LATAR BELAKANG JPWPP
Penubuhan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya pada peringkat terawal adalah pada 3 Mac 2005 yang dibuat secara pentadbiran bawah pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Sepang, Selangor dan ditempatkan di SMK Putrajaya Presint 11(1). Pejabat ini seterusnya berpindah ke SK Putrajaya Presint 16(2) pada 8 Disember 2005. Enam orang pegawai pertama (secara pentadbiran) Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah dipinjamkan daripada Jabatan Pelajaran Selangor (JPN Selangor).
Penubuhan rasmi jabatan ini telah diluluskan oleh Agensi Pusat pada 15 Disember 2005 dengan nama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP). Pejabat ini disetarafkan dengan Jabatan Pendidikan Negeri dan diletakkan terus di bawah pentadbiran Ketua Pengarah Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM). Peralihan operasi pengurusan pentadbiran daripada Jabatan Negeri Selangor dilaksanakan secara berperingkat pada tahun 2006 dan pada 1 Januari 2007, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) telah beroperasi sepenuhnya.
ORGANISASI HAL EHWAL MURID
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN WP PUTRAJAYA
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
KETUA PENOLONG PENGARAH
(TPSM, PROFIL MURID, ASRAMA, BKP)
PENOLONG
PENGARAH
(SPBT & 3K)
PENOLONG
PENGARAH
(KEBAJIKAN, KEHADIRAN, PPDA)
PENOLONG
PENGARAH
(SAHSIAH, DISPILIN & KAUNSELING)
SENARAI DASHBOARD HEM SEKOLAH
Senarai Dashboard HEM Sekolah Rendah
Senarai Dashboard HEM Sekolah Menengah
MAKLUMAT PK HEM
AKTIVITI HEM