Informasi
Pokok ketumbar mempunyai daun yang tebal seperti daun ati-ati, di mana kedua belah permukaannya kesat serta berbulu dan jika diramas mengeluarkan aruma yang wangi dan berangin.
Batangnya lembut berwarna hijau muda dan mudah melendut ke tanah. Daunnya terbit di sepanjang batang dan di pangkal daun pula akan tumbuh cabang-cabang kecil menjadikan pokok ini mudah merimbun.
Ia mudah hidup dengan hanya memetik batangnya untuk tujuan baka.
Pokok ketumbar biasa ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa dalam masakan. Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak. Ia juga dijadikan ramuan untuk nasi ulam. Pokok ketumbar senang membiak melalui keratan batang dan daun.
Faedah / Kebaikan :
Daunnya yang dilumatkan dapat menjadi penawar gigitan serangga bisa dan kulit melecur dengan cara menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada bahagian yang terlibat.
Terkenal dalam perubatan melayu dan cina terutamanya untuk menjadi penawar kepada batuk,mual-mual , sakit kepala dan masalah pencernaan.
Caranya sehelai daun bangun-bangun diseduh dengan air panas dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum. Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis.
Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah yang tidak lancar, merawat sembelit, asma, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit dan gastrik. Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan.
Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan