Penglibatan TVET KPM
Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) merupakan satu pelan induk TVET negara bagi memantapkan lagi sistem pendidikan vokasional yang dimulakan sejak 2013 sehingga 2020, di mana berlakunya penstrukturan semula sekolah menengah vokasional dan sekolah menengah teknik kepada Kolej Vokasional (KV). Langkah ini di ambil bagi menyokong agenda transformasi ekonomi negara dalam menghasilkan tenaga kerja mahir yang kompeten. TPV telah mengubah persepsi masyarakat yang beranggapan pendidikan vokasional sebagai pendidikan kelas kedua dan menjadikannya setaraf dengan aliran perdana. Penglibatan dan pencapaian dalam pelbagai peringkat pertandingan kemahiran dan inovasi membuktikan pelajar Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik mempunyai pengetahuan, kemahiran dan daya saing yang tinggi setanding dengan pelajar aliran TVET yang lain.
Bagi murid-murid dan tenaga pengajar dari sekolah menengah harian aliran Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) dan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) tidak ketinggalan menunjukkan pencapaian yang membanggakan.
ANJUNG PENCAPAIAN ini adalah platform mengumpulkan maklumat berkaitan penyertaan dan pencapaian KVSMT dalam pelbagai pertandingan kemahiran atau inovasi selaras dengan pengurusan pendigitalan dan ke arah kecemerlangan TVET KPM secara keseluruhannya.