Bahasa Melayu

Pengumuman kepada semua murid dan keluarga. Hadirilah Simposium Bahasa 2018 untuk mengetahui pelbagai cara dan aktiviti menghargai dan menghargai bahasa Melayu kita.

PENCALONAN GURU ARIF BUDIMAN (AGAB) 2018

Salam semua,

Sekiranya kamu berpandangan bahawa guru BM kamu ini seorang guru yang memberikan kesan dalam kehidupan kamu sebagai seorang pelajar, calonkanlah mereka untuk menerima anugerah mulia ini. Ikutilah arahan yang terdapat dalam pautan di atas. Terima kasih.

Minggu Ceria Bahasa Ibunda - 20 Februari 2018 hingga 23 Februari 2018

Salam sejahtera para waris dan ibu bapa,

Kami ingin maklumkan bahawapada tarikh di atas, Jabatan Bahasa Ibunda akan menganjurkan beberapa aktiviti dan pertandingan bahasa Ibunda (Melayu) untuk meningkatkan kemahiran anak-anak murid kita menggunakan bahasa Melayu.

  • Primari 1 - Nyanyian Lagu Kanak-kanak
  • Primari 2 - Lakonan Sebabak
  • Primari 3 - Ayuh Baca! (Promosi Buku)
  • Primari 4 - Apa Sudah Jadi? (Tukar akhir cerita)
  • Primari 5 - Bahasa Melayunya? - Menterjemah
  • Primari 6 - Laguku... (Mencipta Lirik)
  • Bahasa Melayu Asas P5 / 6 - Dendanganku! (Penyampaian)

Semua murid telah dimaklumkan tentang program ini.

Kami harap tuan/puan dapat memberikan sokongan kepada anak-anak tuan/puan untuk bersungguh-sungguh menyertai aktiviti / pertandingan ini sebagai sebahagian daripada pembelajaran bahasa Melayu mereka.

Sekian, terima kasih.

31 Januari 2018

Pembelajaran Dari Rumah (Home Based Learning)

Salam sejahtera para ibu bapa / waris yang dihormati ,

Pembelajaran tidak semestinya berlaku di sekolah sahaja. Seorang pelajar dapat juga menimba ilmu dari rumahnya sekiranya ada halangan untuk ke sekolah. Wadah ini membolehkan anak-anak tuan/puan tidak terlepas peluang untuk meneruskan pembelajaran di rumah. Kami memohon agar sokongan diberikan kepada anak-anak tuan/puan untuk belajar menggunakan portal ini . Kami amat hargai pemahaman dan sokongan tuan/puan dalam hal ini. Murid-murid telah dimaklumkan tentang cara memasuki ruang-ruang yang disediakan untuk mendapatkan tugasan masing-masing.


Sekian, terima kasih.

Cikgu Taufek Siniwi

Ketua Subjek Bahasa Melayu