Informasi
Terdapat 2 jenis daun kesum yang biasa di dapati iaitu dari jenis menjalar dan menegak tapi mempunyai khasiat daun kesum yang sama.
Di Thailand ia banyak digunakan sebagai sebahagian daripada ramuan salad. Di Malaysia pula ia dijadikan sebagai bahan penambah perisa dan aroma dalam hidangan seperti laksa dan asam pedas.
Dipercayai ia kaya dengan beta kerotena, vitamin A & C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus.
Selain aromanya yang dapat merangsang selera, herba ini dapat mengurangkan bau dan hanyir ikan.
Faedah / Kebaikan :
Merawat Kelemumur
Kisarkan satu ikat daun kesum sehingga lumat kemudian sapukan pada keseluruh bahagian kulit kepala. Biarkan seketika kemudian cuci bersih rambut seperti biasa.
Mengubati Sakit Perut
Rebuskan daun kesum bersama satu cawan air sehingga mendidih, kemudian tutup api dan biarkan sejuk seketika. Minum air rebusan tersebut. Daun yang direbus tadi juga boleh dilekapkan ke perut. Anda juga boleh mengamalkan minum air rebusan daun ini sebulan sekali untuk melancarkan lagi sistem pencernaan.
Menguatkan daya penglihatan
Mengharumkan tubuh
Menghilangkan panau
Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.
Mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan dan awet muda
Makan pucuk daun kesum sebagai ulam setiap kali makan nasi.