Pasukan Teknikal ICT Sekolah adalah salah satu inisiatif Jabatan Pendidikan Negara Malaysia bagi mengukuhkan lagi perkhidmatan bantuan ICT di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai Juruteknik Komputer.
Daerah Sandakan mempunyai 86 buah sekolah dan hanya 26 buah sahaja yang mempunyai Juruteknik Komputer, dengan pemusatan ini 60 buah sekolah yang tidak mempunyai Juruteknik Komputer juga kini mendapat perkhidmatan dari kami.
Selain melakukan khidmat bantu seperti memantau sekolah-sekolah yang berada dibawah seliaan kami, kami juga memberikan khidmat bantu seperti memberi konsultasi kepada sekolah tentang pemasangan internet, melakukan lawatan tapak, menghulurkan bantuan dalam pelupusan aset sekolah dan macam-macam lagi.
Sekolah boleh membuat permohonan khidmat bantu di bahagian e-Perkhidmatan kami dan permohonan akan diproses dan dipertimbangkan dalam masa terdekat.