Informasi
Bawang ialah suatu bebawang dalam genus monokotiledon tumbuhan berbunga.
Nama saintifik bawang ialah Allium sp. iaitu perkataan Latin bagi bawang putih yang bermaksud “elak” dalam bahasa Greek, kerana baunya yang busuk.
Bawang ialah sejenis pokok yang tertanam dalam tanah. Bawang terbentuk daripada lapisan-lapisan daun yang berpadu membentuk bawang.
Kebaikan / Faedah :
Mengawal gula dalam darah
Mineral di dalam bawang dapat membantu sel-sel untuk bertindak balas dalam mengawal kandungan gula dalam badan.
Mencegah asma
Memudahkan pengeluaran kahak dalam dada pesakit asma yang mengalami batuk teruk.
Memudahkan penghadaman
Bawang mempunyai serat yang dapat membantu dan mengekalkan kesihatan dalam sistem penghadaman. Serat yang ada membantu penyakit daripada mengalami sembelit misalnya.
Meningkatkan sistem imun
Memberi manfaat dalam meningkatkan sistem imun dan merawat keradangan dan sistem kunci yang kuat dapat mempertahankan diri daripada penyakit.
Bantu mencegah kanser
Kandungan bawang merah disebut dengan zat quercetin. Quercetin adalah zat yang membuat bawang menjadi warna merah gelap. Zat quercetin termasuk dalam zat antioksidan yang berperanan dalam melawan radikal bebas yang berbahaya dalam tubuh.
Menurunkan tekanan darah
Zat quercetin yang tinggi ada di dalam bawang merah mampu menurunkan tekanan darah yang tinggi.