Informasi
Terdapat pelbagai jenis cili yang wujud di sekitar dunia seperti cili padi, cili besar, cili capsicum, cili kering dan juga cili kampung. Setiap jenis cili ini mempunyai tahap kepedasan yang berbeza-beza.
Cili juga ialah sejenis sayuran yang banyak digunakan dalam masakan terutamanya bagi mereka yang gemar dengan makanan pedas. Rasa pedas daripada cili meningkatkan aliran darah ke seluruh badan.
Namun, pengambilan cili haruslah berpada-pada agar tidak merosakkan usus.
Khasiat / Kebaikan :
Menurunkan berat badan dan kadar gula dalam darah
Menyihatkan jantung dan elak dari mendapat penyakit strok
Mencegah kanser prostat
Cili sebagai antibiotik
Melegakan selsema dan asma
Bantu membakar lemak
Cili boleh membakar kalori dan mempercepatkan metabolisme tubuh
Memperbaiki sistem penghadaman
Peluh akibat makanan pedas dapat mengurangkan masalah selesema
Membantu mengurangkan risiko menghidap kanser
Makanan pedas membantu penyakit asma untuk melancarkan pernafasan
Meningkatkan hormone sekaligus mengurangkan depresi