama diselenggara dan dapat digunakan secara optimum sebelum asrama beroperasi.

(Tindakan : Penyelia Asrama)


4. Memastikan penyediaan makan/minum murid diselaras 3 hari sebelum asrama beroperasi.

(Tindakan : Penyelia Asrama & Pengusaha Dewan Makan Asrama)


5. Katil, Loker, Bantal dan Tilam Murid telah disediakan dan selesa bagi murid sebelum asrama beroperasi. 

(Tindakan : Penyelia Asrama)


8. memastikan pemantauan/seliaan daripada pentadbir sekolah sebelum, semasa sesi pembukaan pada 2 Januari 2023.

(Tindakan : Pentadbir )


7. Dan lain-lain tindakan yang perlu bagi menjamin keselamatan, kebersihan dan kekemasan asrama sebelum asrama beroperasi pada 2 Januari 2023. 


Mohon kerjasama dan tindakan YBrs. Dr./Tuan/Puan 


Terima kasih semua dan selamat kembali asrama. Kemenjadian Murid Asrama Tanggungjawab Bersama


Daripada : 


Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar 

Timbalan Pengarah Pendidikan

Sektor Pembangunan Murid 

Jabatan Pendidikan Negeri Perak


28 Disember 2022