28 OGOS 2026
HINGGA
6 SEPTEMBER 2026
28 OGOS 2026
HINGGA
6 SEPTEMBER 2026
Program Vodcast Creation with iPad
Apple Professional Learning Malaysia (APL Malaysia) akan mengadakan dua program pembangunan kompetensi digital iaitu “Empowering Educators Through Vodcast Creation with iPad” untuk pendidik dan “Vodcast: Unleash Your Learning Creativity using iPad” untuk murid. Kedua-dua program ini menyokong Teras 1 – Murid Fasih Digital dan Teras 2 – Pendidik Kompeten Digital dalam Dasar Pendidikan Digital. Program ini bertujuan memperkasa pendidik dan murid dengan kemahiran menghasilkan kandungan pembelajaran kreatif berbentuk Vodcast menggunakan aplikasi natif iPad seperti Freeform, Keynote, GarageBand dan iMovie. Melalui bengkel ini, peserta akan didedahkan kepada proses merancang, mereka bentuk identiti visual, menghasilkan rakaman audio berkualiti serta menyunting video sebelum menerbitkan Vodcast yang kreatif dan bermakna sebagai medium pembelajaran dan penyampaian idea.
Sesi 1: Plan Your Vodcast using Freeform
Tarikh: 1 September 2026 (Selasa)
Masa: 9.00 – 10.30 malam
Sesi 2: Create Your Vodcast Identity using Keynote
Tarikh: 2 September 2026 (Rabu)
Masa: 9.00 – 10.30 malam
Sesi 3: Record and Enhance Your Vodcast using GarageBand
Tarikh: 3 September 2026 (Khamis)
Masa: 9.00 – 10.30 malam
Sesi 4: Edit and Publish Your Vodcast using iMovie
Tarikh: 4 September 2026 (Jumaat)
Masa: 9.00 – 10.30 malam
Sesi 1: Plan Your Vodcast using Freeform
Tarikh: 1 September 2026 (Selasa)
Masa: 10.00 – 11.30 pagi
Sesi 2: Create Your Vodcast Identity using Keynote
Tarikh: 1 September 2026 (Selasa)
Masa: 3.00 – 4.30 petang
Sesi 3: Record and Enhance Your Vodcast using GarageBand
Tarikh: 2 September 2026 (Rabu)
Masa: 10.00 – 11.30 pagi
Sesi 4: Edit and Publish Your Vodcast using iMovie
Tarikh: 2 September 2026 (Rabu)
Masa: 3.00 – 4.30 petang
Program GenAI Maxis eKelas 2026
Inisiatif Educators Driving GenAI Excellence (EDGE) Maxis eKelas 2026 sedang dianjurkan untuk memberi pengiktirafan serta menyediakan platform bagi para guru KPM berkongsi amalan terbaik pengintegrasian GenAI dalam PdPC atau program sekolah. Pada masa yang sama, pihak kami turut menganjurkan Bengkel GenAI Murid yang bertujuan membuka peluang kepada lebih ramai lagi murid menjalani Modul GenAI Murid 201 bagi meningkatkan kemahiran prompt engineering mereka melalui aktiviti pembinaan prototaip aplikasi mobil secara hands-on, menggunakan prinsip Design Thinking dan teknik Vibe Coding.
Tarikh: 3 September 2026 (Khamis)
Masa: 2.00 - 4.00 petang
Tempat: Secara dalam talian
Tarikh: 2 dan 4 September (Rabu dan Jumaat)
Masa: 2.00 - 4.00 petang
Tempat: Secara dalam talian
AI MUDA @ NADI
AI Muda@NADI ialah program pembangunan kompetensi AI untuk murid sekolah menengah, diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dilaksanakan oleh CelcomDigi bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai rakan strategik akademik, dengan sokongan Kementerian Pendidikan. Program ini dilaksanakan untuk mempertingkat kemahiran prompt engineering bagi pembelajaran melalui perisian AI dan ekosistem pintar Google, termasuk Google Gemini dan Gemini Notebook.
AI MUDA @ NADI
Bengkel Murid:
Modul 2 (Rakan Belajar AI)
Tarikh: 1 September 2026 (Selasa)
Masa: 2.30 petang
Fokus: Belajar Lebih Pintar — AI sebagai rakan belajar dan produktiviti.
Sertai kumpulan Telegram rasmi untuk menerima pengumuman, maklumat terkini dan komunikasi program:
https://bit.ly/aimuda-telegram
Laman web program, pendaftaran dan maklumat lanjut:
Bengkel Canva Digital Creator Challenge 2026
Canva Digital Creator Challenge 2026 merupakan cabaran inovasi digital murid peringkat kebangsaan yang memberi peluang kepada murid untuk mengenal pasti cabaran sebenar dalam persekitaran sekolah dan menghasilkan penyelesaian digital interaktif menggunakan Canva, Canva AI dan Canva Code. Bertemakan "Transformasi Digital Sekolah Saya: AI untuk Impak", cabaran ini menggalakkan murid bergerak daripada pengguna teknologi kepada pencipta penyelesaian digital yang kreatif, bertanggungjawab dan berimpak.
Bengkel Murid:
Bengkel Canva Digital Creator Challenge 2026
Tarikh: 1 September 2026
Masa: 10:00 pagi – 12:00 tengah hari
Tempat : Secara dalam Talian (Youtube USTP PPD Hulu Perak)
Laman web program, pendaftaran dan maklumat lanjut:
https://usingtechnologybetter.com/canva-digital-creator-challenge-my-2026/