INSTRUMEN STANDARD PENILAIAN PEMBUDAYAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (ISPPK)
MANUAL PENGURUSAN INSTRUMEN STANDARD PENILAIAN PEMBUDAYAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (ISPPK) DAN PEMBUDAYAAN KBAT
Selamat Datang ke Portal ISPPK
Instrumen Standard Penilaian Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (ISPPK) merupakan satu inisiatif Kementerian Pendidikan bagi menyokong usaha memperkukuh budaya berfikir dalam kalangan warga sekolah. Portal ini dibangunkan sebagai pusat rujukan dan panduan pelaksanaan ISPPK di sekolah, meliputi aspek pengurusan dan kepimpinan pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru dan murid serta kokurikulum. Penilaian ISPPK dilaksanakan sepanjang tahun secara berterusan bagi memastikan pemantauan, pelaporan dan penambahbaikan pembudayaan KBAT dapat dilaksanakan secara sistematik dan konsisten.Â
Melalui laman ini, warga sekolah boleh mengakses maklumat, bahan sokongan, garis panduan serta instrumen penilaian bagi memastikan pelaksanaan ISPPK berjalan secara teratur, telus dan berkesan. Semoga portal ini dapat menjadi rujukan utama dalam menggerakkan pembudayaan KBAT ke arah melahirkan murid yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif selaras dengan aspirasi pendidikan negara.